Monday, May 31, 2010

yang terindah




Tolong lah sesiapa bagi aku surprise macam ni
sumpah terharu kowtt

sangat unik dan comel

i loike!!!


Sunday, May 30, 2010

KANAK-KANAK MASA KINI

umum sudah ngerti yang Facebook sudah
menjadi laman sosial yang femes

sosial okeh, bukan so-sial

semua orang mahu ada akaun Facebook
tak kira setiap lapisan umur masyarakat
dari yang muda belia yang kiut-miut
ke dewasa yang berkerjaya
golongan yang agak evergreen yang senantiasa tampil bergaya
sehingga ke kanak-kanak yang tak reti lagi nak lap hingus

itulah penangan Facebook

adik-adik yang baru darjah 3 dengan 4
sibuk nak buat Facebook
padahal masing-masing masih bawah umur
tapi dah terkinja-kinja nak Facebook

adik aku kata
dia buat Facebook sebab ramai kawan-kawan dia buat Facebook
semua kawan sekolah dia bising suruh add dorang kat Facebook

wah! wah!
advance kanak-kanak sekarang
masa aku kecil-kecil dulu
komputer pun belom tentu tahu ke tak
budak zaman sekarang, siap dah tahu nak main Facebook



Facebook adik aku yang darjah 4


Facebook adik aku yang darjah 3


so, aku perhati lah kan
ada baik dan buruknya budak-budak kecil buat Facebook

KEBAIKAN:

  1. Dapat melatih mereka berinteraksi dengan menggunakan teknologi terkini
  2. Dapat explore dunia internet
  3. Dapat hilangkan bosan (yeke?? haha)


KEBURUKAN:

  1. Asyik leka main komputer sampai tak melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh
  2. Mata cepat rosak
  3. Kurang interaksi face-to-face
  4. Asyik terperap dekat rumah
  5. Aktiviti sosial dengan masyarakat luar kurang

lihat!
keburukan lagi banyak kan kan kan?

tapi bagi orang dewasa
banyak kebaikan
salah satunya dapat jumpa rakan lama
hehe



sekitar sambutan hari tua




tiada apa yang istimewa dengan sambutan birthday aku
cukup hanya balik kampung, makan kek sajah
syukur..
at least sambut lah juga


membeli-belah untuk birthday party yang simple.
maaf, saya lupa makan ubat.



menggayakan abaya yang baru dibeli.


wajah saya berpurdah.


kek birthday saya.
bengang dengan strawberry yang tak fresh itu.



Sekian..

Friday, May 28, 2010

selamat tinggal 19.. SELAMAT DATANG SI SEKSI 20 :)


wah wah wah!
aku sudah dewasa!!

seronok juga ya jadi dewasa
rasa macam dah layak sangat jadi bini orang
haha!

bila dah 20 tahun ni
rasa tanggungjawab makin besar

ecece!
cakap macam dah jadi mak orang pulakk

teringat masa aku menginjak 18 tahun
memang seronok gila kowt
time tuh dalam otak hanya fikir- 'yes! da boleh tengok movie 18PL, 18SX, 18SG'
segala yang 18 lah kan
haha!

tapi bila umur 20 ini
rasa macam dah dewasa sangat
kira, kalau nak buat apa-apa pun
macam dah boleh fikir sematangnya lah
konon!

apa-apa pun
SELAMAT MEMBESAR UNTUK RAFIQAH (wish kat diri sendiri. gila)

***************

Nina, tolong hiburkan aku dengan menjemput Maulana AF nyanyi sempena birthday party aku bisa nggak?
kita kan Best Friend Forever :))

hahaha!!



Thursday, May 27, 2010

entry nak hilangkan emosi marah (-_-')

Maulana - RSVP Lirik

Kali pertama ku melihat hati sudah rasa terpikat
Bila kau membalas senyuman
Ku berkhayalan…
Kita berdua jatuh cinta
Kau milikku dan ku kau punya

Tapi di dalam realiti belum pasti
Ku pinta kau répondez s’il vous plaît
Jangan biar ku fikir ku bertepuk sebelah tangan
Ku rayu kau répondez s’il vous plaît
Agar dapat berakhir angan yang mengganggu fikiran

Dah tak mampu berselindung lagi
Cinta yang lahir dalam hati
Aku tahu kau juga mahu tetapi malu
Andainya benar katakanlah agar dapat mengorak langkah

Bila ku ketuk pintu hatimu
Izinku masuk
Luahkanlah ku perlu tahu
Luahkanlah isi hatimu

Lagu: Edry Abd Halim (KRU Publishing)
Lirik: Edry Abd Halim (KRU Publishing)

*******************

enjoy lagu ni

suka! suka!

saya memang marah


tiada apa yang dilakukan sepanjang malam ini
hanya update status di Facebook dan juga
jalan-jalan tengok update member-member lain

Tiba-tiba, mata aku tertangkap
pada satu post oleh kawan lama aku

aku serta-merta join
tanpa berfikir 8 kali

aku pun buka lah laman web tersebut
Ya Allah, sungguh aku terkesima tengok post-post bangsat itu
gambar-gambar di dalam web tersebut memang sangatttttt kurang ajar

kalau tak percaya, klik sini

sedih aku bila agama Islam terutamanya
Rasul junjungan, Nabi Muhammad saw dipermainkan, dihina
astaga...



Wednesday, May 26, 2010

tipu muslihat si buaya femes, Crocs



manusia berkaki buaya


pagi tadi
jalan-jalan ke blog Liyana Lunia

terbaca entry pasal kalimah Allah di logo kasut Crocs
aku terus terkedu!

mana tak nya, Crocs tu je lah satu-satunya
kasut ke kuliah yang masih sihat
yang lain dah koyak

lagipun, aku beli yang ori punya
lagi sayang aku kat kasut itu
takkan beli mahal-mahal
lepas itu tak yah pakai

mak aku suruh aku simpan je kasut tu
jangan pakai lagi dah
sedihnya....

tapi
lebih baik tak pakai daripada pakai dapat dosa kan kan kan

tak pun mengambil langkah drastik dengan kikis logo buaya tu
(-_-')
sayangnya

takpa, nanti boleh pakai balik
takde lah membazir kan kan kan


Crocs kesayangan :)


Tuesday, May 25, 2010

muka kartun, tapi aku tak kisah





nah!
tengok muka aku
sumpah macam kartun

tapi abaikan muka aku itu
fokus kat shawl yang leopard print tu

terima kasih kepada cik fatin liyana untuk tutorial
cara pakai shawl ala-ala Dato' Siti
kalau nak cekidaut tutorial itu, klik sini

dah lama nak try pakai shawl macam ini rupa
nampak lain sikit
hehe!

(sian aku, baru tahu pakai shawl macam ni)

tengok tutorial itu dan
selamat mencuba!!!


Sunday, May 23, 2010

Répondez s'il vous plaît


ya!
sekarang tengah addict dengan lagu Maulana Af8 ni
tajuk lagunya: RSVP

okeh!
selalunya kita akan jumpa
dengan perkataan ni bila kita dapat invitation
ke sesuatu event

RSVP adalah singkatan bagi Répondez s'il vous plaît
ia merupakan perkataan French
yang bermaksud 'please respond' atau 'answer please'

dan part paling best sekali
masa konsert tadi
Jeffney Tilu, yang juga merupakan bekas saxophonist
bagi band Komplot ada perform juga

alahai!
kacak bergaya kowt Jeffney itu




Maulana si abang Jazz



Jeffney the sexy saxophonist!
awak panas!!

(gambar curi di myspace)


apa lagi, enjoy sajah clip konsert Maulana feat. Jeffney


Saturday, May 22, 2010

saya di alam lain


saya bukan lagi saya..

saya di alam maya
di alam di mana semua benda tidak mustahil
di mana manusia bisa terbang laju
manusia bisa berenang dalam-dalam
bila mana kena pukul pun tak mati

hai!
selamat datang ke alam maya


**********

bila duduk rumah sepanjang cuti ni
asyik melakukan benda yang sama sajah

bangun tidur, makan, sapu rumah, basuh kain, lipat kain, gosok baju adik nak pergi sekolah dan tunggu mak masak tengah hari

memang bosan
tapi fikir-fikir balik
benda ni juga yang mak aku asyik buat tiap hari
mesti mak aku rasa bosan, tapi demi anak-anak kan

so, masa cuti ni lah
aku nak berbakti, buat semua itu
biar mak aku tak bosan selama 2 bulan ni

**********


memang mak aku tak rasa bosan
siap beliau boleh join aerobik
lagi

haha!

takpe mama. biar mama kurus sikit



anda pasti anda yang terpantas? [contest MSR@blogger]



wahai rakyat jelata semua
anda rasa anda yang terpantas dalam menaip??

jikalau anda rasa ya
cuba, try, test contest ini ANDA RASA ANDA CUKUP PANTAS?
anjuran MSR@Blogger

saya tak berapa pantas kowt





apa lagi
cuba lah hari ini

(cewah! macam promote eskrem pula)


******************

contest ini saya ketemu semasa jalan-jalan ke
blog Zoro

Friday, May 21, 2010

TERUJA


Syarat-syarat wajib:-

1.Buat entry pasal award ni..
2.Copy badge ‘Beautiful Blogger Award’ ni..
3.Terima kasih dan link pemberi award
4.Senaraikan 15 blogger
penerima award yg baru.



TERIMA KASIH kepada sahabat lama saya
Norhazreen binti Rosli

kerana telah meng'award'kan blog ini

TERIMA KASIH! TERIMA KASIH


Dengan ini, saya akan meng'award'kan blogger-blogger berikut:


  1. Nina
  2. Atheera
  3. Nurul Huda
  4. Atikah
  5. Bain
  6. Roronoa Zoro
  7. Syahmina
  8. Alyani
  9. Juice
  10. Najihah Najmi
  11. Ammarlin Shahida
  12. Ukasyah
  13. Yana Jaapari
  14. Syawana
  15. Dianna


muka teruja budak berpendakap merah jambu.


Thursday, May 20, 2010

Ayuh! Bersama bantah group melukis Nabi Muhammad saw

Tadi singgah ke blog Zoro
lalu terbaca lah entry 'PAGE FACEBOOK MENGHINA NABI MUHAMMAD'

Subhanallah..

Klik sini untuk sign in petition bagi membantah group tersebut.

Baca lah lebih lanjut dekat page beliau


Wednesday, May 19, 2010

ketandusan idea

23 perkara yg mungkin korang x tahu

(a) Tulis 23 perkara rawak (random) tentang diri anda (tak kisah ler benda tu fakta ke
angan-angan ker cita-cita ker imaginasi ker tentang 'body' ker awek, pakwe, makwe etc.)
(b) Tag lak benda ni kepada rakan blog anda (sekurangnya 5 orang)
(c) Kalau tak ikut peraturan, di mana keseronokan "TAG-TAGGED-TAGGING" ni :)



petak juga mahu jawab tag ni.
okeh!
tarik nafas dalam-dalam


MARI LAKUKANNYA!



(a)


  1. paling pantang bila mana ada umat manusia potong barisan
  2. makan memilih sangat-sangat
  3. berdarah campuran Jawa dengan Palembang
  4. tak pandai cakap Jawa
  5. lemah dalam bab mengira
  6. suka main gigi bila tidur
  7. perlu bantal peluk jika mahu tidur
  8. bila mandi akan basahkan kaki dulu
  9. tidak kidal
  10. pakai kasut saiz 9
  11. bila tidur mata tak tertutup penuh
  12. tidak suka kaler hijau
  13. pernah tulis diari. haha!
  14. tidak boleh angkat kening macam Ziana Zain
  15. suka kaler unggu
  16. tidak suka sangat makan seafood
  17. tidak pernah makan Sushi
  18. tidak pernah main DOTA
  19. suka potong kuku sampai betul-betul pendek
  20. tidak fobia sama darah
  21. tidak tinggi
  22. anak sulung
  23. punya 4 orang adik

manusia bertuah yang di tag :

Syahmina
Atheera
Alyani Nazirah
Nina
Roronoa Zoro


**************

terima kasih Mohd Muzamel

Tuesday, May 18, 2010

aku sudah taubat

satu perangai aku ialah
bila aku 'melabur' aku suka
cangkung kat atas tandas duduk tu

TAPI!!!!!!!!!
lepas aku tengok blog ni,
aku terus taubat

takut seyh!
mahu terkoyak bontot aku

TAKUT!
NGERI!

Friday, May 14, 2010

saya harap awak faham saya

pagi yang aku harap indah macam kat kayangan
rupanya hanya harapan sajah

aku di balkoni rumah
kedengaran bunyi motor abang posmen

aku bajet surat yang sampai tu mesti bil elektrik, tak pun bil air, tak pun
segala macam jenis bil yang patut dilangsaikan hutangnya

malang itu memang tak bau kari
ayah aku pula yang pergi ambil surat
sebab selalunya aku yang tergedik-gedik nak ambil surat kat peti tu
(kalau aku yang ambil surat tadi, aku dah sorok dulu dah. anak derhaka aku ni)

ayah panggil

ayah: Rafiqah, results sem 2 kamu dah keluar ke belum?

aku: belum lagi. kenapa?

ayah: ni, kamu dapat surat amaran dari JPA

aku: homaigodd (bentak hati kecilku)


abang penaja sudah memberi amaran
dalam surat cinta abang penaja kepada aku, dia menyatakan:

AMARAN KERANA PENCAPAIAN PRESTASI AKADEMIK YANG SEDERHANA BAGI PELAJAR TAJAAN JPA


ketat je bunyi ayat cinta abang penaja ni (-_-')

p/s: abang penaja, saya berjanji, ingin meningkatkan prestasi saya pada sem akan datang.

***************

teringat kata-kata Pn. Suriani dekat Izzat

ingat, kamu tu pakai duit rakyat. jangan sia-siakan duit biasiswa.
belajar betul-betul.




Thursday, May 13, 2010

mulut berair

perhatian umat manusia semua!

tengok dan cekidaut blog ini: cakeworm

sedap..sedap sangat (haha.macam pernah makan. tapi naluri aku cakap mesti sedapppp)

lagi-lagi strawberry cupcakes
nampak ghairah kowt

*********************

cett!!
bila lah orang nak kasi aku cupcakes
sumpah aku takkan makan cupcakes tu
sebab comel sangat (-_-')

Wednesday, May 12, 2010

drama: kita bersama harunginya (episod 3)

episod 3: malam itu malam kita

kembara 2 pelancong warga Belgium itu diteruskan.
kali ini, mereka mahu pulang ke hotel mereka, Hotel Saujana
dengan menaiki perkhidmatan awam, bas Rapid Penang
mereka memulakan kembara mereka dari Bukit Jambul Mall

eqa-tron: "Jay-yaw, kalau mahu pulang kena ambil bas diseberang kah, ataupun betul-betul depan Bukit Jambul Mall ini?"

Jay-yaw: "entahlah. mungkin perlu ambil di seberang sana"

eqa-tron: "kalau begitu, ayuh kita melintas ke seberang."

*********

eqa-tron: "pakcik, pergi USM tak?"

pakcik bas: "pergi." (jawapnya pendek)

*********

eqa-tron: "Jay-yaw, penat betul hari ini." (keluh kesah eqa)

Jay-yaw: mahu tak penat. menapak macam gila nak pergi Queensbay. tambahan pula, kita tercari-cari arah. mestilah penat.

eqa-tron: "aku mahu bukukan pengalaman kita melancong. yalah, buat tatapan generasi akan datang, serta sebagai sumber inspirasi bagi mereka-mereka yang mengembara." (dengan nada bersemangat waja)

Jay-yaw: "sekurang-kurangnya, kita ada sesuatu untuk dikongsi dengan dunia. tak begitu?"


sedang rancak berbual, pakcik bas bersuara
"USM, USM"
destinasi sudah tiba, tapi....

eqa-tron: "pakcik, kitorang taknak turun dekat sini. kitorang nak turun dekat gate lagi satu"

pakcik: "pintu yang mana satu. ini pintu Batu Maung. Sebelum pintu ni tadi, pintu Sungai Dua"

kitorang: "errr..kitorang nak turun dekat pintu yang belakang tu. tak tahu apa nama tempat itu." (memang sengal kan kami berdua. Hotel sendiri pun tak tahu)

pakcik: "lah dik..bas ni tak lalu sana. takpa lah. pakcik turunkan adik dekat Gelugor. dekat sana ada kedai tomyam, adik tunggu bas kat depan kedai itu. naik bas 302 na.."

kitorang: "lah, yeke." (salah bas lagi)

*********

lalu, pelancong tersebut ke kedai yang dimaksudkan
seraya, mereka bertanya makcik tukang masak kedai tomyam tersebut

kitorang: "makcik, nak pergi USM, tunggu depan sini ke?"

makcik: "ha..tunggu bas 302 na.."

mereka menunggu dengan sabar
jam sudah menunjukkan jam 10.30pm
nasib baik waktu perkhidmatan bas belum tamat
kalau tak.....

sama-sama lah kamu semua fikirkan kemungkinannya

eqa-tron: "eh, Jay-yaw! bas 302 lah. jom cepat naik!" (sambil menahan bas)

tiba-tiba,
makcik tukang masak menjerit
*jeng jeng*

makcik: "dik...jangan naik bas itu. itu nak pergi Komtar. tunggu bas yang lalu sebelah sini. bukan seberang sana."

semua mata-mata yang ada di kedai tomyam tersebut memandang mereka, sinis!
mesti dalam hati mereka berkata
'sengal punya umat. macam tak pernah naik bas'

malu..
memang malu
tapi itu lebih baik daripada sesat lagi
kalau sampai Komtar
tak tahu lah apa gamaknya

akhirnya, mereka berjaya menaiki bas 302
dan selamat sampai ke Hotel Saujana
walaupun penat, tapi itu merupakan pengalaman berharga
bagi 2 orang pelancong Belgium tersebut

tamat.

**************************

kisah ini merupakan kisah benar.

sengaja menggelar diri masing-masing sebagai pelancong
dari Belgium
sebab
pengalaman sesat macam warga asing yang tak tahu
arah tuju mereka

p/s: Jay, memang sengal kan time ni?
asyik sesat dan salah bas sajah! :))

p/ss:
pintu sebenar yang ingin dituju bernama
pintu Bukit Gambir



Tuesday, May 11, 2010

drama: kita bersama harunginya (episod 2)


episod 2: biarkan mereka berkata

setelah berjaya dihantar oleh abang bas rapid ke Terminal Sungai Nibong, maka dua pelancong Belgium tadi bergegas terus ke terminal untuk mendapatkan tiket pulang.

eqa-tron (nama Belgium): "Jay-yaw (nama Belgium)! aku tak punya cukup wang untuk membeli tiket. ayuh! kita ke atm"

Jay-yaw: "Ayuh!"

selepas 10minit dan 6saat mencari atm...


eqa-tron: "sengal! mana atm ni!"

Jay-yaw: "mari tanya orang awam"

kitorang: "err! makcik, dimanakah terletaknya atm yang berdekatan?"

makcik: "lah dik..atm takda kat terminal ni. paling dekat pun dekat Queensbay!"

kitorang: "ouh! yeke..terima kasih." (sambil blah dengan muka tahan geram)


okeh!
saat ni memang panas hati gila.
boleh pula terminal takde atm.
aku punya lah rancang tak nak cucuk dekat hostel, sebab ingat
terminal ini punya atm.
rupanya....%!#&^*

**********

eqa-tron: "Jay-yaw, bagaimana mahu ke Queensbay?" (yelah, belum pernah pergi lagi time ni)

Jay-yaw: "entahnye teman..."

eqa-tron: "mari kita tanya abang tersebut." (sambil menunjuk ke arah abang jual tiket)

kitorang: "bang, macam mana mahu ke Queensbay?"

abang tiket: "adik tunggu bas kat sini. tapi bas jarang lalu. p amek teksi ka. cepat sikit"

kitorang: "ouh! terima kasih"

**********

kitorang: "pakcik, kalau nak pergi Queensbay berapa pakcik charge?"

pakcik teksi: RM** (dah lupa dah berapa. yang pasti mahal)

kitorang: "jauh tak Queensbay itu?"

pa
kcik: "takda lah jauh sangat. adik jalan pun buleh. tak jauh ja. depan tuh ja."

kitorang: "yeke. terima kasih ye."

**********

eqa-tron: "macam mana Jay-yaw?"

Jay-yaw: "nak jalan ke?"

eqa-tron: "pakcik tu kata tak jauh. jom je lah. daripada sesat macam tadi." (sambil buat muka tak rela nak jalan)

Jay-yaw: "boleh lah.."


maka,
memang benar dua pelancong tadi berjalan kaki.
jauh juga kowt.
ditambah dengan terik mentari
dah lah jalan tu, jalan besar.
okeh! hampir sama dengan highway dah
siap kitorang boleh jalan dekat fly-over sambil minum air kelapa
penat punya pasal

aku tengok, bangla je yang jalan kaki
kitorang pula boleh belasah jalan macam bangla juga

malu??
jangan cakap lah
nak cucuk duit punya pasal, belasah je
umat-umat yang naik kereta tu belum tentu cam muka kitorang kan

punya lah ramai umat berkereta hon ke arah aku dan Jay
tapi, kitorang buat-buat tabah
kentalkan diri, kuatkan azam

akhirnya
setelah hampir setengah jam berjalan
menjaja serta menayang muka dekat highway
maka, Queensbay, sudah di depan mata pelancong Belgium tersebut

mereka berjaya cucuk duit
dan membeli tiket pulang ke Belgium

inilah pengalaman perit dan sengal untuk episod kali ini
apakah halangan yang bakal pelancong ini tempuhi?

semuanya di episod akan datang.

bersambung di episod 3....






kalau dah namanya pendatang baru


secara mendadak otak aku teringat dekat Jay,
roomate tersayang aku
rindu menebal

haha

teringat waktu mula-mula kenal dengan Jay
bila dia cakap sajah dia warga Kelantan
aku dah mula berpeluh dan cuak

mana tak nya
fikiran tipikal serta kolot aku mengatakan
bahawa beliau pasti seorang yang warak dan penuh iman di dada
sedangkan aku, errr...
syukur lah, kerana Jay dengan aku lebih, lebih kurang sajah

dan paling aku ngeri sekali
bila mana aku takut aku tak boleh
nak faham apa yang dia cakap
iya lah
aku kan sakai laut
mana pernah punya kawan dari Kelantan yang cakap gila Kelantan
takut lah terjadi masalah komunikasi antara dua hala

mujur..
Jay fasih berbahasa Kuala Lumpur
kerana sudah 2 tahun menetap dan belajar di Kelana Jaya

lega kowt
dapat borak macam gila bila tiada masalah komunikasi

okeh!
Jay umpama jantung bagi aku dekat bumi USM
makan, pergi kelas, tidur dan semuanya bersama Jay
kalau Jay menghilang
aku mula rasa cemas dan gementar

dan, kebetulan yang menceriakan selalu terjadi
antara aku dan Jay
asal apa-apa projek
selalu lah kami bersama
sehingga, doa aku dimakbul Tuhan
apabila exam dosage pun sebelah Jay
haha
baru rasa selamat dan tak cemas

gedik lah aku ni

***********************

okeh!
berikut adalah beberapa peristiwa
bodoh dan penuh aksi
antara aku dan Jay


tajuk drama: Kita bersama harunginya

1)
episod 1 : pelancong dari Belgium

Kisah dimulakan dengan keinginan anak muda dari Belgium, ingin membeli tiket pulang ke kampung halaman. Memandangkan aku dan Jay (yang merupakan pelancong tersebut) baru kali pertama menaiki bas di sekitar Penang, maka dengan berjayanya kami sesat. Okeh! bukan sesat lah. terlepas destinasi tujuan. Sebenarnya terminal yang ingin dituju dekat sajah. macam dari rumah kau ke kedai runcit Aceh. tapi, kerana tahap kebiolan dalam geografi
adalah tinggi, maka ia mendorong kami untuk sesat. kitorang boleh lepak dalam bas tuh sampai destinasi akhir. last-last abang bas rapid penang tanya:

abang bas rapid: "adik nak p mana?"

kitorang
: "terminal sungai nibong"


abang bas rapid
: lah..awat tak habaq. dah lepas jauhh da"


kitorang
: "yeke" (sambil buat muka sengal)



episod 2 bersambung minggu hadapan....




Monday, May 10, 2010

bila mama berkata 'macam ni lah anak dara'


pelik
tapi itu kenyataan
percaya sajah cakap aku

mana tidaknya mak aku cakap begitu
aku rasa
selama aku 19tahun ini
ni lah kali pertama aku tak tidur balik
lepas aku sembahyang Subuh (semasa waktu cuti okeh!)
hehe

kalau selama ini
aku tidur sumpah macam haram, melainkan bangun hanya untuk ke kuliah
kalau waktu cuti,
asal lepas sembahyang sajah
subjek utama lepas tu, TIDUR
kalau tidak tidur lepas Subuh itu macam akan bawa penyakit

aku memang hamba tidur
selalunya kalau kat hostel durjana tu
jangan tanya kenapa selalu aku turun makan kat kafe lambat

aku bangun dalam 12.30pm
itu pun bila terdengar
Jay (bukan nama sebenar), roomate aku
keluar masuk dari bilik
selalunya, kitorang (aku, Jay, Syahmina) akan pergi makan
bila aku dah bangun tidur

kasihan kowt
sebab aku bangun lambat
mereka berlapar seketika
sorry rakan-rakan

tetapi
pada pagi yang mulia ini
aku tak tidur lepas Subuh
ni semua sebab adikku bergaduh
sebelum pergi sekolah
sampai membuatkan hati aku panas

lepas sajah sembahyang
aku terus pergi kat adik aku
aku marah-marah sampai puas
sampai aku hilang selera sama katil
tahap kemarahan dan kebengisan aku telah
mendorong adrenalin untuk dirembes dengan banyak
sehingga tiada aktiviti relax-and-digest yang dilakukan
oleh saraf parasimpatetik

mama: Ha..macam ini lah anak dara. Bangun awal, tak tidur lepas Subuh.
aku: hesh! dia tak tahu aku bangun sebab apa (bisik hati kecilku)

*******************

bagi aku lah
untuk hari ini, di mana aku TERbangun awal
aku telah berjaya membuat satu kesimpulan tentang kebaikkan bangun pagi

KEBAIKKAN:

  1. wah! sudah tentu dapat pujian dan kata-kata indah daripada mak aku. Sebab dah selalu sangat mak aku maki sebab bangun lewat (-_-')
  2. rasa lebih bertenaga
  3. dapat siapkan kerja rumah awal, disamping waktu untuk online dipercepatkan
  4. dapat berbual-bual manja sebentar bersama mama dan ayah
  5. dapat rasa sarapan pagi. muahaha! dah selalu sangat rasa makan tengah hari seraya bangkit dari lena yang panjang
  6. dapat lepak dekat balkoni rumah, sambil hirup udara segar. nyaman!
  7. sudah tentunya, murah rezeki. Insya Allah

fuhh!
banyak juga tapi ada satu keburukkan,

aku rasa hari ini tak lengkap.
haha!




Sunday, May 9, 2010

keseronokan berganda


alahai..
gembiranya bila dapat tahu Bain dan isteri, Myra sudah menjadi ayah dan ibu
tepat jam 1.20am pada hari ini, 9 Mei 2010

baby tersebut merupakan seorang hero
nama baby tersebut sangat sedap iaitu
Muhammad Putra Ashman Bin Syaiful Bahrin

iyalah, sudah menjadi ayah dan ibu
tanggungjawab bertambah
tapi satu yang pasti..
kegembiraan bertambah

yang pasti, aku selalu doakan yang terbaik untuk mereka berdua
semoga mereka berdua dapat mendidik baby Ashman
menjadi anak yang soleh, bijak serta sempurna sifatnya sebagai seorang Muslim sejati

Buat Bain dan Isteri, tahniah!
semoga sentiasa gembira bersama Hero baru anda

p/s: baby Ashman jangan naughty tahu.. be a good boy!

*********************

tetiba rasa menggatal nak kahwin awal dan dapat baby macam mereka berdua.


haha!



Friday, May 7, 2010

aktiviti masa senggang

wah!
kan seronok kalau hari-hari macam ini

duduk kangkang besar-besar dekat rumah
goyang kaki laju-laju
kunyah makanan tanpa had masa
online sampai lebam
main game sampai berpeluh

ya!
dunia ini
aku yang punya

maka, novel ku dah tak sentuh dah
haha!
novel yang lepas, Some Things That Stay oleh Sarah Willis
dah terkandas dekat chapter berapa pun aku dah tak ingat
nak baca dari mula, malas
ni lah akibat kesoronokan duniawi
yang aku alami di rumahku, syurgaku


ouh! ancient dah kowt novel ni.


lantak lah
kemungkinan besar, balik USM nanti
baru sambung baca

chet! nak kata kat USM boring ah kira

dan tadi
melayan game bersama adik-adikku
ditemani mama
haha!
sumpah skill game aku dah menghilang
semua adik aku yang tunjukkan skill game itu
main game Scooby Doo je kowt
dah tak reti

dan sekarang
mengadap laptop buruk
macam biasa lah
update blog, facebook-ing, myspace-ing, polyvore-ing, cafe world-ing
dan pelbagai -ing lah en

ok lah
mahu tidur lah rakan-rakan
selamat malam dunia



Wednesday, May 5, 2010

deria yang membawa padah

poster yang sangat mengancam



He lived to find beauty. He killed to possess it.



okeh!
maybe aku dah terlambat untuk review pasal movie ini
tapi, aku tetap nak kongsi dengan anda-anda semua
tentang movie ni
sebab aku baru menggedik nak baca novel cerita ni. haha

movie ni diadaptasi daripada sebuah novel
apa yang menarik perhatian aku ialah
cara si penulis berfikir untuk menghasilkan satu jalan cerita yang pelik
penulisnya ialah
Patrick Süskind

jalan ceritanya dimulakan dengan
narrator yang menceritakan latar belakang negara Perancis
pada abad ke-18 di mana persekitarannya
busuk dan sangat kotor
dan kota Paris adalah tempat
yang paling teruk dan busuk di Perancis

seorang perempuan telah melahirkan
bayi lelakinya di sebuah pasar ikan yang busuk
dan bayi tersebut bernama Jean Baptiste Grenouille (Ben Whishaw)
Grenouille ini mempunyai deria bau yang sangat DAHSYAT
dia boleh bau benda yang jauh gila daripada dia

dan disebabkan ke'power'an dia menghidu lah
dia sanggup membunuh
membunuh wanita-wanita yang berbau unik dan harum
dan jadikan bau wanita tersebut sebagai perfume

gila mamat ni
pasal bau pun sanggup jadi pembunuh bersiri
ngeri!

dan plot cerita ini berterusan
sampai lah dia berjumpa
Giuseppe Baldini (Dustin Hoffman)
seorang tua yang dahulunya terkenal
dalam menghasilkan perfume
tapi bila dah tua, dia dah hilang skill
untuk menghasilkan perfume yang baru

Grenouille hasilkan perfume untuk Baldini
di mana perfume tersebut adalah ciptaan seorang
pereka perfume yang baru, Pelissier
nama perfume itu adalah Amor and Psyche
perfume ni kira popular lah masa itu
sebab itu Baldini cuba nak copy perfume tu

dan sampai lah akhir cerita
segala aktiviti jenayah serta tidak bermoral dia membunuh para jelitawan
diketahui umum
baginya, wanita cantik mempunyai bau yang sangat wangi
sebab itu dia bunuh jelitawan
nak ekstrak bau wanita tersebut jadi perfume

maka, dia dijatuhkan hukuman mati
kasihan juga sebenarnya
disebabkan keghairahan dia
untuk mendapatkan dan mengekalkan bau wanita cantik
dia terjerumus ke lembah dan kancah yang tidak bermoral
sehingga sanggup membunuh

pergh! da macam bagi ceramah kat sekolah

apa-apa pun
akan ku usaha cari DVD cerita ni
dan habiskan novel aku itu


keghairahannya terhadap bau wanita.
ngeri!


Jean Baptiste Grenouille


Perfume: The Story of a Murderer oleh
Patrick Süskind

ya, aku tahu aku siapa

sebak!
air mata perempuan aku tak boleh disembunyikan lagi
ya, semuanya salah aku
mana mungkin aku lupa yang kau hebat
kau bukan macam aku
aku ni LEMAH, HODOH!

takde salahnya kalau kau kata kau dah benci aku
takde sesalnya kalau kau cakap kau sayang orang lain
sebab kepastian dan kebenaran yang aku nak
aku tak nak mulut longkang kau
bilang yang kau sayang aku
bilang yang kau cinta aku

berterus-terang lah wahai si gila
jangan kau seksa aku macam harimau sarkas
jangan kau tekan aku semahunya
aku sayang kau lah bodoh!
kenapa kau tak nampak semua tu?
kenapa kau selalu tuduh aku?
kenapa kau sangsi dengan aku, BODOH?

menangis

kau memang manusia tak guna
kau yang buat aku jadi macam ni
kau sial!

menangis teresak-esak


sampai sini sahaja
ingatan aku untuk lelaki bodoh macam kau
sampai setakat ini sahaja
aku julang nama kau
sampai saat ini sahaja
aku sayangkan kau
sampai detik ini sahaja
jantung ini berdenyut sebab kau

sebab AKU BENCI KAU!

Monday, May 3, 2010

akhirnya, baiti jannati


di tepi sudut ini aku duduk
sambil mengadap laptop buruk

tarik nafas dalam-dalam
rindu bau rumah
rindu bau baju yang mama basuhkan
rindu bau jamban kat rumah
sebab jamban rumah aku wangi
tak macam dekat hostel durjana itu


sehari sebelum pulang
sibukkan diri ke Queensbay
macam biasa, membazir
balik dari membeli-belah dan merayau
terus kemas beg baju serta sedikit barangan yang perlu disimpan

haruslah malam ku tidak lena
sebab bantal serta bantal pelukku
dah pun selamat aku simpan dalam kotak
terus ke dalam setor busuk

seawal 6.30 pagi sudah bangkit
lantas ke jamban busuk
tangan menadah air paip yang sejuk
terus berniat dan sapu ke muka berparut

selesai berjumpa denganNya
terus melipat sisa-sisa adindaku
perlahan, tangan bergerak
mengasilkan satu bentuk origami tipikal untuk adinda

jam 8.30pagi sudah terpacak di kafe
menunggu prebet sapu datang angkut ke terminal
memang boleh pakai bisnes abang prebet itu
datang tepat pada masa

sampai sahaja di terminal
terus menuju ke kafe
perut gemok dah merungut, menyalak mahu makanan
ahh!
turutkan sajah
perut gemok itu pun, perut aku kan
kena lah makan juga

ane!
roti kosong satu dengan roti telur satu
minum, teh ais dengan teh o ais
*okeh! ini hidangan untuk dua makhluk tahu*

wah!
makanan penuh kalori
penuh khasiat
menjana beribu kalori untuk tubuh gempal aku

platform 8
bas menuju ke klang dah pun menunggu membatu
terus naik, dan parking bontot dekat seat nombor 16
sejam pertama perjalanan
semuanya bahagia
tenang dan damai

tetiba
telinga aku pantas menangkap satu bunyi
cis!
tak guna punya umat
okeh! mungkin handphone aku takde mp3
tapi tak bermakna kau boleh dengar lagu
dari handphone rm5k kau kuat-kuat
tidak kah anda tahu tentang kewujudan earphones?
haish!
aku rasa macam nak datang depan muka kau
lepas tuh aku nyanyi kuat-kuat
pekik nyaring-nyaring kat telinga kau
biar kau tahu rasanya aku dengar lagu-lagu dari handphone rm5k kau

bertenang

setelah aku tidur selama hampir 5 jam
akhirnya
selamat aku sampai di klang
mama datang ambil
katanya mahu ke rumah kami di rantau panjang
nget!
tak pernah aku tahu lokasi rumah itu

dan paling best sekali
bila kau pulang
mak kau masak sedap-sedap kan?
ya!
memang macam kat heaven makan apa
yang mak kita masak kan
dengan itu, aku melahap macam orang kebulur
menu: ayam goreng, gulai rebung dengan sambal petai
wah! walaupun aku tak makan rebung dan petai
tapi aku layan gak makan
kata dah lama tak makan apa yang mak aku masak

dan sehingga sekarang
aku masih di sudut ini
duduk
mengadap laptop sampai lebam
dan pagi ini
bermula episod baru di rumah
chewah!




Saturday, May 1, 2010

umur jagung sudah setahun



setelah bertungkus-lumus selama lebih kurang 2 minggu,
tamat sudah peperiksaan untuk sem dua ini

maknanya, sudah setahun jagung dah kat bumi USM ni
kejap sajah rasa setahun tu
pejam, pejam, pejam, pejam, celik
dah setahun da kat USM

hesh!
macam-macam dah jadi selama setahun kat sini
dari mula-mula angkat sumpah sebagai warga USM dan
sebagai mahasiswi farmasi
sehingga lah sebagai akak senior sem depan :)

hasil penghenti masa lah yang selalu ada untuk rakam segala kenangan itu

jadi, tenung lah hasilnya lama-lama
kalau cerita, panjang pula post ni


first dinner dekat USM.



semasa kursus keselamatan.
kursus ni mengajar kita untuk amek gambar time ceramah



semasa presentation public health.
tertekan kowt nak siapkan research ni.




bersama group research public health dan statistics



bersama teman sebilik, Jay-bukan nama sebenar



izzati, saya dan jay semasa majlis berbuka puasa.



semasa SUKAD di USM kampus kesihatan, Kubang Kerian.



semasa national pharmacy sports carnival, MSU



semasa melakukan pembaziran di Queensbay Mall



di Post-CNY dinner, Gurney Hotel



semasa menyiapkan projek Hubungan Etnik.
tajuk projek: pengurusan jenazah Islam.





rakan menggedik.
saya, izzah, zaty dan jay





baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers