Monday, April 19, 2010

saya budak kuat



saya memang kuat
betul, sumpah saya kuat!

berfikir sejenak


eh! eh!
betulkah saya kuat?

saya kuat. betul!
tak tipu




********************************

sebenarnya
aku tak kuat..
aku lembik gila

aku bukan aku yang dulu
aku sekarang sudah bersalin kulit
sekarang kulit aku dah tak indah macam dulu

kulit baru!
kau hodoh!!
aku benci kau



********************************

pakai kulit baru ini
buat aku jadi cengeng!
selalu nak nangis tak tentu pasal


sikit-sikit nak keluarkan hingus melekit
aku benci kau HINGUS jijik!

aku nak jadi kuat balik
aku tak mahu jadi lembik!

mahu sahaja lari laju-laju
lari sampai penat
tinggalkan aku bernafas tercungap-cungap
biar aku mandi dengan peluh hapak

aku dah tak kisah
kalau hidung kau senak bau peluh aku
kau boleh pergi
kau lari jauh-jauh dari aku
aku dah malas nak fikir

otak aku dah rosak
tak boleh nak berfikir sebenarnya
identiti diri pun hampir lupa
otak bercelaru

sayap aku pula sudah rosak
nak terbang bebas sudah tak bisa
sekarang yang tinggal
hanya dua batang kaki yang masih setia
kaki kawan baik aku
dia kuat
tak macam otak aku
buruk!
cepat rosak


********************************
mula rindukan semua orang
orang-orang yang selalu buat otak aku gembira

orang-orang yang kadang buat aku jadi lagi sengal
orang-orang yang selalu ketawa hebat dengan aku

merepek! ah!
pedulikan si gila ini


encik Bumi,
tolong kembalikan zaman
sebelum
manusia lembik ini bersalin kulit.
dia mahu sayapnya kembali
mahu terbang BEBAS
sampai
jaring bodoh halang penerbangan gila dia
dia juga mahukan otaknya normal
seperti zaman-zaman puteri dahulu kala





No comments:

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers