Monday, December 19, 2011

kosong. mati

apalah kita ini
jika dibandingkan dengan

Orpheus dan Eurydice
Odysseus dan Penelope
Pyramus dan Thisbe

ternyata roman kita
hanya picisan, dipersetan orang

mungkin engkau pun begitu
kau anggap karya roman kita
bagai sampah, jijik dan kotor

kau mudah perlekehkannya
mudah kau buangkannya


tapi tidak untuk aku.
tidak sama sekali.

*****************

apa juga kita jika dibanding dengan kasihNya

Monday, December 12, 2011

jadi, kau yang mana?

dua situasi aku nak cerita ini
situasi yang benar, sebenar-benarnya

a) situasi satu

sekumpulan perempuan cun
pakai cantik-cantik
muka semua kemain lawa
siap berbedak elok
turun makan dekat kafe hostel

dah siap makan
perempuan-perempuan ni bangun, terus bla
sambil buat muka selamba badak

pinggan mangkuk, cawan gelas
sudu garfu dibiarkan camtu je atas meja makan

datang beberapa ekor kucing
makan sisa makanan dekat pinggan mangkuk tu
and meja tadi jadi bersepah dan kotor

***********

mungkin kau kau rasa benda tu benda kecil je
tapi bagi aku tak

sebab makcik pakcik kafe
dah sediakan bekas letak pinggan mangkuk
jadi, tugas pelajar hanya perlu
angkat dan letak pinggan mangkuk, cawan, gelas, sudu, garfu
tadi dalam bekas tersedia
tak susah bukan?

come on lah!

kat rumah pun buat macam tu ke?
ke semua anak orang kaya, ada kuli batak
tolong kutipkan pinggan mangkuk korang?

aku bukannya apa
kesian dekat pakcik makcik dekat kafe itu
kena kutip sisa korang makan

and and
meja kafe and kafe itu sendiri
jadi kotor sebab kucing sibuk makan sisa makanan korang tu
dasar pentingkan diri betullah manusia macam ni

2) situasi dua

kau orang beratur punya lama untuk
tunggu turn beli makanan untuk dinner

tiba-tiba
datang hamba Allah yang ini
yang entah dari mana
terus potong barisan kau
dah terus minta makanan

itu aku boleh sabar lagi.

tapi datang pula minah ni dari mana entah
datang potong barisan kau
sambil menjerit minta makanan

itu aku rasa macam nak luku.

************

kau kau mesti kata
aku bodoh and naif sangat sebab beratur nak beli makanan
kau kata aku skema.

aku peduli ke kalau kau kata aku skema?
aku bukan skema
aku civilized.

cikgu dekat sekolah aku cakap
orang bertamadun
tahu cara hidup bertamadun

dan yes,
beratur itu salah satu cara hidup bertamadun.


...


mungkin pada korang
benda yang korang buat tu takde kesan besar
bak kata mat salleh "no big deal"

and pada korang juga
aku ni je yang terlebih butthurt
terlebih terasa
what-so-ever

tapi kadang-kadang aku fikir
korang tu yang macam takde rasa
dekat orang lain

masing-masing dah besar kan?
masing-masing dah pandai fikir

tapi pernah terfikir tak,
yang kadang-kadang
dah besar ni, lagi susah nak berfikir.




jadi,
kau yang mana?

***************

benda ni dah lama
aku tulis sekarang sebab tadi ada minah-minah

yang menjengkelkan dalam bas


Friday, December 9, 2011

2012 yang sasau



4 Jan 2012 : dosage form design 1

5 Jan 2012 : Cosmetics and Toiletries

6 Jan 2012 : Pharmacy Practice

9 Jan 2012 : Respiratory, Renal and Blood Systems and Therapy

10 Jan 2012 : Pharmaceutical Marketing

11 Jan 2012 : Pharmaceutical Analysis 1

13 Jan 2012 : Cardiovascular System and Therapy


*********************

back-to-back paper?
expected =,=


Saturday, December 3, 2011

sebenarnya


Gelap.

Mata aku hanya bisa melihat ruang tanpa cahaya
Otak aku hanya bisa membaca maklumat kelam, hitam.

Cahaya bikin mata aku buta
Tetapi,
apa yang bisa dilihat dalam gelap?

Segala yang tersembunyi
tidak lagi sembunyi
segala yang hilang
tidak lagi hilang

Mungkin segala yang misteri di alam terang
suka akan kegelapan

Aku?

Aku suka cahaya terang, putih
Aku suka pabila ia menembusi tepat ke arahku.
Aku suka kerana yang terang itu memimpinku
Entah ke mana aku tak pasti

yang pasti
aku suka.



Sayang seribu kali sayang.



Putih buang aku
lalu hitam kutip aku


Sudah jelaskan kenapa aku nampak hitam?








Sebab hitam itu sebenarnya terang.


*********************

aku takde benda nak update sebenarnya.

Thursday, November 24, 2011

partners in crime





perancangan Tuhan itu yang terbaik
dihantarnya aku dua jiwa
yang aku sendiri sanggup mati kerananya

dua jiwa yang bagi aku tiada gantinya
dan yang tak terbanding

they are my drugs
and i am hooked, badly!


*****************************

aku.rindu.korang.

Tuesday, November 22, 2011

siapa betul, siapa salah?

Ketika itu waktu malam.
Aku terjaga daripada lena selepas mimpi indah
Tak mahu menjengah ke dalam lenaku.

Sunyi. sangat sunyi.

Hanya gelap yang aku lihat
Hanya dingin yang aku rasa.

Aku bingkas bangun.
Aku cari bulan yang tak pernah lupakan aku.

Indah. sampai aku lupa segalanya.

Sekarang hanya ada aku dan bulan.
Aku cakap pada bulan, aku mahu hidup tanpa masalah.
Tapi bulan kata aku tak mungkin aku dapat lari daripadanya.
Sebab manusia itu sendiri yang ciptanya.

Aku diam.

Lalu aku kata
aku mahu hidup tanpa manusia,
tanpa jiwa yang busuk.
Bebas daripada segala masalah.

Bulan jawab,
tak ada satu jiwa pun yang tak berteman.

Aku marahkan bulan!
Aku kata, aku bisa hidup sendiri tanpa jiwa yang satu lagi.

Bulan mungkin betul
tapi aku tak mungkin salah.
Tak mungkin!



***


Kini aku terduduk pegun di satu sudut.
Sudut di mana aku menangis tanpa jiwa yang satu lagi.
Bulan mungkin betul,
dan aku mungkin salah.

Mungkin.

Wednesday, November 16, 2011

aku lepaskan kau.

12 tahun!
satu masa yang agak lama
selama 12 tahun itu juga lah
macam-macam benda aku buat dengan kau

bila aku terjaga, aku terus dapatkan kau
kita selalu makan bersama
kita juga mandi bersama
terkadang kita di satu ranjang yang sama!

kadang-kadang
bila kau tiada
aku seakan merasakan kau ada di sisi aku

dan apabila kau tiada
aku hilang arah
dunia aku seakan kelam
kabur tanpa sebarang garis definit

dan setelah 12 tahun
aku rasa sudah sampai masanya
aku lepaskan kau
sudah sampai masanya
aku tinggalkan kau


































aku bukan lagi si gadis dengan spek mata :)

**************************

thanks Dr. Nurazlina and LASEK :))

Friday, November 4, 2011

satu rasa

panggillah aku loser, penipu, bermuka-muka atau apa pun
aku tak ambil peduli!
satu yang pasti
jadi hipokrit itu yang terbaik

come on!
kita manusia kan
bullshit lah kalau kau kata kau tak pernah jadi hipokrit
bullshit!

biar aku tipu kau
biar aku tipu satu dunia
dan biar aku tipu diri aku sendiri
semata-mata untuk jaga hati dan perasaan kau

sebab aku tahu
kau sebenarnya lemah!

dan aku tak kisah kalau kau kata aku yang lemah
sedikit pun tak kisah!

Thursday, October 20, 2011

preloved :)

hye rakan-rakan!
nak let go satu dress ini

klik untuk tumbesaran bagai johan



cuffed sleeves



closed up


- never worn sebab dress ni singkat sikit untuk aku. (tinggi aku: 160cm)
- cuffed sleeves dia sumpah cantik and sangat vintage. itu sebab aku beli dress ini
- floral motives dia sangat cool
- let go at RM35 (include postage)
- interested? email me: saka_suflakee@yahoo.com

thanks :)

Monday, October 10, 2011

Bulan itu cantik



Bisikku pada bulan,
kembalikan temanku,

kekasihku, syurgaku


Tanpa dia, malam menemani,

sepi memelukku


Bulan jangan biar siang,

biar alam ini kelam,

biar ia sepi sepertiku....


.Khalil Gibran.


**************************

subhanallah..

Tuesday, October 4, 2011

kalaulah aku seberani Tun.


*************************

proud of you, Tun :)

Saturday, September 24, 2011

perfect match


050305 : mekar

050306 : bunga-bunga

050307 : bunga layu

050308 : bunga gugur

050309 : tiada putik

050310 : daun kering

050311 : daun gugur


**************************

moga terus tabah.


Monday, September 19, 2011

hai kawan-kawan

lama gila tak update
dah berhabuk-habuk belog aku ini
actually aku taklah sibuk ke apa
cuma takda benda nak tulis
kang merepek kang, orang benci
hehehe!

anyway,
tataplah gambar raya aku ini
ada lah dua tiga gambar
hahaha!

kbai.





Sunday, August 28, 2011

finally




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN.


AND


HAPPY MERDEKA!!


******************************

baju raya tak siap lagi =,=


Saturday, August 20, 2011

ketandusanidea

lamanya tak update blog
aku tak tahu nak update apa sebenarnya
yelah, duduk rumah
mana ada benda yang best jadi
lagipun, everyday buat benda yang sama sajah kan
takkan nak update pasal apa buat kat rumah pula kan

well, segala preparation untuk raya
aku tak buat lagi
even, tinggal lebih kurang seminggu kita nak raya
langsir pun tak tukar lagi, baju raya tak siap lagi
kuih raya tak start buat lagi

insya Allah, next week baru start buat kuih
aku every year mesti buat honey cornflakes
yelah kan, senang je nak buat, hehehe
and maybe akan buat tart nenas
yang lain nanti, tunjuk je lah

anyway, aku rindu nak berpuasa kat USM
yelah, walaupun makan berbuka benda yang sama
tapi, seronok sebab berbuka dengan kawan-kawan
and percayalah, bila dekat uni
keghairahan nak beraya tu memang maksimas lah
dan waktu-waktu kat uni lah, lagu raya wajib kena dengar
kasi feel nak raya tu lebih sikit, hehehe

ok lah, aku dah ketandusan idea
babai.


aku rindu budak-budak ni :)


*********************************

esok berbuka kat kampung :)

Tuesday, August 16, 2011

hari ini, hari kau.



tahniah ego!
kau dah menang
kau dah kalahkan cinta

buat cinta, sila cuba lagi
sila cuba dengan kasih dan sayang
aku pasti
ego pasti gigit jari

Wednesday, August 10, 2011

rabu



dan aku hanyalah seorang wanita kosong.
sangat kosong.


Friday, August 5, 2011

top ten masjid terbesar di dunia

subhanallah!
cantiknya masjid-masjid ini
aku nak tanam impian
yang aku nak pergi melawat masjid-masjid ini :)


10. Masjid Baitul Mukharam, Dakha, Bangladesh



9. Masjid Jami', Delhi, India




8. Masjid Sheikh Zayed, UAE





7. Masjid Badshahi, Lahore




6. Masjid Faisal, Islamabad




5. Masjid Hassan II, Casablanca




4. Masjid Istiqlal, Jakarta




3. Masjid Muhammad Ali Pasha, Kaherah




2. Masjib Nabawi, Madinah




1. Masjidil Haram, Mekah



**********************

semoga tercapai impian aku nak melawat masjid-masjid tersebut :)

Wednesday, August 3, 2011

what not to wear

orang kata, cara pemakaian melambangkan personaliti seseorang
dan aku rasa benda tersebut kurang relevan sangat
sebab ada je yang pakai ladies yang agak hyper
and yang pakai funky ini ada juga yang tak berapa hyper
hahaha!

okay fine kalau korang suka pakai apa-apa gaya sekali pun
tetapi kena ingat
yang pakaian tersebut mestilah sesuai dengan bentuk badan
supaya nampak kemas dan dapat menutup any defects
contohnya ketinggian, bentuk badan, etc

bagi korang yang berketinggian sederhana macam aku
korang boleh enhance ketinggian korang dengan:

1. jeans yang straight cut dan panjangnya mesti sehingga tumit untuk kasi effect kaki panjang

2. pakai baju dan seluar/skirt yang senada.

3. pakai seluar/skirt yang high waistbands, which bagi effect kaki panjang


dan bagi mereka yang mempunyai average shoulder
kenalah avoid pakai pakaian yang menonjolkan bahu
seperti halter neck, spaghetti top.

dan bagi mereka yang mempunyai average hips dan thighs
kenalah avoid pakai something yang akan membuatkan
paha kita nampak besar

elakkan daripada memakai:

1. seluar yang mempunyai detail, seperti side pockets

2. skirt atau long dress yang dipotong secara bias. potongan bias ni mengikut pemahaman aku lah kan, dia potong kain tersebut secara menyerong. bias cut ini akan membuatkan kain tersebut melekat pada bahagian pinggul..dia akan membuatkan kain tersebut jadi body fit






and if korang nak sembunyikan bahagian pinggul korang
just remember, jangan pakai color yang cerah
pakai color gelap untuk effect slim
dan avoid pakaian dengan jalur melintang


*****************************

sebab itu kita digalakkan menutup aurat
senang nak cover semua defect dan asset yang ada :)


Sunday, July 31, 2011

ramadhan 2011 :)




SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK :)

Monday, July 18, 2011

kuasa make up

pergh!
berkuasa sangat kah make up ni?

make up sangat berkesan
untuk transform wajah
dari biasa ke super-biasa
hehehe!

macam Promise Phan iaitu sister-in-law make up guru yang
famous iaitu Michelle Phan
memang terel dalam bab transformation ni

yang aku kagum
she could be anyone!
seriously, anyone
sampai kan jadi angelina jolie pun boleh
terel tak terel

meh usha Promise!


1) Angelina Jolie

AJ




Promise


2) Adriana Lima


Adriana Lima



Promise



3) Taylor Swift


Taylor Swift




Promise


4) Scarlett Johansson


Scarlett Johansson





Promise

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


muka original.



Insane kan?
memang lah tak 100% sama
tapi tetap serupa

but, aku tak suka sangat make up dia
sebab tebal sangat and nampak fake
yelah make up transformation kan
tapi serious dia memang talented and creative!


*****************************

kalau aku make up macam tu
mahu semua orang kata aku buang tebiat.


Tuesday, July 12, 2011

braces murah



disebabkan entry pasal braces paling hit dalam stats
dan ramai yang tanya pasal braces murah-murah
maka, aku buat satu entry khas
pasal braces murah ku ini
harap dapat clarify segala benda :)

aku buat braces dengan kerajaan
harga sumpah murah gila
compared to swasta, ofkos lah kan

aku buat dengan harga rm700
and so far, aku baru bayar rm200
dan aku buat dengan klinik kesihatan shah alam, seksyen 7
now, klinik kesihatan tu dah tukar ke seksyen 19

sebelum buat braces, kena buat appointment dahulu
aku buat appointment masa akhir form 3
dan aku dapat pakai masa aku 19tahun
kira, aku kena menunggu selama 3 tahun

waktu menunggu depends pada klinik
mula-mula aku buat appointment dekat klinik cahaya suria, KL
tapi disebabkan dekat KL ramai sangat patients
waiting list aku dalam 5-7 tahun

and so far yang aku tahu
braces oleh kerajaan applicable untuk students sekolah sahaja
lepasan spm rasanya tak boleh

so, kalau ada sesiapa nak buat braces dengan kerajaan
kena lah cepat-cepat buat appointment


**********************************

braceface :)

Friday, July 8, 2011

transformasi

ya
setiap orang akan melakukan transformasi
dan percayalah
setiap transformasi itu, lebih menjurus kearah kebaikan

proses membesar itu normal lah kan
dari baby ke kanak-kanak
then besar jadi remaja dan membesar terus sampai tua

sama macam aku juga
sekarang dah 21 tahun
bagi aku dah cukup besar dah
maksud aku, dari segi pemikiran
rasanya dah boleh berfikir dengan sewarasnya
tanpa ikut nafsu macam masa remaja PMR dahulu

straight to the point!

aku nak cakap yang sekarang
aku dah suka blouse yang ladies habis tu
serious suka gila
and blouse itu mesti floral details
normal kan?

i mean, normal kan untuk suka blouse bunga-bunga
and and, aku juga suka dress yang floral kecik-kecik tu
hehehehe!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



aku dah matang
sekian.



just bought two blouses today.
hikhikhikhik.



*********************************

transformasi aku ini sampah je =,=


Saturday, June 25, 2011

kahwin awal



gatal bebenar tajuk entry aku kali ini
hehehehe
gatal ke kalau nak kahwin awal?

semalam aku tengok FB kawan-kawan aku
rasa teruja bila tengok sesetengah kawan aku yang dah kahwin
siap dah ada dua orang anak!

aku, ada apa?
anak tekak je yang ada
itu pun nasib baik ada anak tekak
hehehe!

bagus kah kahwin awal ni?
atau kahwin awal ini hanya bawa banyak masalah?

sebenarnya, kahwin awal ke lewat ke
bukan lah kayu ukur sebenar kepada sebuah family yang bahagia
yang penting sebenarnya hati dan keikhlasan
dalam berumah tangga
kalau hati tak ikhlas, semua benda akan jadi susah

bukan hati dan keikhlasan sajah
yang penting sekali ekonomi kena kukuh
jangan nak jadi hipokrit sangat dengan kata duit tak penting
untuk bahagia
duit itu penting
yelah, dah kahwin nanti banyak tanggungjawab
dan banyak duit nak kena pakai
nak bayar duit rumah, duit kereta, duit bil air dan elektrik,
cukai pintu, duit belanja dapur dan bla bla bla
itu tak masuk lagi kalau sakit ke, atau nafsu nak
beli perabot baru, tv baru dan bla bla bla

so, ekonomi kena kasi kukuh
kang kalau asyik takde duit
mula lah bergaduh lah, merajuk lah, tertekan lah

pasal duit pula
para perempuan jangan harap kat lelaki 100%
kita kena lah sama-sama tolong diorang
ringankan beban sama-sama
tapi kalau dapat lelaki kaya-raya
biar je lah dia yang tanggung
hehehehe :p

bila dah ada duit
terserah korang lah nak kahwin awal
atau kahwin lewat
umur itu bukan suatu benda penting
yang penting persediaan kita untuk kahwin

tapi, kena ingat
jangan sibuk sangat cari duit sampai takde masa bersama
orang kata buat sesuatu itu berpada-pada
duit boleh cari, tapi kebahagiaan susah nak cari

dan lagi satu
bila nak kahwin
kepala otak kena lah kasi matang sedikit
tak kira lah lelaki ke perempuan
kalau macam budak-budak sangat
susah juga nak hidup berumah tangga


*ceh! dah macam pakar rumahtangga. hehehe!

******************************

sebab itu aku tak kahwin lagi.
ekonomi tak kukuh.

nak beli lipstick baru pun takde duit, lagi nak kahwin.

hehehehe :p


Wednesday, June 22, 2011

what women want

ini hanya dari side aku sajah
tak tahu lah perempuan lain kan
tapi menurut naluri kewanitaan aku
kebanyakkan perempuan yang sahih mempunyai 9 nafsu
akan nak salah satu apa yang aku nak ini
percayalah cakap aku wahai laki-laki



desired career



dream car
(pls..nak golf jugak)



nice house




diamond ring




healthy kids



suami yang kacak, handsome, romantik, pemurah, beriman, bertolak-ansur, kelakar, manis, bla bla bla



********************

wah!
tang suami kemain lagi.

yelah, nak buat teman hidup, kena cari yang betul-betul boleh jaga kita :)


Saturday, June 18, 2011

perempuan memang kena plastik

perlu ke perempuan jadi plastik?
maksud aku plastik dari segi rupa
kalau plastik dari segi perangai itu memang tak perlu
sebab jadi diri sendiri adalah yang terbaik

dan plastik dari segi rupa
bukan bermaksud kau kena cucuk botox lah
vitamin C lah, collagen lah dan sebagainya
tetapi plastik dengan make up

aku tak kata perempuan wajib make up
sebab make up ini bukan elok sangat
tetapi aku rasa
perempuan harus make up

tak payah lah make up tebal-tebal
sebab nanti nampak macam drag pula
cukup dengan sapu bedak dan sedikit gloss kan
at least muka itu takde lah nampak kusam sangat
and perempuan memang penting untuk nampak kemas
dan cantik

okeh, kat bawah ini
aku letak gambar simple make up
yang tak nampak over and nampak sangat natural
and night make up by Estee Lauder


ni muka original.
kusam kan?



natural look.



girly look.



fresh look.



night make up.
sexy!




simple sajah kan make up tadi?
tak perlu banyak-banyak
yang penting, cover muka dengan bedak
supaya kulit nampak flawless
bila kulit licin, muka pun nampak cantik :)


************************

tapi kalau muka cantik, perangai macam haram
tak kena juga kan kan kan.


baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers