Monday, May 3, 2010

akhirnya, baiti jannati


di tepi sudut ini aku duduk
sambil mengadap laptop buruk

tarik nafas dalam-dalam
rindu bau rumah
rindu bau baju yang mama basuhkan
rindu bau jamban kat rumah
sebab jamban rumah aku wangi
tak macam dekat hostel durjana itu


sehari sebelum pulang
sibukkan diri ke Queensbay
macam biasa, membazir
balik dari membeli-belah dan merayau
terus kemas beg baju serta sedikit barangan yang perlu disimpan

haruslah malam ku tidak lena
sebab bantal serta bantal pelukku
dah pun selamat aku simpan dalam kotak
terus ke dalam setor busuk

seawal 6.30 pagi sudah bangkit
lantas ke jamban busuk
tangan menadah air paip yang sejuk
terus berniat dan sapu ke muka berparut

selesai berjumpa denganNya
terus melipat sisa-sisa adindaku
perlahan, tangan bergerak
mengasilkan satu bentuk origami tipikal untuk adinda

jam 8.30pagi sudah terpacak di kafe
menunggu prebet sapu datang angkut ke terminal
memang boleh pakai bisnes abang prebet itu
datang tepat pada masa

sampai sahaja di terminal
terus menuju ke kafe
perut gemok dah merungut, menyalak mahu makanan
ahh!
turutkan sajah
perut gemok itu pun, perut aku kan
kena lah makan juga

ane!
roti kosong satu dengan roti telur satu
minum, teh ais dengan teh o ais
*okeh! ini hidangan untuk dua makhluk tahu*

wah!
makanan penuh kalori
penuh khasiat
menjana beribu kalori untuk tubuh gempal aku

platform 8
bas menuju ke klang dah pun menunggu membatu
terus naik, dan parking bontot dekat seat nombor 16
sejam pertama perjalanan
semuanya bahagia
tenang dan damai

tetiba
telinga aku pantas menangkap satu bunyi
cis!
tak guna punya umat
okeh! mungkin handphone aku takde mp3
tapi tak bermakna kau boleh dengar lagu
dari handphone rm5k kau kuat-kuat
tidak kah anda tahu tentang kewujudan earphones?
haish!
aku rasa macam nak datang depan muka kau
lepas tuh aku nyanyi kuat-kuat
pekik nyaring-nyaring kat telinga kau
biar kau tahu rasanya aku dengar lagu-lagu dari handphone rm5k kau

bertenang

setelah aku tidur selama hampir 5 jam
akhirnya
selamat aku sampai di klang
mama datang ambil
katanya mahu ke rumah kami di rantau panjang
nget!
tak pernah aku tahu lokasi rumah itu

dan paling best sekali
bila kau pulang
mak kau masak sedap-sedap kan?
ya!
memang macam kat heaven makan apa
yang mak kita masak kan
dengan itu, aku melahap macam orang kebulur
menu: ayam goreng, gulai rebung dengan sambal petai
wah! walaupun aku tak makan rebung dan petai
tapi aku layan gak makan
kata dah lama tak makan apa yang mak aku masak

dan sehingga sekarang
aku masih di sudut ini
duduk
mengadap laptop sampai lebam
dan pagi ini
bermula episod baru di rumah
chewah!




1 comment:

Ninaa. said...

kau dah final ke ?

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers