Monday, January 31, 2011

double the fun, double the happiness!

semalam berakhirlah NPSC bagi tahun 2011
walaupun penat, tetapi best sangat-sangat
sebab dapat jumpa students pharmacy seMalaysia
dan bonus event ini ialah
dapat usha jodoh dapat jumpa kawan-kawan

masa game moden, aku berkesempatan jumpa Eesyaheera kan
dan masa game tradisional pula
aku dapat jumpa blogger lagi
merangkap kawan Ee iaitu


Anis Izyan
(jeles pula tengok gambar ni -____-")


aku terjumpa Anis ini
masa aku tengah jaga masa dan jadual perlawanan
bagi acara Tuju Kasut
aku ternampak dia tengah snap gambar
tapi aku nampak dari jauh
and nak tegur, aku tengah duty
so, aku tengok macam itu je lah

then, bila acara sukan tradisional da habis
aku terjumpa Anis sekali lagi
dia tengah bersalaman dengan kawan dia
aku pun taknak lah lepaskan peluang
aku terus berlari pergi ke arah dia
and aku cakap:


aku: tumpang tanya, ni Anis Izyan kan?
Anis: (muka terkejut) ya..ouh Eqacashperlala!!!



okeh!
aku happy gila dapat jumpa dia
serious dia cantik
mata dia lawa okeh


kenangan terindah :)


seronok!!!
NPSC memang seronok
dah lah dapat main games, jumpa students uni lain
dan paling best
dapat jumpa Ee dan Anis Izyan


****************************

jangan lupa usha blog Hey Ladies
blog ini adalah blog pasal geng Ee and Anis Izyan :)


Saturday, January 29, 2011

perkara best dalam dunia

serious aku happy gila hari ini
happy happy happy!!

tadi, aku ada netball match
sempena NPSC (National Pharmacy Sports Carnival)
first match lawan dengan team dari CUCMS (Cyberjaya University College of Medical Sciences)
selepas itu match dengan UIA dan seterusnya UiTM

okeh,
team USM cuma menang dengan CUCMS je
kitorang kalah dengan UIA dan juga UiTM
takpe takpe
tahun depan cuba lagi
huehuehue

dalam kalah-kalah ini
aku happy gila sebab
aku jumpa dengan seorang blogger ni
dia sangat comel okeh!
seriously comel dan ayu
blogger tersebut ialah




dari awal-awal pagi masa berkumpul lagi
aku dah cam dah Ee ini
tapi aku takut nak tegur
takut salah orang
malu pula kan kan kan

pastuh masa dia habis game
dia keluar dari court agak lambat
aku pula masuk court nak main game dengan CUCMS
jadi, aku pun mengambil kesempatan meraba bersalam dengan Ee
itu pun setelah dia senyum kat aku
dan sebut nama aku
kira, takde lah aku cuak nak tegur en en en
dan tak salah lagi, dia memang Ee

the best part is
dia guard aku masa match dengan UiTM
dia main WD, aku main WA
cuak kowt dia guard aku
kowt-kowt lah aku terlanggar, terempuh lalu dia tercedera
tapi nasib baik semuanya okeh je

team aku kalah dengan team dia
congrats untuk team UiTM
good game!


double happiness :))


esok akan berlangsung sukan tradisional
harap-harap boleh jumpa Ee lagi
pastuh camwhore banyak-banyak
muahaha!


*******************

kalau usha blog Ee, jangan lupa try resepi trifle.
sedappp!

Ee, seronok jumpa u :)


Friday, January 28, 2011

Mama Kyra 1st GA

baiklah
entry kali aku update khas untuk cik Noni
kerana beliau dah tagged aku

TERIMA KASIH cik Noni!


baiklah
aku di tagged untuk Mama Kyra 1st GA
GA ini dianjurkan
sempena anniversary blog Mama Kyra
dan juga ulangtahun birthday Mama Kyra & suami beliau

ini syarat GA ni:

1) Jadi Follower Blog mama Kyra serta blog contest mama kyra dan kena add blog penaja Hadiah sekali yea..
2 ) Buat satu entry bertajuk " Mama Kyra 1st GA"
3) Tepek banner seperti di atas di entry (sidebar x payah pun xpe)
4) Dah siap hantar penyertaan anda kat N3 ni ok
5) nak tag blogger lain pun boleh sekurangnye tag seorang blogger lain yea..

senang gila kan syarat dia?
maka dengan ini aku tag


***************************
thanks again cik Noni :)

Wednesday, January 26, 2011

sampai bila nak berhibernasi? bangun lah!

pergh!
dah lama dah rasanya tak update blog
bajet busy lah
padahal takde lah busy pun
cuma tak ada benda menarik jadi dalam hidup aku

hurm,
sepanjang aku tak update ni
aku ke USM Kelantan
ada Sukan antara Desasiswa (SUKAD)
tahun ini team netball hostel aku
agak power lah juga
sebab dapat bagi saingan yang mantap
tak menang pun takpe
lain kali boleh cuba lagi kan kan kan

hujung minggu ni pula
aku akan terlibat dengan NPSC (National Pharmacy Sports Carnival)
event inter-uni
kira nanti, dapat lah aku usha-usha kenal-kenal students pharmacy
dari uni lain en en en
dan dan
minggu ini juga aku akan CUTI CNY!
seronok okeh!

bosan kan hidup aku?
-___________-"


*************************

hingus meleleh kowt..

Wednesday, January 19, 2011

pendek


"tiada yang lebih indah kawan
selain punya banyak masa"

Wednesday, January 12, 2011

kecantikkan, kecomelan dan kekemasan adalah hak milik setiap insan.


pergh!
malam ini dua entry sekaligus aku buat kan kan kan
yelah..
ada hutang lagi ni
hutang tagged kena buat tahu
nanti kecil hati rakan-rakan

okeh
untuk entry yang ini
aku di tagged oleh cik ML yang comel-dan-anggun
terima kasih banyak-banyak cik ML!! :)

cik ML telah tagged aku untuk contest
Blog Paling Comel, Cantik dan Kemas oleh Farzana Farzanto
pergh!
nama dia style kan kan kan
se style tuan blog okeh

ayuh kita lihat syarat contest:
  1. jadi follower FARZANA FARZANTO.
  2. peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana
  3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  4. buat 1 entry tentang contest ni.
  5. tag kepada 5 orang rakan blogger anda.
  6. letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
  7. setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  8. penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
  9. dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.

maka dengan ini
aku tag:

Asfira
AJ
Fifiey
Lyn Seri
kak Yong

****************************

sejak sekolah start, aku busy
tak sempat BW :(


Lucky GA by cik Dya.


Bonsoir!
pergh! rasa dah lama tak update blog
padahal baru 2 hari
huahuahua

okeh!
aku ada hutang kena setelkan
kalau lambat buat kang
takut lupa pula

baiklah,
hutang ni datang dari rakan sekelas
aku masa form 5, cik Pieja saje
terima kasih banyak-banyak!
cik Pieja telah tag aku untuk Lucky GA by cik Dya
ayuh lihat syarat GA ni

Syarat-syarat WAJIB :
~ Mempunyai blog dan beralamat di Malaysia~
1) Be my FOLLOWER if you like.
2) Sila tekan LIKE untuk fan page Cik Dya.
3) Buat satu ENTRY tentang giveaway ini dengan tajuk "Lucky Giveaway by Cik Dya"
4) Sila letak BANNER GIVEAWAY di atas di dalam entry anda dan sidebar blog dan mesti link kepada blog cik dya.
5) Sila TAG 3 ORANG kawan dan pastikan mereka tahu tentang GA ini.
6)Akhir sekali sertakan permenant link entry lucky giveaway ini di ruangan komen di bawah.
7) Tarikh tutup Lucky Giveaway ini ialah pada 25 January 2011.


semua syarat aku dah buat
jadi dengan ini aku tag


****************************

aku suka GA :)

Sunday, January 9, 2011

masa untuk tukar angin, bukan buang angin.

huahuahua
hari Ahad yang indah
lagi panas, rasa macam cuti

ouh ouh
aku suka cuaca panas
sebab cuaca panas buat aku rasa selesa
buat aku rasa lapang sangat

sambil-sambil aku sibuk buat assignment
aku BW lah sikit-sikit :p
lalu, terjumpa lah aku satu entry yang buat aku kagum 5 minit
aku terbaca pasal social network terbaru dekat blog bukan jajahan British

social network tersebut ialah NEWPACES!
dengar-dengar lah en
budak Kolej Ungku Omar (KUO), UKM
yang design web ni
bangga kan kan kan

dan disebabkan aku teruja dengan benda ni
jadi aku pun terus sign up
kasi sokongan kat web ni
setelah sukses sign up
moh lew aku ribiu sikit web ni

baiklah, page dia kaler hijau
kira saujana mata memandang
keseluruhan web ini aku boleh kata agak bagus lah
yelah, kata web baru nak naik
FB masa dulu-dulu pun tak bagus sangat kan kan kan


main page.



profile.


okeh, kat profile ini aku nak komen sikit
profile page dia simple
tapi yang buat aku tak suka sangat ialah 3 column yang dia gunakan
rasa padat sangat
tetapi yang aku kagum lah
dia kemas, dan font dia besar
jadi okeh lah sikit kan

dekat column no.1
aku tak berkenan dengan iklan yang tersedia
kalau iklan tu dia letak tepi okeh lah sikit kowt
dan column no.2 tu menunjukkan status kita




yang bagusnya
bagi yang suka letak music
korang boleh terus add lagu dekat box music yang disediakan
takde lah korang nak susah-susah add application bagai
dan column yang besar itu
adalah column wall kita

kesimpulannya
NEWPACES kira not bad lah
benda baru bhai
memang lah susah nak adapt
tapi mana tahu lama-lama NEWPACES ni boleh jadi hit-kebabom
macam Facebook
tak ke bangga kita sebagai rakyat Malaysia
ye tak?
aku harap, NEWPACES dapat berkembang maju
dan aku bangga dengan developer web ini :)


***************************

aku tetap sayang twitter.
muahaha!


Saturday, January 8, 2011

saya kesejukkan!

sejuknya hari-hari kat Penang ini
rasa macam dah duduk Genting tahu
hehehe :p

tambah-tambah pula
baru-baru ni, rakan blogger aku yang comel-cantik-dan-baik-hati, cik ML
telah hadiahkan award "You're so cool like a snow"
bertambah-tambah sejuk lah jawapnya.. :)


Award from Miszlullaby
comel kan kan kan


TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK CIK ML!
muahhh! ♥

ouh, cik ML ada request untuk jawab soalan
walaupun optional
aku tetap nak jawab
tanda sokongan padu dan kencang
chewah!


1) Bila korang suka tulis entry?
depends pada mood. kadang-kadang tengah hari, kadang-kadang malam. tapi akan hyper nak menulis bila ada benda best jadi dalam satu-satu hari itu. time tu dah tak kira apa dah. walaupun dah pagi buta, tetap nak tulis benda best tu.

2) Adakah korang blogwalking hari-hari?
tak. ikut mood juga. kalau mood rajin, BW lah, tengok kawan-kawan blogger lain. kalau tak baca blog yang eqa list kat 'bebelan indah'

3)Namakan tiga blog yang korang paling suka baca:
sebenarnya banyak blog yang eqa suka baca. senang kata, yang kat 'bebelan indah' itu blog yang akan baca dan wajib terjah.

4)Apa yang korang nak cakap dekat ML kalau korang jumpa ML (Hahahahaha!):
banyak benda nak cakap ni. hehehe
pertamanya, nak cakap "seronoknya dapat jumpa. macam mimpi!"
kedua nak cakap " tak percaya dapat jumpa"
yang ketiga nak cakap "ni mimpi ke realiti :p"
keempat nak cakap "selamat berkenalan dan jom main make up-make up. hehehe :p"

5) Tag 5 orang rakan blogger yang korang rasa cool like a snow~
  1. asfira aminuddin
  2. hanisah ismail
  3. azni zuhaini
  4. aryana
  5. semua kawan blogger. dipersilakan ambil :)

**************************

suka bila baca blog ustazlove tentang pemakaian tudung.
tertib dan sopan, tanpa hukuman melulu

terima kasih ustaz :)

KLIK SINI untuk ke blog ustazlove

Thursday, January 6, 2011

jangan lupa tengok belakang

dan bila kau dah tersasar jauh
kau kena lihat ke belakang semula
lihat balik dari mana kau bermula
lihat balik nawaitu kau yang utama

'itu tipikal manusia, mudah lupa'
klise betul bunyinya
tapi itu kebenarannya
manusia memang mudah lupa
dan disebabkan kelemahan itu lah
kita tak pernah lari dari kesilapan

ilmu..
ilmu kena cukup bhai
kalau kau sendiri tidak berilmu
cakap ikut nafsu
lebih baik kau diam

hayati kata-kata manusia hebat ini:


Apabila sempurna akal, kurang perkataan.
(Saidina Ali Abi Talib)


A fool thinks himself to be wise, but a wise man knows himself to be a fool.
(William Shakespeare)



jadi
kau pilih lah
sama ada kau mahu diam
atau kau mahu terus bersuara

tak salah kalau kau mahu bersuara
sebab dengan bersuara kita tahu segalanya
tapi kenalah berilmu
kenalah berilmu...

jadi
jangan lupa nawaitu utama kau
jangan lupa pandang belakang
tanya diri sendiri
inikah sebab utama aku menulis?
tanya banyak kali
tanya sampai kau puas


***************************

sekarang ini ramai yang mengutuk sesama sendiri.
masing-masing mahu kata dia yang terbaik.

Wednesday, January 5, 2011

STYLE UR HIJAB



hijab?
apa itu hijab?
menurut wikipedia lah en
hijab(khimar) itu merujuk kepada cara pemakaian yang sopan
yang menutup kepala
tapi bukan sekadar tutup kepala sahaja
hijab itu sendiri kenalah menutupi bahagian dada

serious aku cakap
aku start pakai tudung masa aku 17 tahun
masa mula-mula pakai
memang lah tak proper langsung kan kan kan
lagi-lagi hati masih lagi memberontak tak nak pakai tudung
tapi, syukur
lama-kelamaan aku dah selesa pakai tudung
cuma kalau tahap betul-betul sempurna itu masih belum lagi lah
banyak yang kena aku betulkan dalam pemakaian tudung aku ini

okeh
cukup membebel
kali ini aku di tag oleh rakan se USM, cik Farah Asma' Marcello
hehe!
terima kasih kerana tag ya :)
serious rasa teruja dengan contest ini
lagi-lagi hadiah best kowt
RM 100 dan shawl
style kan contest ni? :)


baiklah
contest ini dianjur oleh En. woot woot
ayuh kita lihat rules and regulations contest ini

1) gambar pakai tudung or hijab or shawl ( purdah digalakkan..hee) p/s TUDUNG BAWAL PON BOLEY ..wuwu

2)make sure tutup aurat ! ( pakai tudung ikot cara islam yer ! )

3)bile ana cakap tutup aurat means takde nampak rambut,takde nampak lengan,takder sendat2 sangat yer !

4)kalau ade gambar yang tak tepati syariat ,gua tak reject awal2,tapi gua nasihat dulu..(kalau ade jugak markah kureng sket la yer ? )


maka dengan ini
aku mempersembahkan:




okeh!
yang kiri itu gambar masa hantar mak ayah aku ke Mekah
dan gambar yang kanan itu semasa aku menggayakan abaya
yang aku baru beli masa birthday aku yang lepas
abaya itu aku beli satu set dengan purdah dan selendang
sebab baru beli kan
aku gayakan sekali dengan purdah itu
hehe :)

jadi, dengan ini
aku tag

  1. AJ
  2. fara
  3. cik mija

harap penyertaan aku ni diterima lah ye


********************

kagum dengan seorang student USM ni
dia berpurdah.
sejuk sajah mata bila tengok dia.

insya Allah satu hari nanti aku berpurdah
doakan lah ye.
Amin...


baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers