Tuesday, November 30, 2010

dadah #1: Isoflurane Liquid


ihsan Abang Google


penulis membayangkan dirinya sebagai seorang ahlil farmasi
seiring dengan itu
bait-bait kata adalah ala-ala ahlil farmasi
hahaha!


*ehem ehem*
hai, saya Rafiqah
ahlil farmasi anda yang bertugas
hari ini, saya akan kupas
tentang general anaesthetic: Isoflurane Liquid

baiklah, isoflurane merupakan cecair untuk inhalation
ia non-flammable, dan diberi kepada pesakit
dengan cara pengewapan (vaporizing)
dan digunakan sebagai general anaesthetic (unconsciousness to the whole body)

isoflurane ni berbau sikit
jadi, sedikit sebanyak menghalang kadar induction
ia juga menyebabkan tekanan pada sistem pernafasan
dan dan sangatlah penting untuk monitor pernafasan patients
selepas guna isoflurane ini
tekanan darah pun turun juga, tetapi akan kembali normal
dan otot akan relax
Neostigmine (perangsang parasympathetic yang menghalang aktiviti acetylcholinesterase)
dapat reverse balik effect non-depolarizing muscle relaxant
okeh!
Neostigmine ini akan reverse balik dengan cara
menghalang acetylcholinesterase enzyme, so acetylcholine tidak akan
ditukar kepada metabolites yang tak aktif

penggunaan isoflurane haruslah dielakkan
pada patients yang diketahui sensitif terhadap isoflurane dan
kepada patients yang secara genetiknya berkemungkinan
menyebabkan malignant hyperthermia (sejenis penyakit berkaitan dengan skeletal muscle)

toxicity akan berlaku
dan perlu berhati-hati kepada patients neonates (newborns), pediatrics dan juga orang tua
dalam neonates, ia boleh menyebabkan neurodegradation dan kesan akan meningkat jika
patients mengambil agents yang contain nitrous oxide dan juga benzodiazepine
seperti midazolam (induce sedation)

untuk geriatrics patients (orang tua)
ia berkemungkinan akan menyebabkan postoperative cognitive decline (affect memory, language, attention and senang cerita berkenaan permikiran dan otak lah)

macam biasa lah
setiap drug akan ada side effects
side effects pun common dan lebih kurang antara setiap drug
antara side effects adalah loya, muntah, hypotension, arrhythmia (disorder of the heart rate or rhythm) dan tekanan ketika bernafas

namun
penggunaannya untuk operation ke atas manusia dah kurang lah
tetapi still guna dalam veterinary field
penggunaan untuk manusia sudah diganti dengan sevoflurane, desflurane dan intravenous propofol.

*****************

harap-harap anda tidak bosan.
*pening kepala sebab banyak tengok info*

p/s: siapa-siapa nak share ilmu, dipersilakan :)

9 comments:

Anonymous said...

hai ahli farmasi hari ni. hehe. ehem,ehem. malu la nak cakap, tapi saya kurang ilmu pasal ubat-ubatan ni. :)

Noor Fatin said...

awak bakal farmasi? huhu bestnya. sy xtau sgt. hehe nice info :)

eqacashperlala said...

rara: ala, saya pun sama. sebab itu buat macam ini. saya dapat belajar, yang lain pun dapat belajar. :))

eqacashperlala said...

noor fatin: aah. terpaksa buat macam ini. at least, saya dapat belajar tentang drugs and semua orang, insya allah dapat belajar sama :)

hamzah ian said...

aaaaa.. mende nih??? kalau minum satu botol?

eqacashperlala said...

hamzah ian: overdosed laa. tapi boleh reverse dengan cara stop penggunaan dan control ventilation dengan pure oxygen.

Prettyvrach said...

bagus2..ML paling pening hafal nama ubat,side effect,combination drugs plus dosage. Boleh tercabut biji mata.hihihi

asfira aminuddin said...

babe, kalo drugs ni mmg bnyak side effect kan. kalo side effect kat memory lagi i takut sebenarnya. babe, i nak drugs lagiii! hihi ape hal?? :D

eqacashperlala said...

ML: betul2. kita pun lemah bab hafal-hafal nama, dose, interactions. tons of info, susah nak ingat. hehe :p

asfira: takpe babe. sekarang ni tech dah advance. banyak drugs yang direka untuk kurangkan side effects and tambah therapeutic effects. tu tak masuk drugs yang boleh buat pekak. irreversible lagi. yang memory ni, boleh pulih lah juga.

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers