Saturday, April 10, 2010

calon menantu minggu ini

berikut merupakan calon menantu buat tatapan ibu-ibu, mama-mama,
mummy-mummy, ummi-ummi dan mak-mak sekalian.

calon kali ini berasal dari Puncak Alam, Selangor

Nama samaran : *******
gagal mendapatkan info lanjut
Umur : tidak dinyatakan

para ibu, mama, mummy, ummi dan mak sekalian,
disertakan sekali gambar aktiviti harian beliau

  • Melayari Internet ketika orang lain sibuk menelaah
saya gemar melayari internet. saya tidak gemar membuang masa.
dengan internet, saya dapat banyakkkk ilmu.


  • Mengemas
ouh! saya sebenarnya seorang yang pengemas.
ini semua angkara kucing domestik jiran saya.
baru 5 saat yang lepas meja saya kemas.


  • Membaca serta makan
saya gemar membaca!
Kosmo! dan Apo? merupakan koleksi bacaan yang lepas.
sekarang saya sedang dalam proses membaca
buku masakan 'Sajian Melayu Asli'.
Saya juga gemar mengudap (sambil kunyah keropok laju-laju)

Jika ada para ibu, mama, mummy, ummi atau mak yang berminat
untuk merisik gadis ini untuk sebagai calon hantu anda,
sila taipkan MENANTUKU HANTU(jarak)
no. telefon anda(jarak)wang hantaran ke 80800.

tertakluk kepada terma dan syarat.
waktu operasi 24jam

No comments:

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers