Saturday, January 23, 2010

capek

waduh!
siyes aku penat gila ini minggu.
mahu tak penat.. rabu lalu punya latihan hoki pada waktu petang. dari jam 5.30 hingga 7.
pulang ke bilik terus bersiap untuk ke kelas pharmacology. siyes aku tak terurus itu jam.
esoknya pula punya ko-k. dari jam 5 petang hingga 7 malam. dan malam itu juga punya kelas pharmacology.
huh! asyik-asyik kelas pharmacology. mahu termuntah!
semalam, pulang saja dari kelas etnik terus bergegas ke bilik gerakan mpds, ada perjumpaan kelab kebudayaan
sungguh berbudaya diriku
kebelakangan ini, diet ku tidak teratur.
penat punya hal.
satu malam itu, aku makan jam 11.30 malam. menu malam itu nasi ayam, burger ayam spesial, teh ais dan juga carrot susu.
pergh! siyes nafsu makan aku macam binatang.

dan sabtu pagi, jam 9 pagi, aku punya latihan bola jaring pula. di padang minden.
ouw! jauhnya mahu ke minden. kalau bukan unit desa punya pasal, memang aku takkan datang latihan itu.

esok jay tiada. tentu aku mati kutu sebentar.
haih! makan solo lah jawapnya..

- jay, cepat pulang esok! rindu. hahah

No comments:

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers