Saturday, April 24, 2010

kita PUTUS! okeh?

Kita putus!
aku ulang, kita PUTUSS!!

sudah lama aku bersabar dengan kau
hari-hari aku tenung kau
aku belek-belek diri kau satu persatu
perlahan-lahan

tapi
rupanya kita tiada kimia antara satu sama lain
kau dengan dunia kau
aku dengan dunia aku
dunia aku bukan macam dunia kau
penuh dengan reaksi
kau perlukan ramai bantuan
untuk kau berubah

sedang aku hanya ada hati yang kecil
jantung yang sentiasa istiqamah dalam mengepam darah
saluran pembuluh darah yang panjang gila
aku tak punya sesiapa
kecuali empunya diri yang kerdil

tadi aku jumpa kau
kau langsung tak bagi aku peluang
aku cuba faham kau
faham hubungan kita
tapi,
aku GAGAL

kita tidak ditakdirkan bersama
aku kecewa
aku kenal kau, sungguh!
tapi kau tak beri aku ruang untuk aku lebih memahami kau

masa jealous tengok kita
dia tak bagi aku jumpa kau lama-lama

tolong!
jangan pergi
tapi kau tetap pergi
berlalu di ambil seseorang begitu sahaja
aku lihat dia genggam kau, erat!

aku mahu menangis
mahu sahaja air mata perempuan aku mengalir deras
tapi, aku tabahkan hati
aku laung kuat-kuat dalam hati aku- KITA PUTUS!

muktamad!
mulai hari ini
kita putus!
aku benci kau Kimia Organik!
aku benci!

**********************

tujuan utama nak beri tahu yang aku tak dapat jawab kimia tadi.
tensi kowt
tengok soalan sajah mampu, tanpa bersungguh-sungguh jawab soalan tadi.

*aiyo*


No comments:

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers