masa zaman hingus aku baru nak mengering,
aku dah disuruh berpuasa oleh kedua ibu bapa aku
well, nama pun kanak-kanak
mestilah ada ponteng-ponteng puasa kan kan kan
semasa aku darjah 2
sumpah aku cakap
aku cuma puasa 2 hari!
lagi 28 hari aku ponteng.
hehehe!
dan part paling best
aku dapat cover perbuatan jenayah aku daripada
pengetahun ibu dan bapa aku
hebat bukan?
dan duit raya dapat penuh kowt
haha!
macam ni taktik aku masa kecil-kecil dulu
disebabkan waktu itu cuti sekolah
jadi, selepas mak aku pergi kerja
aku bersama-sama adik aku yang lain
pergi dapur dan makan
adik aku yang ke-3 masih kecil
so, mak aku akan masak nasi untuk dia makan
tapi, faham-faham sajah lah
aku dengan adik aku yang ke-2 pun bantai makan sama
selama 28 hari aku buat macam itu
setiap kali mak aku balik kerja
mak aku berasa hairan sebab lauk hampir-hampir habis
bila mak aku tanya
aku cakap lah adik aku yang tadika tu makan banyak
dan,
aku akan pastikan sebelum mak aku balik kerja
aku kena lap mulut banyak kali bagi betul-betul kering
lepas itu, depan mak aku tunjuk muka saya-lapar-gila-sebab-saya-puasa
kecil-kecil aku dah kencing mak aku
hehe!
tapi bila dah besar ni
aku dah insaf dan taubat nasuha
aku dah tak terlibat dengan kegiatan tak bermoral ni
aku nak puasa bersungguh-sungguh
takde lah masuk api neraka
*********
kecil-kecil ponteng puasa takpe kan kan kan?
Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak
Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak
9 comments:
Time ni kau ugut Shida suruh diam kan ?
ninaa: mana kau tahu ni? haha! mesti ah weyh. sia-sia je kalau kantoi
gua pose ganti tak abes lg.. abes la gua kene byr beras..hahahaa
hahaha! jgn lupa guna kalkulator fidyah nak kira bape jumlah yg perlu dibayar kat sini http://eqacashperlala.blogspot.com/2010/07/jangan-berhutang-cepat-langsaikan.html
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak :)
LIKE!
hahah..bla besaq, nak pose penuh pun xleh dah..hahak..:p
bain: Selamat berpuasa juga :)
hasyaku: haha! tu sebab tertentu kowt.
lu kena ganti beb..xkisah le kecik ke besar :p krg lu dah mengaku kat mak lu belum yg lu tipu dia?
linglung: soklan cepu cemas kau bagi. aku tak gtaw mak aku pun yg aku pernah tipu die. eh eh eh! siyes ke kena ganti? -__-"
Post a Comment