Saturday, June 25, 2011

kahwin awal



gatal bebenar tajuk entry aku kali ini
hehehehe
gatal ke kalau nak kahwin awal?

semalam aku tengok FB kawan-kawan aku
rasa teruja bila tengok sesetengah kawan aku yang dah kahwin
siap dah ada dua orang anak!

aku, ada apa?
anak tekak je yang ada
itu pun nasib baik ada anak tekak
hehehe!

bagus kah kahwin awal ni?
atau kahwin awal ini hanya bawa banyak masalah?

sebenarnya, kahwin awal ke lewat ke
bukan lah kayu ukur sebenar kepada sebuah family yang bahagia
yang penting sebenarnya hati dan keikhlasan
dalam berumah tangga
kalau hati tak ikhlas, semua benda akan jadi susah

bukan hati dan keikhlasan sajah
yang penting sekali ekonomi kena kukuh
jangan nak jadi hipokrit sangat dengan kata duit tak penting
untuk bahagia
duit itu penting
yelah, dah kahwin nanti banyak tanggungjawab
dan banyak duit nak kena pakai
nak bayar duit rumah, duit kereta, duit bil air dan elektrik,
cukai pintu, duit belanja dapur dan bla bla bla
itu tak masuk lagi kalau sakit ke, atau nafsu nak
beli perabot baru, tv baru dan bla bla bla

so, ekonomi kena kasi kukuh
kang kalau asyik takde duit
mula lah bergaduh lah, merajuk lah, tertekan lah

pasal duit pula
para perempuan jangan harap kat lelaki 100%
kita kena lah sama-sama tolong diorang
ringankan beban sama-sama
tapi kalau dapat lelaki kaya-raya
biar je lah dia yang tanggung
hehehehe :p

bila dah ada duit
terserah korang lah nak kahwin awal
atau kahwin lewat
umur itu bukan suatu benda penting
yang penting persediaan kita untuk kahwin

tapi, kena ingat
jangan sibuk sangat cari duit sampai takde masa bersama
orang kata buat sesuatu itu berpada-pada
duit boleh cari, tapi kebahagiaan susah nak cari

dan lagi satu
bila nak kahwin
kepala otak kena lah kasi matang sedikit
tak kira lah lelaki ke perempuan
kalau macam budak-budak sangat
susah juga nak hidup berumah tangga


*ceh! dah macam pakar rumahtangga. hehehe!

******************************

sebab itu aku tak kahwin lagi.
ekonomi tak kukuh.

nak beli lipstick baru pun takde duit, lagi nak kahwin.

hehehehe :p


11 comments:

cLeO zaRa said...

tulah kn weh.
mmg persediaan sgt sgt sgt la penting !
baru nak rancang pon dh pening.
apetah lg ble dh mmg dalam alam rumahtangge. hmm.
tgk kwn kite si Hazreen dh tunang pon terase ye tak ?
rase mcm dh ketinggalan je kite ni. huhu.

alinac lover said...

erm...yong tkut nk pk..tp kena pk jgk huhu

eqacashperlala said...

cleo zara: betul. semua kena sedia, baru senang nak kahwin. hehehehe! tengok orang lain tunang, nak tunang. tengok orang lain kahwin, nak kahwin. tapi kena ikut keadaan diri ni. heheheh :p

alinac lover; takut memang takut, tapi penting untuk fikir masa depan kan :))

asfira aminuddin said...

babe, pasal kawin awal or lambat terletak dlm keputusan kite. tapi bagi i, if nak kawin biarlah kite btol2 ready. and jgn susahkan our parents. besar kot tanggungjawabnya nanti.

eqacashperlala said...

asfira: yup! tak kisah lah kahwin lambat atau cepat. dua2 sama sajah, asalkan kita betul2 dah sedia :)

encikAPPLE said...

bagus la entry nie. suke :)

eqacashperlala said...

encikAPPLE: thanks :))

meaw said...

acecececey.... pakar rumahtangga lak dia ye, ekceli kawan-kawan meaw dah ramai yang kawen,siap beranak pinak g, kita bila g eh? eh salah..eqa bila g eh?hahaa :P

eqacashperlala said...

meaw: tunggu hang kawen, baru kami kawen. hehehehe :p

bspotgurl said...

so, are you ready for it?

eqacashperlala said...

bspotgurl: not yet. i mean, financially laa. mentally da ready :p

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers