memang aku tengah petak. duduk diam, macam pisang.
tahun baru lalu, aku ke queensbay, mahu beli-belah.
kasut ku koyak, mahu diganti.
penat, kasut dicari tidak punya saiz.
mahu tonton Avatar, tapi panggung penuh, lalu tonton Duhai Si Pari-pari.
Seronok! tapi penat sebab tergesa-gesa ke panggung.
tunggu makanan, lambat sampai. sampai ada pelanggan yang mengamuk.
tapi, aku tetap sabar.
menuju ke Bukit Jambul Mall, teruskan usaha cari kasut.
Tidak jumpa yang berkenan di hati. Jam 9 pulang ke hostel.
Hari itu tidak naik Rapid Penang, naik bas lama.
Teruja, bas dipandu laju umpama Roller coaster. Siap hantar sampai pintu hostel lagi.
Pagi itu, bangun lewat. Bosan, tak tahu nak buat apa.
lalu turun bawah, tonton cerita hindustan. Malam itu turun makan.
Sedap! Makan nasi lauk telur mata kerbau.
HAH!!
pagi tadi terjaga awal.
Baru ingat, malam tadi tidak kunci almari, tidak simpan dompet.
Dompet! ya! aku tertinggal dompet di kafe tadi malam.
Ke kiri, ke kanan. Buntu!
Terus bangun mandi, dan terus ke kafe.
Abang penjual air tunggu, sambil tergelak. "aku taw hang tinggai dompet"
aku balas dengan gelak bangang! terima kasih abang, sebab jujur.
dan aku, tidak turun bawa dompet masa turun makan.
memang pisang!
No comments:
Post a Comment