9.31 pm, 31 Disember 2009
lagi beberapa jam tahun 2010 akan tiba
tercapaikah sudah azam tahun ini?
Aku...aku sendiri pun da tak ingat apa azam aku tahun ini.
so, sepanjang tahun 2009 ini, banyak yang berlaku dalam hidup aku..
tirai 2009 aku dibuka dengan aku masih lagi di Kolej Matrikulasi Perlis.
Masa itu, aku sudah di sem akhir. Macam biasa lah, aku kena study sebab sem tuh adalah sem yang terakhir, dan aku struggle untuk dapat pointer yang baik. Alhamdulillah, April lalu, results aku keluar, dan aku dapat result yang ok lah juga.
27 Jun 2009...
Dunia baru bagi aku.. aku berjaya juga jejakkan kaki aku ke USM, Penang
memang aku mengidamkan kursus Sains Farmasi tersebut.
Setelah bertungkus lumus mendapatkan pointer terbaik, akhirnya berjaya juga aku mengikuti kursus tersebut.
Dan selamat sudah aku berada di sem 2..
2009..setelah hampir sedekad selepas millenia, banyak perkara yang indah dan buruk yang berlaku.
harap 2010 nanti dapat kita merubah norma, pemikiran dan tatacara hidup kita.
Malaysia kan negara yang bertamadun.. Jangan biarkan tamadun kehidupan hilang..
Yelah harap-harap tahun akan datang tiada lagi terpampang di dada akhbar tentang aktiviti mentongsampahkan anak-anak yang tidak sah. Tiada lagi acara menghisap dadah beramai-ramai, tiada lagi perlumbaan haram, dan macam-macam lagi aktiviti yang tiada faedah pada negara.
Dan bagi industri hiburan, terutamanya industri musik, diharapkan ramai anak-anak muda mencuba untuk menghasilkan karya-karya serta nukilan ikhlas mereka. Jangan hanya kerana indie semakin mendapat perhatian semua, anda anda semua berlumba-lumba untuk menghasilkan lagu, tanpa hala tuju dan hanya kerana nama. Tetapi, ekspresikan lah karya tersebut kerana ingin memartabatkan industri bersama. Begitu juga dengan acara seni yang lain. Harap semuanya berjalan lancar.
Akhir kata, jangan lupa ini malam - dalam jam 3 pagi, saksikanlah keajaiban dan kebesaran tuhan.
Mari beramai-ramai saksikan gerhana bulan. Dan jika berkesempatan, tunaikanlah solat sunat gerhana bulan..
SELAMAT TAHUN BARU 2010!!
No comments:
Post a Comment