Friday, July 30, 2010

bila Rafiqah menggedik

tadi petang
aku ke bank, sebab nak bank-in duit
then, terus ke farmasi USM
sebab Syahmina nak beli hair conditioner

on the way nak tunggu bas untuk balik hostel
Clinique Star Tour 2010 tengah tour dekat USM
aku TERUJA gila
siyes cakap

mula-mula aku segan juga nak join
lepas itu, aku macam tak sanggup nak keluarkan RM30 aku
tetapi apabila Syahmina berkata


"duit boleh cari eqa"


okeh!
RM30 itu termasuk skin consultation, make over, hair styling, photoshoot and doorgift bernilai RM130
berbaloi-baloi bukan?

aku jadi teruja gila nak cuba
dan Syahmina dengan relanya
teman aku pergi tanya semua-semua lah

jadi, bermula lah sesi menggedik
aku pilih YOUNG AND CHIC look
sebab aku sajah nak tengok muka aku make up macam itu
kalau NATURAL look macam bosan
tehee~

so, lihatlah transformasi diriku
chewah! (ayat minta penyepak)


sila jangan gelak sambil guling-guling. terima kasih.




my new look.



:)




doorgift!
mini lipstick in Twilight Nude
and turnaround concentrated serum.



apa pendapat anda tentang make over di atas?
over tak?
hehe

apa-apa pun,
TERIMA KASIH CLINIQUE & CLEO MAGAZINE ♥



Tuesday, July 27, 2010

jangan berhutang, cepat langsaikan


hari ini 15 Syaaban kan kan kan
adalah baiknya kalau kita berpuasa sunat
anda anda diluar sana puasa tak?

saya...
saya tak puasa. hehe

okeh!
bukan ini yang saya nak bebelkan
saya mahu bebelkan tentang hutang-hutang tertunggak
sedari zaman pra matang, sehingga ke dewasa kelak
yelah.. tak lama lagi
Ramadhan datang menjelma
takkan mahu double hutang kan kan kan

semasa zaman saya mahu menginjak dewasa
rakan-rakan saya ajar
kalau tertinggal puasa, bila kita gantinya lambat setahun
kita kena double kan puasa tersebut
jadi jika tahun 2007 anda tertinggal 2 hari
pada tahun 2008 anda tetap kena ganti 2 hari
tapi kalau anda ganti pada 2009
anda kena puasa 4 hari
dan seterusnya lah

TETAPI
semasa saya di alam remaja
ustazah tingkatan 5 Sains 2 saya bagitahu
bukan puasa yang kena double
tapi fidyah
maknanya
kalau tahun 2007 anda tertinggal puasa
pada tahun 2009 anda perlu double fidyah
tapi puasa yang perlu diganti tetap sama, tak perlu double

dan dan dan
yang paling pentingnya
mesti anda anda dan juga saya
tidak tahu
berapa Ringgit Malaysia yang harus kita bayar untuk fidyah kita yang tertunggak itu kan kan kan

jadi
sebagai penyelesaian yang efektif
kita gunakan Kalkulator Fidyah daripada e-Zakat ini



klik untuk tumbesaran bagai johan



borang kaji selidik yang perlu diisi.


dengan ini
saya tak perlu pening-pening nak fikir berapa cupak saya kena bayar
sebab saya tidak tahu satu cupak berapa ringgit

diharap Kalkulator Fidyah ini
dapat jugak membantu anda-anda
selamat mencuba dan selamat beramal :)



muka teruja sebab dapat kira bil tertunggak.
aiyo~


Sunday, July 25, 2010

fashionista yang tertutup

fashion itu universal
fashion itu adalah refleksi attitude seseorang
fashion itu tak terhad pada jenama tertentu
tak bermakna kalau kau pakai baju ratusan ringgit
sense of style kau hebat

dan tak bermakna kalau kau hanya beli baju bundle
kau punya sense of style yang teruk
bagi aku fashion itu tiada had
selagi kau rasa benda itu cantik dan selesa
dah memadai kan kan kan

aku takde style fashion yang tetap
aku ni selekeh orangnya
dah tu, aku tak reti nak berfashion ke kelas
kalau aku pergi kelas
siyes cakap aku selekeh gila
tapi kalau aku pergi shopping
aku berdandan lah
dress to impress
(sila meluat)

penampilan ke kuliah.


penampilan bila shopping.
pedulikan muka poyo itu.


aku adore sangat pada orang yang terel mix and match
sebab aku lembab bab-bab macam itu
okeh!
ayuh kita lihat gadis-gadis, para jelitawan yang aku adore
apabila mereka berfashion
yang paling penting
mereka tetap style walaupun berhijab


*********


1. Hana Tajima-Simpson





aku first kenal Hana (bukan kenal sampai jadi member. eheh!)
semasa aku search tutorial pakai pashmina dekat youtube
sejak itu
aku tertarik dengan penampilan dia
cantik bergaya, disukai ramai
dan dia ini comel


2. Fatin Liyana






dia ni serious bergaya gila
jarang nak jumpa student medic bergaya macam ini
woah!
beruntung kalau pergi klinik dia
sebab dia doktor yang bergaya
paling best pasal Fatin Liyana ni
cara dia pakai shawl
comel woh!


3. Zafirah Hanis





aku tahu pasal blog Fira
lepas aku baca blog Hana Tajima
lepas terbaca, aku terus buka blog dia
aku siyes teruja gila
sebab aku suka cara dia berfashion
lagi-lagi tang boots dia yang super duper hot
jeles aku tengok boots dia
-__-"


*********

bila lah aku bisa bergaya begini.
aku tak punya kekuatan lagi.


Friday, July 23, 2010

tahniah! saya cemburu akan anda


mesti best kan bila kau dapat 4 flat?
lepas itu, mesti mak bapak kau bangga dengan kau

aku pula
mesti mak bapak aku fikir aku ni pemalas
sebab aku failed
dah lah failed
pointer macam haram pula
3 pointer pun tak dapat

**********

Raihana Ahmad Rijal


okeh!
tadi adik aku (Raihana) IM aku
dia bilang dia dapat 4 flat
aku jeles gila
gila gila punya jeles
sumpah! aku tak tipu

aku sebenarnya malu lah sama beliau
dah lah aku kakak
lepas itu, pointer aku lagi teruk dari dia
at least kalau pointer aku dekat sikit dengan dia takpe
ni jauh gila!
nak kejar rasa macam impossible

tapi apa-apa pun
tahniah!
walaupun jauh dalam hati aku
aku jeles -__-"
belajar rajin-rajin
jangan jadi macam aku.


**********

jeles kejayaan takpe kan?
saingan yang sihat untuk berjaya!

Tuesday, July 20, 2010

saye suka mekap [contest by Intanadia]



sumpah!
saya memang suka make up
demi menutup cela di muka
serta menaikkan seri dan aura kewanitaan di wajah saya
saya percaya penuh kepada make up

kerana
setakat ini
make up berjaya dalam kerja-kerja mencantikkan wajah
walaupun saya tak reti make up
tapi
saya tetap nak poyo-poyo make up wajah saya

kali ini
demi make up juga
saya join contest ini
demi memenangi make up
saya suka hadiah dia
sebab Tuan Blog Cik Intanadia bagi eyeshadow pallets
yeay! sorakkan untuk beliau!

contest ini memerlukan kita, para wanita
untuk meletakkan satu keping foto berukuran bebas
yang menampilkan wajah kita bermekap

tapi sebelum itu, anda harus jadi follower
dan syarat-syarat penyertaan boleh di baca di sini


*************

MEMPERSEMBAHKAN!!!

pedulikan ekspresi wajah.
gambar ni je make up nampak terang.
klik untuk tumbesaran.



make up yang terbabit:

muka: (1) Maybelline Clear Smooth Shine Free Face Powder SPF 18 (natural)

mata: (2) Silkygirl Precision Liquid Eyeliner &

(3) Silkygirl Duo Eyeshadow Razzle Dazzle (no.11) &

(4) Body Shop Duo Eyeshadow Eucalyptus Grey (no.02)

pipi: (5) Elianto One Touch Blusher (Brownies)

bibir: (6) Maybelline Water Shine Hazelnut Sauce (no.24)


sekian dari saya :)

Monday, July 19, 2010

ambil pistol, lepas itu tarik picu. senang!


siyes aku rasa macam nak mati
sebab aku rasa down gila vavi hari ini
aku dah tak tahu nak buat apa
semakin lama
kau semakin menjadi-jadi

sial!
kau siapa huh?
apa kau nak dari aku?

En.Bf sudah maki aku macam pu**
aku suruh En.Bf pergi mati
sebab aku rasa dia bikin masalah jadi besar
aku tahu aku agak kasar dengan En.Bf
tapi En.Bf tak paham aku
mendapatlah kau maki dan hinaan dari aku

kadang-kadang
aku fikir
mati lebih baik
tapi aku salah
sebab nanti kalau aku mati
makin banyak masalah aku tinggalkan dekat orang-orang sekeliling aku
dan free-free sajah aku tempah tiket dekat neraka kalau aku bunuh diri


jangan mengada ngada nak mintak mati. Kau jatuh, orang lain pun jatuh jugak. Ingat kau sorang je menangis ?


yea
aku setuju kata Ninaa
bukan aku seorang sajah yang jatuh
bukan aku seorang sajah yang menangis
mungkin
kau sajah nak uji tahap kesabaran dan kemanusiaan aku kan?

jadi
aku akan SABAR


***********

rasa mahu jerit puas-puas!

Sunday, July 18, 2010

tumblr yang tak blur


okeh!
aku sudah terlalu banyak akaun so-sial
masa muda-mudi kalau takde Myspace dengan Friendster
aku rasa macam aku budak paling tak cool dalam dunia lah

lepas itu aku masuk matrik
aku tengok ramai umat buka akaun Tagged
aku pun agak jakun lah memula
sebab aku tak pernah tahu menatang Tagged tu apa
tapi, aku ni jenis GEDIK suka buat akaun so-sial banyak-banyak
so, aku pun sign-up Tagged

lepas itu bila aku dah dewasa sikit
aku buat Facebook
Facebook paling aku suka sebab
ramai kawan-kawan lama aku buka akaun Facebook
so, senang lah nak track kawan-kawan lama

lepas itu
bila aku tengok kawan aku buat blog
aku pun gedik, gatal gelenyah buat blog
blog ni pun best juga
sebab dapat release tension aku

tak cukup blog
aku buat Twitter
sebab aku dengar ramai artis ada Twitter
so aku yang konon artis ni buat lah Twitter (ayat sumpah minta maki)

lepas itu
aku tengok ramai kawan-kawan aku kat Facebook post pasal Formspring
jadi, sebagai perempuan yang batak akaun so-sial
aku pun sign-up Formspring

aku juga ada akaun Ruumz
okeh! Ruumz ni aku terbaca dekat newspaper
jadi sebab aku memang super-duper batak akaun
aku pun sign-up
tapi dah tak pernah buka dah pun -__-"

yang terbaru
aku baru buat Tumblr
okeh!
baru buat Tumblr memang agak ketinggalan
ni pun sebab Syahmina yang suruh buat Tumblr
kalau tidak
tak tahu bila aku akan ada Tumblr
yea! still lagi menggodek-godek Tumblr ni
best lah juga kan
tak sabar nak post banyak-banyak kat Tumblr aku tu (batak. sila jangan meluat)




*********

MillatFacebook je aku belum sign-up


Eiffel, I'm in LOVE


:)


Eiffel Tower & pocket watch



hari ini ke Queensbay
menonton Eclipse
best! best sangat
at least storyline dia tak lembap macam New Moon

tak beli apa-apa pun
sebab takde mood nak shopping
eventhough MNG sale gila babeng
agak bodoh lah juga sebab jeans dia tengah sale
tapi lantaklah
tak rasa nak shopping lah
tak tahu kenapa

tapi tapi tapi
aku beli Eiffel Tower pendant
siyes AKU SUKA GILA pendant ni
sepatutnya aku nak beli owl pendant
tapi tak berapa cantik
aku nak owl pendant yang colourful macam pic bawah ni
tapi ada yang colour silver
tak cantik


owl pendant by Forever 21


tolonglah
tengok pendant Eiffel Tower pun dah cukup
bila aku dah kaya-raya nanti
atau bila aku dah kahwin nanti
aku nak honeymoon dekat Eiffel Tower
picnic dekat Eiffel Tower, sambil ambil gambar banyak-banyak
mesti seronok kan kan kan
harap-harap lah aku berjaya sampai Eiffel Tower
yelah, Paris kan 'Heaven of Romance'
kira agak wajib lah untuk berhoneymoon kat sana
eheh!

Friday, July 16, 2010

terima kasih anak Cina

Mohd Kamil Leong


oh anak Cina
kau betul-betul baik hati
sebab kau, hati aku dah tak gusar lagi
kau memang hebat lah!

tabik!

walaupun kau suka sakitkan hati aku
walaupun perangai kau macam kanak-kanak hilang ibu bapa
walaupun kau suka sekeh kepala aku
walaupun kau suka buat perangai biol kau

tapi
kau baik
kau kelakar
kau ada lah juga ciri-ciri penyayang

kau lah sepupu yang paling rapat dengan aku
lagi-lagi kita selalu sambut birthday sama-sama
sejak kanak-kanak
asyik muka kau sajah yang sambut birthday dengan aku
cuma bila dah dewasa ni
kita dah tak sambut sama-sama
last kita sambut sama-sama pun masa aku 16

aku ingat lagi
masa kau masuk hospital sebab suspek denggi
kau suruh aku balik lawat kau
tapi aku kat Perlis lah
gila batak pula aku nak balik Selangor lawat kau kan
tapi
aku terharu
sebab kau nak aku tengok kau masa kau sakit
walaupun aku tahu keadaan kau tak kronik
haha!

dan sekarang
bila aku buntu
kau bagi jalan keluar yang bagi aku sangat logik
tak sangka aku
terel juga otak kau berfikir dengan matang
haha!

buat Mohd Kamil Leong,
aku siyes sayang kau!


Thursday, July 15, 2010

aku rasa kekurangan


jiwa aku kosong
kosong gila, aku berani sumpah

entahlah
semakin lama, semakin aku tak tahu apa yang aku nak
buat itu tak kena, buat ini tak kena
jalan situ, aku bosan
jalan sana pun aku bosan

aku seakan sudah hilang akal
jiwa bercelaru
otak berserabut

*******

aku rasa nak pekik kat telinga seseorang
sampai dia pekak


Sunday, July 11, 2010

tak payah nak nangis dah


mungkin kerana aku sudah 20 tahun
aku sudah tidak berapa cengeng
hehe :)

masa dalam bas pagi tadi
aku menangis
tapi nangis sikit je
ehem!

tapi bila dah sampai Penang petang tadi
aku dah rasa sedikit okeh
lagi-lagi bila jumpa roomate tercinta, Jay bukan nama sebenar

makan malam tadi pula
aku makan dengan Izzat, Syahmina, Arif dan Jay
seronok gila
tu baru jumpa berapa kerat je
kalau dah jumpa semua...
tak tahulah

jadi Rafiqah
jangan bazir air mata okeh
anda kan tabah

eheh!



Saturday, July 10, 2010

ini sungguh, sangat, teramat tak cool


okeh!
aku rasa kau dah cross the borderline
menyebabkan aku mengambil keputusan drastik
sial, bila kau mahu berhenti?

kau tak penat lagi ke?
tolong lah penat
sebab aku dah muak dengan perangai kau
siap gambar aku kau ambil
sambil claim aku gf kau
tiada malu kah kau ni?
tebal sangat kah kulit muka kau?

aku sangat tak paham dengan kau lah sial

Friday, July 9, 2010

tolonglah berhenti sekejap


surat untuk Encik Bumi.

Kehadapan Encik Bumi,

Saya Rafiqah, ingin memohon jasa baik Encik supaya berhenti berputar buat seketika. agak-agak berhenti dalam sehari ke 2 hari ke. Bergantung kepada keselesaan Encik.

Faktor-faktor yang menyebabkan saya mohon anda berhenti adalah, saya mahu lebih masa di rumah. Memandangkan hari ahad nanti saya sudah pulang ke USM, jadi saya mahu lebih masa di rumah supaya saya dapat bergembira bersama keluarga tercinta.

Tambahan pula, saya belum bersedia untuk mengadap buku.
Dan saya paling gentar untuk menghadapi subjek Dosage Form 2

Saya harap, permohonan saya dapat di pertimbangkan.

Kerjasama Encik amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


************

rasa-rasa Encik Bumi berhenti tak?

Thursday, July 8, 2010

entry buat orang meluat

sila jangan ngeri. terima kasih.



pedulikan muka hodoh itu. terima kasih.



sajah nak tayang braces kaler turquoise yang baru tukar tadi

hihi!
perangai jakun betul


Wednesday, July 7, 2010

alah. aku pakai braces murah je.


itulah kebenaran
aku pakai braces murahan sajah
buat dengan kerajaan baru around RM700-RM1000
tapi hasilnya memuaskan apa
cantik je aku tengok gigi terbaru aku
hasil kerja pembaik pulihan oleh Dr. Chia
dekat Klinik Gigi Seksyen 7, Shah Alam

aku terbaca pasal lingual braces
gila mahal woh
braces termahal dunia tahu
kos pembaik pulihan gigi oleh Dr. Lingual Braces ini
menelan belanja RM19k - RM41k !

wah!
kalau lah aku yang guna khidmat Dr. Lingual Braces ni
pasti keluargaku tidak makan dan minum
hidup kais pagi, makan pagi
kalau tak kais, tak makan

tapi
memang patut lah mahal
sebab lingual braces ini dibentuk dengan 3D laser
supaya braces tu melekat elok dekat gigi
justeru memberi keselesaan maksimas kepada para brace-face

Lingual braces ini jugak dipasang dekat belakang gigi
kira, bila si brace-face ni senyum lebar-lebar
takkan ada siapa-siapa yang tahu beliau memakai braces
hebat bukan?

kiranya
kos yang mahal gila itu
sesuai bagi manusia-manusia yang malu bila senyum nampak braces
lingual braces ni dapatlah cover malu si pemakai


credit kepada: Si Kacak, Google

Tuesday, July 6, 2010

bila manusia mula makan spaghetti bersama kuah kicap




Orang kata
kelainan itu keunikan
kelainan itu menyeronokkan

lagi-lagi dalam bab bercinta
kelainan antara pasangan
buat hubungan makin bahagia
bikin hubungan makin erat

sebab apa?
sebab kau dengan laki kau lain perangai
sebab kau dengan laki kau berbeza citarasa
sebab kau dengan laki kau berlainan pendapat
dan sebab banyak kelainan kau dengan laki kau lah
kau dapat bertukar-tukar minat
tukar-tukar hobi
tukar-tukar pandangan
dan kau akan banyak bertukar-tukar

tapi
aku tak suka kelainan
kelainan bikin hati selalu parah

bila aku jalan ke hadapan, dia sibuk jalan ke belakang
bila aku pusing ke kanan, dia pusing ke kiri
bila aku mahu itu jadi merah, dia bantah, kerana dia mahu biru
bila aku suka itu jadi kemas, dia mahu itu bersepah

semuanya takkan pernah dapat puaskan hati aku
sebab kau dengan aku LAIN
kau pula tidak mahu jadi aku
aku pula tidak mahu jadi kau

kita sama-sama ego

TERIMA KASIH!

*********

p/s: apa rasanya makan spaghetti dengan kuah kicap? PELIK bukan?


Monday, July 5, 2010

LENSA BURUK, THE CONTEST [contest oleh Ti Anne]



Okeh!
contest kali ini telah di tag oleh mIszLullaBy yang comel lote
Terima kasih kepada beliau kerana tag saya.

contest ini telah di anjurkan oleh si awek lensa, Ti Anne Mohd Yassin

Ayuh!
kita lihat syarat-syarat penyertaan:

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Tidak mengira umur.
2. Hendaklah mempunyai blog sendiri bagi memudahkan Ti Anne Mohd Yassin untuk menerjah anda.
3. Perkara wajib adalah menjadi FOLLOWER Lensa Buruk. Bukan Follower tidak akan dilayan.
4. Letakkan banner di atas di side bar blog korang dan pastikan ia terlink terus ke http://annemohdyassin.blogspot.com
5. Tema bagi foto pilihan anda adalah bebas, samada mengenai Landskap ataupun Potrait.
6. Hanya satu foto sahaja layak dipertandingkan. Foto hitam putih layak dipertandingkan. Foto yang di edit secara melampau tidak akan di layan. Ini pertandingan tangkap gambo ye, bukan pertandingan graphic design. =P
7. Pastikan anda menggunakan kamera telefon bimbit di bawah 10 mega pixel dan 2 mega pixel 1.3 megapixel ke atas semata-mata bagi memudahkan penilaian. Kamera digital lain adalah dilarang sama sekali.
8. Pastikan tajuk entri anda ialah, "LENSA BURUK, THE CONTEST" . Sertakan Tajuk foto anda, Model telefon bimbit dan lengkapkan slogan di bawah foto yang anda pertandingkan mengikut format berikut :

Tajuk foto : Si Kunang-kunang Malam ( contoh)
Model Telefon Bimbit : Nokia N96 ( contoh )
Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana .......


-Kemudian Tagkan kepada 5 orang rakan anda yang berbakat-

9. Sila laporkan terus di ruangan komen entri ini, bersertakan URL entri di blog anda, sekiranya anda telah mengikuti semua langkah-langkah di atas.
10. Ti Anne akan menerjah blog anda dan akan updates kan setiap penyertaan di dalam entri ini. :) Sehinggalah tarikh tutup penyertaan pada 1 Ogos 2010. :)


Baiklah..
pemenang akan menerima wang tunai RM3O yang akan disalurkan terus ke akaun anda.


**********

Jadi
memandangkan syarat penyertaan suruh pakai kamera pada telefon bimbit
maka, terpaksalah aku ketepikan shot-shot terbaik dari DSLR aku (okeh! yang ni tipu. aku mane mampu beli DSLR. hehe)


MEMPERSEMBAHKAN!



Tajuk foto: Oh! Bulan

Model telefon bimbit: Nokia Xpress Music 5610 (3.2MP)

Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana banyak hasil penghenti masa yang agung untuk tatapan bersama. Sharing is loving :D


manusia bertuah yang di tag:

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers