Monday, August 30, 2010

mama, minta maaf..

dalam ingatan tulus ikhlas.


aku mahu tanya pada korang
apa korang rasa, bila korang secara tidak sengaja hilangkan barang yang orang bagi
lagi-lagi mak korang yang bagi?
mesti sedih gila-gila kan kan kan

sama lah macam aku
secara rasminya
aku dah hilangkan jam tangan yang paling aku sayang
mak aku bagi jam tu masa aku 15 tahun
hadiah untuk PMR aku, sebab aku dapat 8A
tapi, aku dengan cuai dan lalainya meninggalkan jam tersebut dekat bilik air
sebab masa tu aku nak amek wuduk

serious aku rasa sedih gila
sebab dah 5 tahun aku pakai jam tu
yang lagi aku sedih, jam tu mak aku bagi
tadi aku dah call mak aku
aku cakap yang jam tu hilang
mak aku cakap, takpelah
dah takde rezeki. lain kali jaga barang elok-elok

sedihnya.......
aku rindu jam tu
biarlah korang semua nak kata aku batak dengan jam tu
tapi yang pasti, aku tetap nak carik juga jam buruk aku tu
sayang doe!
banyak sentimental value.

sejak aku sekolah, matrik sampai aku masuk universiti
jam tu yang teman aku
tapi sekarang..... :'(


jam yang teman aku semasa matrik.


jam yang sentiasa teman semasa pergi membeli-belah.


semasa menjaga booth Pharmatrade.


***************

sorry mama.

14 comments:

Unknown said...

cntik weyh jam tu...adoii..untung spe yg dpt...untung dgn dosa ambik barg org...

xpe2..duit scholar/pinjaman ade kot..hehe...bli je baru...dh nk raye ni...harus bli baru..haha

eqacashperlala said...

aidil: duit scholar tinggal sket meh

Rizzuan Shah said...

eqacashperlala, sama la kite. jam saya ni lagi la plak. dah 9tahun saya pakai tau. rasa cam dah jadi salah satu anggota badan plak. kalau tak pakai, rasa cam tak sempurna je tau. tanggal pun sbulan skali je kot. kalau hilang jam ni, tak tau la nak kata pe. beli yang baru pun tetap tak sama. besabo la ye eqacashperlala. sama2 kite doakan smoga eqacashperlala jumpe balik jam tu. tampal la iklan dekat tempat kehilangan jam tu. :)

Salam Ramadhan.
Salam Kemerdekaan &.
Salam Raya Aidilfitri.

http://wanshah87.blogspot.com

eqacashperlala said...

wanshah: tulah. hati ni Tuhan je tahu. dah mula rindu kat jam ni taw.anyway, jaga jam awk tu elok2. kang nyesal plak

Salam Ramadhan, Salam Merdeka & Salam Aidilfitri

Ninaa. said...

Tu laa. Lain kali jaga elok elok .

eqacashperlala said...

ninaa: tulah pasalnya... aku tercuai pulak T.T

izsy said...

:( aku tumpang sedih. sigh...

mintak2 jumpe balik

Anonymous said...

sedihkan rasa? sy pernah jilangkan digital camera hadiah mama sy. seminggu tak leh tidur. sebab terkenang. :-p precious thing kadang2 mmg tak leh lupa

eqacashperlala said...

syahmina: sobsob

sarah syahira: betul. susah nak lupa barang berharga, lagi2 dah pakai lama

HaN WarreN said...

dah wat repot polis ke?? heheh

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

huwaaaa~~
sy paham ati awk.sedey jgk...
sb br2 nie gelang emas yg ibu bg sempena my graduation da ilang~!! clumsynye sy ini..huhuhu~ =(

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

ala, kesiannya..hilang jam rupanya! tape tape, jdkan itu sebagai iktibar, untuk lebih menghargai pemberiaan org ye:) hehe..salam kenal dear.

eqacashperlala said...

hantwo: polis tak lyn report jam hilang. haha

khumaera: lah yeke.. siannye kat awak

fifiey: tulah. pasni nak berjaga2 dan berhati2

Rizzuan Shah said...

kalau report polis, bleh gak dia bawak skuad anjing pengesan. macam kes besau la plak. heuheuhe.. :P

http://wanshah87.blogspot.com

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers