Thursday, January 26, 2012

cookie monster

sumpah kau ni macam biskut
kejap ada, kejap takde

boleh tak kau sentiasa ada depan mata aku?

tak boleh?

ok, fine.

**********************

dah lama tak blogging =,=

Sunday, January 15, 2012

yang sebelah lagi



siapalah kita untuk memiliki setiap yang kita mahu

ahh!

aku mahu kau
tersangat mahu

tapi tidak memiliki kau
mungkin yang terbaik

terbaik untuk kau mungkin.

ahh!

perasaan aku dikurung engkau
kau dah dapat apa yang kau nak
sedangkan aku.....




mungkin tiba masanya
aku terima segalanya

walaupun aku tidak memiliki engkau
tapi kau dah memiliki hati aku


sumpah aku tak kasi orang lain
sumpah!

Monday, December 19, 2011

kosong. mati

apalah kita ini
jika dibandingkan dengan

Orpheus dan Eurydice
Odysseus dan Penelope
Pyramus dan Thisbe

ternyata roman kita
hanya picisan, dipersetan orang

mungkin engkau pun begitu
kau anggap karya roman kita
bagai sampah, jijik dan kotor

kau mudah perlekehkannya
mudah kau buangkannya


tapi tidak untuk aku.
tidak sama sekali.

*****************

apa juga kita jika dibanding dengan kasihNya

Monday, December 12, 2011

jadi, kau yang mana?

dua situasi aku nak cerita ini
situasi yang benar, sebenar-benarnya

a) situasi satu

sekumpulan perempuan cun
pakai cantik-cantik
muka semua kemain lawa
siap berbedak elok
turun makan dekat kafe hostel

dah siap makan
perempuan-perempuan ni bangun, terus bla
sambil buat muka selamba badak

pinggan mangkuk, cawan gelas
sudu garfu dibiarkan camtu je atas meja makan

datang beberapa ekor kucing
makan sisa makanan dekat pinggan mangkuk tu
and meja tadi jadi bersepah dan kotor

***********

mungkin kau kau rasa benda tu benda kecil je
tapi bagi aku tak

sebab makcik pakcik kafe
dah sediakan bekas letak pinggan mangkuk
jadi, tugas pelajar hanya perlu
angkat dan letak pinggan mangkuk, cawan, gelas, sudu, garfu
tadi dalam bekas tersedia
tak susah bukan?

come on lah!

kat rumah pun buat macam tu ke?
ke semua anak orang kaya, ada kuli batak
tolong kutipkan pinggan mangkuk korang?

aku bukannya apa
kesian dekat pakcik makcik dekat kafe itu
kena kutip sisa korang makan

and and
meja kafe and kafe itu sendiri
jadi kotor sebab kucing sibuk makan sisa makanan korang tu
dasar pentingkan diri betullah manusia macam ni

2) situasi dua

kau orang beratur punya lama untuk
tunggu turn beli makanan untuk dinner

tiba-tiba
datang hamba Allah yang ini
yang entah dari mana
terus potong barisan kau
dah terus minta makanan

itu aku boleh sabar lagi.

tapi datang pula minah ni dari mana entah
datang potong barisan kau
sambil menjerit minta makanan

itu aku rasa macam nak luku.

************

kau kau mesti kata
aku bodoh and naif sangat sebab beratur nak beli makanan
kau kata aku skema.

aku peduli ke kalau kau kata aku skema?
aku bukan skema
aku civilized.

cikgu dekat sekolah aku cakap
orang bertamadun
tahu cara hidup bertamadun

dan yes,
beratur itu salah satu cara hidup bertamadun.


...


mungkin pada korang
benda yang korang buat tu takde kesan besar
bak kata mat salleh "no big deal"

and pada korang juga
aku ni je yang terlebih butthurt
terlebih terasa
what-so-ever

tapi kadang-kadang aku fikir
korang tu yang macam takde rasa
dekat orang lain

masing-masing dah besar kan?
masing-masing dah pandai fikir

tapi pernah terfikir tak,
yang kadang-kadang
dah besar ni, lagi susah nak berfikir.




jadi,
kau yang mana?

***************

benda ni dah lama
aku tulis sekarang sebab tadi ada minah-minah

yang menjengkelkan dalam bas


Friday, December 9, 2011

2012 yang sasau



4 Jan 2012 : dosage form design 1

5 Jan 2012 : Cosmetics and Toiletries

6 Jan 2012 : Pharmacy Practice

9 Jan 2012 : Respiratory, Renal and Blood Systems and Therapy

10 Jan 2012 : Pharmaceutical Marketing

11 Jan 2012 : Pharmaceutical Analysis 1

13 Jan 2012 : Cardiovascular System and Therapy


*********************

back-to-back paper?
expected =,=


baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers