Friday, December 31, 2010

100 kebenaran yang benar sebenar-benarnya !

kali ini aku di tag oleh junior aku
terima kasih wahai AJ
tak sabar dah nak buat nate ni
huehuehue :p

AYUH MULAKANNYA!!


Rules: Once you've been tagged
you are supposed to write a note with 100 Truths about you.
At the end, choose people to be tagged.
You have to tag the person who tagged you.
Tagged means "I'm interested in knowing what are your 100 truths".
(To do this, copy and paste this note,
erase my answers and enter your own)


1. Real name: Rafiqah Binti Ahmad Rijal
2. Nickname(s): Eqa
3. Zodiac Sign: Gemini
4. Male or Female: Female
5. Elementary School: TABIKA KEMAS Meru
6. High School: SMK Meru, SMK Puncak Alam
7. College: Kolej Matrikulasi Perlis
8. Hair color: Black
9. Tall or short : average
10. TV or XBOX : TV
11. Sweats or Jeans: Jeans
12. Phone or Camera: Phone
13. Health Freak: try to, but failed
14. Orange or Apple: Orange
15. Do you have a crush on someone: YES
16. Eat or Drink: Both
17. Piercings: Only my ear and planning to pierce my nose
18. Pepsi or Coke: neither

HAVE YOU EVER?

19. Been in an airplane: Never
20. Been in a relationship: Yes
21. Been in a car accident: When i was a little girl
22. Been in prison: NEVER

FIRSTS?

23. First piercing: 6 years old
24. First best friend: Farah Asyhikin Bt Norli
25. First award: Follower Terhebat
26. First crush: standard 5
27. First word: idk
28. First kiss : mama :)

LAST?

29. Last person you talked to in person: Jay and Syahmina
30. Last person you texted: him
31. Last person you watched a movie with: Ninaa and Tra
32. Last food you ate : keledek goreng, cekodok & donut :))
33. Last movie you watched : Hantu Kak Limah Balik Rumah
34. Last song you listened to: Bukan Orang Suci - Element
35. Last thing you bought: shawl
36. Last person you hugged: Jay ( guess so )

FAVORITES?

37. Food: makanan yang pedas
38. Drink: carrot milk
39. Skirts or dress : dress
40. Flower: lilies and roses
41. Animal: none
42. Colours: Purple, Black, Red
43. Movies: comedy and horror
44. Subjects: Biology

HAVE YOU EVER:

(Put an X in the brackets if yes )
45. [ X ] fell in love with someone
46. [ ] celebrated Halloween
47. [ X ] had your heart broken.
48. [ X ] went over the minutes/texts on your cell phone.
49. [ ] had someone question my sexual orientation.
50. [ X ] copy friends' answers in exam.
51. [ ] got pregnant.
52. [ ] had an abortion.
53. [ X ] did something I regret.
54. [ X ] broke a promise.
55. [ X ] hide a secret.
56. [ X ] pretended to be happy.
57. [ X ] met someone who changed your life.
58. [ X ] pretended to be sick
59. [ ] left the country.
60. [ ] tried something you normally wouldn't try and liked it. (not in a wrong way.)
61. [ X ] cried over the silliest thing.
62. [ X ] ran a mile.
63. [ ] went to the beach with your best friend.
64. [ X ] kick someone's leg
65. [ X ] hated someone.
66. [ X ] stayed single for 2 years

RIGHT NOW

67. Eating: No
68. Drinking: No
69. Listening: No
70. Sitting/Laying: Sitting
71. Plans for today: nothing
72. Waiting: No

YOUR FUTURE:

73. Want kids? 4 the max
74. Want to get married? Yes
75. Career: pharmacist (hope so)
76. Lips or Eyes: Both
77. Shorter or Taller: Taller
78. Romantic or Spontaneous : Spontaneous
79. Cook for wife / husband: for sure
80. House: i don't mind as long as i don't leave Selangor/KL
81. In relationship with: Him
82. Looks or personality: Personality

HAVE YOU EVER:

83. Lost glasses/contacts: Never
84. Stay up for 24 hours: Yes
85. Watching cartoon: A lot
86. Killed somebody: Want to
87. Broken someone's heart: Yes
88. Been in love: Yes
89. Cried when someone died: Yes

DO YOU BELIEVE IN:

90. Yourself: Sometimes
91. Miracles: Yes
92. Love at first sight: Yes
93. Heaven: Yes
94. Santa Claus: No
95. First date : Yes
96. Kiss on the first date: well..

TRUTHFULLY:

97. Is there one person you want to be with right now: Yes
98. Do you know who your real friends are: Yes
99. Do you believe in ALLAH: YES
100. Post as 100 truths? i will

okeh!
aku tag

  1. ML
  2. nub
  3. anisa hang tuah
************************

HAPPY NEW YEAR 2011 :)


Wednesday, December 29, 2010

gegurl pun suka bola tahu!

siapa kata gegurl macam ai tak tengok bola?
ai tengok okayyy
ai suka tengok skill pemain atas padang
atau lebih tepat, ai suka tengok PEMAIN atas padang

okeh!
cukuplah menggedik
over pula dah rasa
hehe

serious aku cakap, aku tak minat bola
TAPI
aku layan bola bila ada player yang aku minat sajah
itu pun, aku tengok player sajah lah
game aku tak tengok
hehehe!

macam tadi, aku tak tahu pun piala suzuki aff itu start pukul berapa
masa aku sedang rajin menyidai kain
aku dengar lah budak-budak perempuan bersorak
dari bilik tv di basement 1

bilik aku tingkat 4 okeh
boleh dengar jerit pekik dari basement
sampai ke floor aku
terel tak terel perempuan punya sokongan terhadap bola?


bukti kukuh!
banyak kan selipar para penyokong bola wanita


bukti lagi!


bilik tv kat hostel aku ini ada dua
satu ada Astro, satu lagi takde
jadi,
perempuan-perempuan dalam bilik tv takde Astro akan jerit pekik dahulu
barulah perempuan-perempuan dekat bilik tv ada Astro jerit pula
yelah, Astro kan lembab sikit
jadi, jerit pekik itu akan jadi super kuat dan super bising
style bukan?


girls, it's TsuFahmi season!!


terel kan Khairul Fahmi ini?
dia lah objektif utama kenapa aku tengok bola tadi
aku tengok ramai yang tweet pasal dia
so, aku pun jadi hyper nak tengok dia ini beraksi

tapi kan kan kan
dia dah ada girlfriend
jari runcing giteww
aku dah puas baca entry 'How I Met Your Incik Apex'
oleh awek Khairul Fahmi ini
kalau korang nak stalk blog awek dia
awek dia cantik okeh!
muka ala-ala Sasha Bashir
untung Khairul Fahmi dapat dia
dan dia pun untung dapat Khairul Fahmi

sebagai kesimpulannya
aku tengok bola kerana pemainnya
sekian, terima kasih.


************************

nak juga pakwe football player :p

Friday, December 24, 2010

threesome



aku taknak berdua!
aku nak bertiga
biar orang cakap aku tamak
janji aku puas!

kalau Tuhan kasi aku hidup balik
aku pilih nak jumpa korang berdua
serious shit aku nak korang balik


kawan sejak remaja.
haha!


atheera :)


partner in crime


:)



:))


bila bertiga, kita kuat


*********************

kita BFF sampai mati kan?
haha :D

Saturday, December 18, 2010

budak 20 yang berhati muda! hoyeh!

hek eleh!
tajuk entry macam nak cakap 20 tu tua kan kan kan
20 masih muda whattt
bergetah giteww
hehehe!

hari ini seronok gila sebab mak aku belikan aku dengan adik aku BARBIE!!
okeh! mak aku tak belanja lah
tapi mak aku bayarkan dulu
hehehe!
serious aku cakap!
Barbie dekat Parkson murah-murah sajah
yang 3 musketeers punya Barbie, baru RM 40++
and Barbie yang harga RM20++ pun banyak


dari kiri: Princess Rosella dan normal Barbie.
huehue!


yeay!
dapat kawan baru!
*pfft*

amacam?
berjiwa muda kan aku ni
hahaha!

*******************

nak beli Barbie as bride laaa -_____-"

Thursday, December 16, 2010

dadah #5: paracetamol



wah!
sudah lama aku tak post pasal dadah ini kan kan kan
baiklah
sekarang aku nak kupas pasal ubat yang paling femes
dalam kalangan rakyat Malaysia
paracetamol, ataupun nama glemer panadol.
uphamol pun paracetamol juga, tapi dia tak femes
hehehe!

okeh!
paracetamol ini merupakan non-opioids
dekat US, paracetamol dikenali dengan nama Acetaminophen

bila diambil dengan dos yang disyorkan
paracetamol ini takde lah menyebabkan side effects
paracetamol bertindak sebagai antipyretic(kurangkan suhu ketika demam)
dan juga sebagai analgesics(painkiller)
paracetamol ini bertindak lebih kurang macam aspirin

tetapi, apa yang membezakan paracetamol dengan aspirin ialah
peningkatan dos tidak akan menyebabkan kesan anti-inflammatory
paracetamol tidak berkesan untuk mengurangkan inflammation
dalam penyakit chronic rheumatic(affect joints, tendons, ligaments, bones and muscles)

dekat pasaran
banyak bentuk dos untuk paracetamol kita boleh jumpa
contoh yang best, paracetamol dalam bentuk cecair
sesuai lah untuk kanak-kanak yang demam
kalau yang pill tu, confirm untuk
muda belia yang mampu telan panadol berbiji-biji
dan yang soluble itu bagus lah
sebab budak-budak, muda belia dan orang tua pun boleh ambil

ibu mengandung yang nak ambil paracetamol
kenalah jumpa doctor atau pharmacist
tetapi normally, paracetamol boleh di ambil oleh ibu mengandung

paracetamol ini di metabolize di hati
lebih kurang 90% paracetamol akan bergabung
dengan glucuronide dan sulphate sebelum dikeluarkan dari badan
dan selebihnya, lebih kurang 5% akan keluar dalam unchanged form
dan 5% lagi akan teroksida kepada benzoquinoneimine
so, disebabkan paracetamol akan di metabolize di hati
dos yang tinggi akan rosakkan hati kita


*********************

consult pharmacist dan doctor
walaupun untuk drug yang simple macam ni :)


Wednesday, December 15, 2010

kalau dah gatal sangat, macam ini lah jadinya!

susah betul bila perasaan berbunga-bunga macam ini
hak hak hak tuih!
sila menyampah sekarang.

bila dah baik macam belangkas, macam ini lah jadinya
mula lah fikir yang best-best
kalau tak asyik gaduh, gaduh, gaduh, gaduh
bila baik sikit
asyik senyum, senyum, senyum, senyum

ouh! ouh!
ingat senang ke nak baik dan rasa happy macam ini
aku rasa dah dekat setahun lebih asyik lemau sajah
bila aku balik rumah cuti sem kali ini
rasa lah happy macam time mula-mula kapel dulu
hahaha!

wahai En.Bf, saya ada BANYAK permintaan
saya nak awak sediakan hantaran sebegini rupa
*kau ingat kau anak raja ke nak minta macam-macam!*

okeh!
ini sajah yang saya nak yaaa


1. KASUT- benda must have okeh :)


kalau ikut nafsu serakah aku, aku nak yang ini.
tapi tak sesuai nak buat hantaran kan kan kan


ini baru sesuai.



yang ini aku suka kat detailing rings tu :)



2. HANDBAG


aku minat lah pula design ini.
nampak rare sikit.



tapi aku prefer yang ini lah.
senang nak match dengan semua outfit and this one simple




3. JAM TANGAN


sesuai untuk hantaran.
tapi kurang minat steel strap



ya, this one baru type aku.
hehe!



4. CINCIN!!!


humak aii!
besarnya batu cincinnya!



simple yet gorgeous!


apa macam?
tak banyak kan?
yang lain terpulang lah nak bagi apa ya En.Bf
hehehe!

**********************

belajar pun fail, ada hati nak kahwin.
jangan menggatal sangat Rafiqah
grad dulu, baru fikir pasal kahwin!


Monday, December 13, 2010

bila berjumpa saudara, paman serta embah, mesti diorang cerita pasal keturunan. cool weh!

ya
itulah gunanya berjumpa saudara-mara
merapatkan ukhuwah serta
dapat juga tahu sejarah keluarga kan kan kan

tadi aku ke rumah nenek saudara
aku panggil dia 'Nek Bongkok'
sebab dia dah bongkok 3
tapi still sihat dan kuat

tadi Wak Tolé Besar (sebab dia abang sulung)
cerita lah yang buyut kitorang adalah keturunan Raden (gelaran untuk bangsawan Jawa, Madura, Sunda dll)
dan keturunan aku yang Raden itu ramai lagi yang Hindu
itu pun yang belah Indonesia sana lah

nama buyut aku Raden Artenam bt Raden Trasmani
style tak nama beliau? hehe
Wak aku cerita yang buyut aku ini dulu
tinggal di keraton (bahasa advance keraton= istana)
satu hari, ada tukang kebun kerja dekat keraton tu
entah macam mana
buyut aku couple dengan tukang kebun tu
then lari sama-sama dan peluk Islam

pergh!
selama yang aku tahu
aku orang Jawa sajah
tak pula aku tahu yang aku ni keturunan Raden
tetapi, apapun
aku tetap tak tahu cakap Jawa
hehehe!

lepas ini, nak tanya nenek belah mak aku
suruh dia story mory pasal keturunan Palembang
yelah kan, tak aci lah
kalau tahu belah ayah aku je kan kan kan

apapun, seronok gila jumpa saudara-mara hari ni
dapat juga rapatkan hubungan dan ukhuwah

****************************

nak letak nama anak aku start dengan Raden boleh?
haha! gedik weyh!

Sunday, December 12, 2010

bila bosan di rumah, mula lah berpeleseran habiskan duit

wah wah wah!
tajuk entry macam nak cakap aku ini anak jutawan kan kan kan
yelah, bila bosan kat rumah
konon-konon aku berfoya-foya shopping
habiskan beriban-riban duit mak bapak aku
padahal..

okeh!
bila dah bosan sangat kat rumah
dan bila aku sopan dan solehah gila
tak pergi jalan-jalan shopping
jadi aku habiskan masa kat rumah
dengan virtual shopping

perghh!
bunyi macam advance bukan?
hahaha!
virtual shopping yang aku maksudkan ialah
MALL WORLD!!

baiklah, mungkin aku patut boo diri sendiri
sebab baru main banda alah ini kan
yelah, sebelum ini
aku busy main Millionaire City
wah!
game nak yang melibatkan jutaan dollar
hahahaha!

benda alah ini seronok
lagi-lagi kau ada duit riban-riban
lepas itu kau shopping macam takde hal lah kan


welcome to my mall.



dan setiap kali main game
aku akan play lagu Bee Gees
oldies bukan?

aku akan repeat lagu Too Much Heaven
dengan How Deep Is Your Love berulang-ulang kali
serious aku tak pernah rasa bosan
memang two-thumbs-up-up lah lagu Bee Gees
tambah-tambah Barry Gibb itu hensem dan hensem dan hensem


love :)


hensem bukan Barry Gibb
i loike!



*************************

nak keluar shopping meh!

Tuesday, December 7, 2010

acara untuk sukan kali ini: BlogLarian



tag lagi!
kali ini aku di tagged oleh aidil, member sekolah rendah dahulu kala
ya aidil, kau memang TERBAEK :)

okeh!
aku selalu juga tengok update blog rakan-rakan aku
pasal BlogLarian ni
tapi aku tak tahu lah pula apa benda itu en en en

jadi, bila aku dah selongkar BlogLarian
baru lah aku faham tujuan dan objektif segment ni

baiklah
aku kena lengkapkan slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)

jadi, ini lah dia slogan aku:

saya suka berblogwalking kerana saya boleh meninjau kreativiti blogger lain serta boleh kenal ramai kawan.


jadi dengan ini, saya tag:


************************

style lah segment ni kan kan kan

award, penghargaan. terima kasih, thank you.



aww~
manisnya aku
hahahaha!

okeh!
aku serious!
ouh ouh, aku telah diberi penghargaan oleh cik belog
terima kasih cik belog!
nah ambil sikit manisan dari saya
hehe!

dan dengan ini
saya nak awardkan award ini untuk rakan-rakan saya:

miszlullaby
asfira
leya

*****************

rakan-rakan blog aku yang lain pun manis juga :)


Monday, December 6, 2010

dadah #4: Acetylsalicylic Acid, soluble 300mg tablet



salam maal hijrah
bertemu kembali yaaaa
kali ini takmo dah cerita pasal anaesthetics
sekarang nak cerita pasal NSAIDs(non-steroidal anti-inflammatory drugs) @ antipyretic(kurangkan suhu semasa demam) @ analgesics(painkiller)

acetylsalicylic acid(aspirin) ini tergolong dalam group non-opioid dan juga NSAIDs
non opioid atau non narcotic adalah drugs yang boleh act sebagai analgesic, antipyretic
dan juga sebagai anti-inflammatory
contoh yang paling senang untuk non narcotic adalah acetaminophen(paracetamol)

perbezaan antara opioid dan non opioid analgesics adalah
bagaimana pain signal dihasilkan
opioid analgesics akan mengurangkan kesakitan dengan bertindak pada
special pain receptors yang terletak di spinal cord atau otak
non opioid analgesics akan bertindak pada tempat injured itu sendiri

okeh!
acetylsalicylic acid berkesan dalam merawat demam, pain dan inflammation
juga acetylsalicylic acid digunakan dalam merawat blood clot (antithrombotic)
ia bertindak dengan cara mengurangkan level prostaglandins(chemical released bila ada pain atau inflammation)
NSAIDs block cyclooxygenase enzyme(enzyme yang hasilkan prostaglandins)
so nanti jumlah prostaglandins akan berkurang
maka berkuranglah pain dan suhu
juga, paras prostaglandins yang rendah akan menghalang
darah dari membeku dengan menghalang fungsi platelets
sebab itulah aspirin digunakan untuk merawat stroke dan juga serangan jantung

aspirin perlu diambil bersama-sama makanan(selepas makan)
sebelum memberi aspirin
perlu diingatkan bahawa patients tidak allergy terhadap aspirin termasuk allergy
terhadap methyl salicylate
kepada ibu mengandung
pada 2 minggu terakhir kehamilan
pengambilan aspirin mungkin menyebabkan pendarahan kepada newborns
sama ada sebelum atau selepas kelahiran

aspirin selamat digunakan semasa penyusuan bayi
tetapi perlu diingatkan juga bahawa
sejumlah kecil mungkin akan masuk ke susu
jika mengambil dengan jumlah yang banyak, sebagai contoh pesakit
yang menghidap arthritis

bagi kanak-kanak dan juga remaja
tidak digalakkan pengambilannya jika mereka demam
ataupun dijangkiti chicken pox atau selesema
ini kerana aspirin mungkin menyebabkan Reye's syndrome(affect brain and liver dan akan menyebabkan hypoglycemia)
atau simptom lain bagi viral infection.


***********************

ingat,
consult doctor atau pharmacist tentang pengambilan ubat :)


azam baru, permulaan baru, kesedihan baru. salam maal hijrah



iya!
syukur pada Tuhan sebab esok insya allah dapat kita
sama-sama dapat sambut maal hijrah 1432

bila tahun baru
azam mesti baru, pendirian baru
dan mungkin keyakinan baru (ayat adik aku)

aku macam biasa
azam yang lepas tu tercapai 30% sajah
kira okeh lah kan
daripada tak tercapai langsung kan

dan sempena maal hijrah
aku telah melakukan satu perubahan yang
aku rasa sangat aku kesalkan

aku tukar facebook aku ke new profile
damn it!
arrgghh! hodoh, hodoh!
serabut!!

sumpah aku rasa tertekan gila
dah lah tak boleh switch ke old format
mahu aku tak menyesal
tulah gatal tangan sangat nak cuba segala yang baru -____-"


klik untuk tumbesaran bagai johan.


nampak tak? nampak tak?
segala tagged photos dia nak display kan kan kan
dah tu, info kita kat atas sekali
BENCI!


**********************

SALAM MAAL HIJRAH 1432.

semoga umat Islam terus maju! :)

Sunday, December 5, 2010

ayuh ke New Zealand!

*sila baca dengan nada iklan radio*

mahukan keseronokkan berganda?
mahukan pengalaman bercuti di luar negara?
mahukan keriangan bersama keluarga?

jadi apa tunggu lagi
ayuh ke New Zealand!!!!!

kenapa mesti New Zealand?
kerana Air Asia sedang mempromosi Xperience New Zealand.
anda harus booking tiket segera yaaaaa
kerana hari ini merupakan hari terakhir promosi tambang murah ke New Zealand
iaitu harga bermula dari RM199
dan, anda akan terbang ke New Zealand pada 1 April 2011-10 November 2011

hurm..
apa yang menarik dekat New Zealand yaaaa??
New Zealand merangkumi 3 pulau utama: North Island, South Island dan Stewart Island
banyak tempat yang menarik dekat New Zealand ini
antaranya Invercargill South NZ di mana sesuai untuk mereka-mereka
yang suka-gila-lah dekat aktiviti luar pintu (outdoor)
dari Stewart Island, bolehlah naik ferry untuk ke
tempat-popular Rakiura National Park


Rakiura National Park.


dan dan
bagi mereka yang sangat skema dan art lovers
boleh lah singgah dan mampir ke Dunedin NZ
kat Dunedin ini anda boleh lah lihat Scottish heritage
rumah-rumah Victorian, 19th century castle serta..
boleh join whale-watching tours
haaa, kat Malaysia mana ada whale kan kan kan


Dunedin.


apa tunggu lagi, ayuh tempah tiket
dan terbang ke New Zealand yahooo!!!


*********************

aku teringin gak nak pergi NZ :)


Saturday, December 4, 2010

GA "kalau saya shopping di AlinacShoppe"


ouh!
saya sangat bertuah sebab cik Yong mengajak saya join GA beliau
banyak sangat barang yang best untuk di usha tahu :)

baiklah, ayuh tengok syarat-syarat penyertaan

-follow blog Alinac Shoppe & Alinaclover.
-terbuka kepada semua jantina (lelaki/perempuan) dan beralamat di Malaysia.
-buat satu entri dan nyatakan produk/barang apa yang korang mahu dapatkan di Alinac Shoppe berserta sebab bermula dengan ayat "KALAU SAYA SHOPPING DI ALINAC SHOPPE...... " (barang/produk bole je pilih kat blog Alinac Shoppe)
-tampal gambar :: GIVEAWAY "KALAU SAYA SHOPPING DI ALINAC SHOPPE" :: pada entri tersebut dan juga sidebar anda.
-tinggalkan link anda pada komen di entri ini
-Tarikh tutup 10 Disember 2010 pada pukul 12 malam.
-Pemenang dipilih secara rawak oleh Alinac sendiri.
-Pengumuman pemenang akan dibuat pada 12 Disember 2010 -Hadiah "Misteri ".

senang bukan?
baiklah, kalau saya shopping di Alinac Shoppe, saya mahu Alina Dress kerana dress ini akan membuatkan saya nampak feminin dan saya sangat sukakan dress :)



********************

sejak akhir-akhir ni asyik nak beli dress je :p


My 1st GiveAway in 2011



ouh ouh!
kali ini saya di tag sama Cik Aten
terima kasih tidak terhingga saya ucapkan

okeh!
GA ini dianjurkan oleh Cik Fieza
senang sajah contest ini
anda hanya perlu:

  1. buat entry bertajuk "My 1st GiveAway in 2011"
  2. Letak baner GA .letak dalam post entry dengan sidebar
  3. Tag 3 orang..make sure yang kena tag tu tau k..nak tag lebih 3 orang pown takpe..macih banyak2..
  4. Follow blog kita sebab senang kan nak tau pasal perkembangan
  5. Sape2 pown boleh join..terbuka pada lelaki dan perempuan..

senang bukan?
apa lagi, ayuh join!

oh ya, saya tag:

  1. Aidil
  2. Loqman Hakim
  3. Amirah

*******************

bestnya kalau menang GA ini :)

Friday, December 3, 2010

backpacking around Europe

wah!
sudah 2 minggu di rumah
takde aktiviti menarik pun berlaku sepanjang cuti
hari-hari kena buat benda yang sama
bangun pagi, kemas rumah, basuh baju, masak, online
lama-lama boleh lemah otak dan boleh buka
kedai jual lemak.

kalau online, benda wajib kena access ialah blogger, FB, tumblr dan twitter
ouh!
tumblr memang seronok
sebab banyak gambar best-best
dan dan dan
tadi saya usha All Things Europe punya tumblr
homaigoddd!!!
banyak gambar around Europe yang lawa-gila-babeng!

Europe adalah benua ke-6 yang terbesar dekat dunia ini
Europe merangkumi 50 negara
Russia merupakan negara terbesar di dunia
manakala Vatican City merupakan negara terkecil di dunia

okeh!
ada 44 buah negara Europe yang tidak berkongsi dengan Asia
dan 6 yang selebihnya berkongsi dengan Asia iaitu

  1. Russia
  2. Azerbaijan
  3. Turkey
  4. Kazakhstan
  5. Armenia
  6. Georgia

peta Europe.
klik untuk tumbesaran bagai johan.




aku memang menanam impian yang menggunung
untuk backpacking around Europe (ayat macam tajuk lagu Yuna. hehe)
sebab Europe banyak tempat boleh jelajah
banyak landmarks boleh usha
ouh ouh ouh!
dan aku nak sangat-sangat pergi France
spesifiknya, Paris
aku nak pergi Eiffel Tower, nak pergi Louvre Museum
nak pergi usha potret Marie Antoinette secara live


Eiffel Tower, France


Musee du Louvre, France


Ionian Island, Greece.


St. Petersburg, Russia.


Hamburg, Germany.


Canary Island, Spain.


dan banyak lagi lah tempat aku nak pergi
kira semua yang ada dekat All Things Europe tumblr tu
aku nak pergi tahu
haish!
seronoknya kalau aku belajar area Europe
senang nak travel
takpe, takpe
aku nak kumpul duit banyak-banyak
nak pergi Europe
hahaha!

***********************

tapi satu yang pasti,
aku nak melawat tanah suci dahulu.
moga-moga aku panjang umur nak pergi tunaikan haji.



Wednesday, December 1, 2010

itu aku


ouh ouh!
mizz miza telah mengamanahkan saya untuk ambil tag ini
terima kasih tidak terhingga saya ucapkan :)

okeh!
apa yang perlu dilakukan ialah:

1) copy paste benda pink ini.
2) upload pic cool,bergetah,macho,comel,cantek korang.caption : "itu aku"
3) kenalkan diri anda
4) bagi 5 wish anda sempena bulan december ini!contohnya : wish dapat nikon dslr,dapat result ok!eheks!
5) tag 5 followers anda!
6) oh title : "itu aku"


'itu aku'
memang bergetah kan gambar ni.
haha!



okeh!
ini biodata saya (ngehehe)
kira macam tulis biodata masa darjah 6 dahulu

  • Rafiqah Binti Ahmad Rijal
  • 28 Mei 1990
  • makanan kegemaran: makanan yang pedas-pedas
  • minuman kegemaran: carrot susu, fresh orange, teh ais
  • anak sulung dari 5 beradik
  • ucapan atau impian:
  1. dapat pergi vacation (nak pergi pantai)
  2. mama dan ayah balik dengan sihat
  3. result yang best dari sem lepas
  4. tukar color braces ke color pink & turquoise
  5. bulan disember habis cepat (hehehe)

saya dengan bangganya tag:



cukup lah ya 4 orang je. heee!

********************

tu gambar untuk report card sekolah agama
masa aku darjah 2
ustazah aku suruh tukar gambar pakai tudung -____-"


dadah #2: Bupivacaine 0.5% Injection


kembali bersiaran
kali ini nak cerita pasal anaesthetic lagi
ouh ya!
sambil-sambil menaip
mulut sibuk makan trifle yang dipelajari dari blog Cik Eesyaheera
sedap dan lazat dan sejuk dan umphh!

okeh!
Bupivacaine adalah drug under group local anaesthetic (only part of body is numb and we remain awake. bius lah kira)
bupivacaine kadang-kadang diguna semasa proses kelahiran

Bupivacaine adalah dielakkan bagi patients yang diketahui allergy
terhadap bupivacaine dan juga local anaesthetic yang lain
sebagai contohnya lignocaine
jika patients yang allergy terhadap bupivacaine
patients tersebut akan mengalami allergic reactions seperti
skin rash ataupun asthma
juga bupivacaine dielakkan bagi patients yang mengalami blood clotting disorder
ataupun patients yang mengambil anticoagulants (medicines to prevent blood clot)
bupivacaine juga dielakkan bagi patients yang mengalami low blood pressure dan juga mengalami blood poisoning

walaupun bupivacaine digunakan pada ibu mengandung
tetapi perlu diingatkan bahawa
penggunaannya pada awal kehamilan dan juga pada minggu terakhir
sebelum melahirkan adalah perlu dititik beratkan
dan, ibu yang menyusukan juga perlu diberi perhatian kerana
sejumlah kecil bupivacaine mungkin bercampur dengan susu ibu
walau bagaimanapun, consult doktor atau pharmacist tentang penggunaan bupivacaine

antara drug yang mungkin akan
affect bupivacaine ataupun interactions yang akan
affect other drugs semasa pengambilan bupivacaine ialah
drugs untuk heart problems ataupun
drugs untuk prevent blood clot seperti heparin

dose bupivacaine adalah bergantung pada
berat badan, umur, function of kidney and liver dan juga kondisi penyakit

side effects ni tak semua orang akan alami
and side effects pun common
macam loya, muntah, pening, telinga berdengung dan tremor(shaking)
selepas epidural injection, bupivacaine berkemungkinan menyebabkan
backache ataupun headache dan berlarutan selama berbulan
tetapi jangan risau
side effect yang ni rare lah


******************

untuk maklumat lanjut
consult pharmacist yang bertauliah
sebab saya belum grad lagi
saya cuma bagi info apa yang saya baca sajah

ouh! saya minat cerita seram macam ini


malam-malam macam ini
aku sepatutnya dah pergi membuta
tapi tak boleh lah
sebab dah biasa tidur lambat

masa blogwalking
tiba-tiba aku teringat pasal evil clown, Pennywise
entah kenapa aku terfikir pasal creature creepy itu
ouh!
Pennywise itu adalah monster yang disguise sebagai clown
serious shit aku cakap
bila aku tengok clown
aku akan rasa yang diorang itu senyum dengan penuh evil
walaupun sebenarnya diorang okeh sajah
kira aku ni kes trauma lah
hahaha!

filem 'It' ini adaptasi dari novel IT
hasil tulisan Stephen King
serious aku rasa nak beli novel itu (left out gila. baru nak beli -____-")
sebab aku minat lah baca cerita thriller dan saspen macam ini


dah lah hodoh, evil pula.


*****************

konon nak beli novel baru.
yang lain pun tak terbaca-baca, nak beli baru.
cett!


baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers