Thursday, December 31, 2009

Sedekad selepas millenia

9.31 pm, 31 Disember 2009
lagi beberapa jam tahun 2010 akan tiba
tercapaikah sudah azam tahun ini?
Aku...aku sendiri pun da tak ingat apa azam aku tahun ini.
so, sepanjang tahun 2009 ini, banyak yang berlaku dalam hidup aku..
tirai 2009 aku dibuka dengan aku masih lagi di Kolej Matrikulasi Perlis.
Masa itu, aku sudah di sem akhir. Macam biasa lah, aku kena study sebab sem tuh adalah sem yang terakhir, dan aku struggle untuk dapat pointer yang baik. Alhamdulillah, April lalu, results aku keluar, dan aku dapat result yang ok lah juga.

27 Jun 2009...
Dunia baru bagi aku.. aku berjaya juga jejakkan kaki aku ke USM, Penang
memang aku mengidamkan kursus Sains Farmasi tersebut.
Setelah bertungkus lumus mendapatkan pointer terbaik, akhirnya berjaya juga aku mengikuti kursus tersebut.
Dan selamat sudah aku berada di sem 2..

2009..setelah hampir sedekad selepas millenia, banyak perkara yang indah dan buruk yang berlaku.
harap 2010 nanti dapat kita merubah norma, pemikiran dan tatacara hidup kita.
Malaysia kan negara yang bertamadun.. Jangan biarkan tamadun kehidupan hilang..
Yelah harap-harap tahun akan datang tiada lagi terpampang di dada akhbar tentang aktiviti mentongsampahkan anak-anak yang tidak sah. Tiada lagi acara menghisap dadah beramai-ramai, tiada lagi perlumbaan haram, dan macam-macam lagi aktiviti yang tiada faedah pada negara.

Dan bagi industri hiburan, terutamanya industri musik, diharapkan ramai anak-anak muda mencuba untuk menghasilkan karya-karya serta nukilan ikhlas mereka. Jangan hanya kerana indie semakin mendapat perhatian semua, anda anda semua berlumba-lumba untuk menghasilkan lagu, tanpa hala tuju dan hanya kerana nama. Tetapi, ekspresikan lah karya tersebut kerana ingin memartabatkan industri bersama. Begitu juga dengan acara seni yang lain. Harap semuanya berjalan lancar.

Akhir kata, jangan lupa ini malam - dalam jam 3 pagi, saksikanlah keajaiban dan kebesaran tuhan.
Mari beramai-ramai saksikan gerhana bulan. Dan jika berkesempatan, tunaikanlah solat sunat gerhana bulan..

SELAMAT TAHUN BARU 2010!!

Monday, December 28, 2009

my great Baby

alhamdulillah..
selamat juga adik aku yang paling bongsu, Ahmad Na'im menjalani pembedahan membuang tonsil pada Krismas lalu.
24 disember 09, beliau dan mama diminta ke Hospital Sg. Buloh untuk mendengar taklimat berkenaan pembedahan tersebut. beliau akan diberi suntikan bius dan di'tidur'kan. mungkin adikku kecil lagi, takut trauma melihat pembedahan tersebut. keesokannya, adikkku sudah dimasukkan ke wad- aras 8, bilik 8c.
Seronok! teruja! perasaan tersebut jelas tergambar di wajahnya. katanya "b suke tinggal kat hospital.." aku iyakan saja. yalah, adikku masih berumur 8 tahun. mesti beliau teruja dengan keadaan di wad.
Hohoho! sedang penganut Kristian menyambut Krismas, adik aku menjalani pembedahan. iya, ia hanyalah pembedahan minor, tapi aku tetap risau dengan keadaannya. "eqa, Doktor kate, lepas operation, b kene makan banyak aiskrim.best...". aku tersenyum. ingat lagi adik aku dengan pesan doktor. Benda sejuk dapat mencepatkan proses pemulihan. Jam 10 pagi, adikku dimasukkan ke operation theater. Pembedahan itu hanya mengambil masa 2 jam.
Aku di rumah ketika itu. Selesai pembedahan, aku gerak ke hospital. Aku menuju ke wad. Lega! adik aku tengah tidur. Mama kata, semuanya ok.
Tapi sayang.. Adik aku keluar wad pada hari Ahad, sedangkan aku wajib pulang ke USM. aku ingat dapatlah aku jaga adik aku. Tapi apa boleh buat, tiket sudah pun di beli.
28 Disember 09 - sms masuk. Adik aku, Na'im sms, mengatakan yang dia dah ok. Seronok dan lega aku dengar..tak sabar nak tunggu cuti, nak balik tengok adik aku. LOVE YOU,BABY.

Friday, December 25, 2009

gelodak jiwa muda

AHAD, 27 DEC 2009
taknak sampai tarikh dan hari tuh sampai
bosan ! tak sanggup nak kemas barang. benci nak unpack barang2 tuh
dan aku xsanggup nak berjauhan ngan family aku
yelah, dah berhibernating kat umah selama sebulan setengah
tapi ape buleh buat, name pun BELAJAR.
ahh!
gelodak jiwa muda aku mendambakan kehidupan yang relax dan tenang di rumah.
bukan maksud aku di usm tak tenang, tapi yelah bagi aku umpama tiada kehidupan
kehidupan bagi aku, kite relax,hangout dan buat mcam2 perkara yang seronok
belajar benda baru memang seronok, tapi aku tak suka keadaan yang terbeban
kene ulangkaji, study, buat assignments..
tapi, gelodak jiwa muda aku ni tak boleh diturutkan sangat
yelah, zaman sekarang ni, nak dapat kerja susah
siapa yang berjaya, akan maju kehadapan
kalau aku berfikir dengan pemikiran cetek macam ni, tak maju2 lah aku nampak nya.

Saturday, December 12, 2009

Tonton



2012 dan TWILIGHT NEW MOON
dua2 filem ni aku dah tengok.
and the latest aku tengok MY SPY, lakonan AC Mizal dan Harun Salim Bachik.
Aku ngan adik aku, Nana dan Shidah gerak ke OU. Hajat hati nak tengok 2012..sampai je OU, terus gerak nak g beli tiket.
OUW! dua panggung menayangkan 2012, tapi dua2 panggung tuh PENUH!
SEDIH! aku memang dah lama plan nak tengok filem tuh. Agak hampa lah tak dapat tengok sbb penuh. yang tinggal tayangan jam 9 mlm. aku malas nak tunggu lagi.
Aku pulang dan secara kebetulan, aku singgah ke Fasa 2, Bandar Puncak Alam.
Aik.. aku tak penah tahu pulak kat situ ade jual DVD pirate. Aku tanpa segan silu, singgah dan bertanyakan DVD 2012.
"Ade..gambar terang. tak tipu punye" kata penjual DVD tersebut, berumur 20 an.
Aku ape lagi, terus bayar, RM 6. Punye lah nak tengok 2012, malam tuh jugakk aku layan.
HUH! puas.
Twilight pulakk aku tonton bersama sepupu-sepupu ku. Saje ajak budak2 g tengok movie.
BEST! Edward Cullen sangat handsome, begitu juga Jacob Black. Cuma phasing cerita ni agak lambat berbanding Twilight yang lepas. Apa-apa pun, harap sekuel yang akan datang akan lebih menarik (wah! dah macam pengulas filem)
My Spy!!! kelakar. gandingan AC dan HSBC mmg best.
stroy line best. 4 bintang!

Tuesday, November 17, 2009

FAR 151/4

Statistics for pharmacy!
haish!
SUSAH sgt2!!
tertekan, ditekan, menekan, tekanan!!!!
abes je paper, aku x mampu nak ckap ape2 aka SPEECHLESS!
muke aku cam pisang... tibe-tibe datang seorang hamba Allah yang bagi setepek kat muke aku "haha! muke mengulang!"
AH! CISS!
pedih anvil, styrup and hammer aku..
aku sabar lage
tapi die sudah lebeyh
esok ku pulang ke selangor
berjumpa ibu bapa
nak release tensen
aku benci statistics!!!!
aku belaja pown sbb dr yang ajar tuh hensem gile2
dan tadi die jadi pengawas tyme aku pekse
berdebar gless
syg kat die :D

Thursday, November 12, 2009

FAR 111/4

HUARGHH!!!
FAR 111/4 - principles of chemistry for pharmacy.
SUSAH! tuh perkataan pertama yang terlintas kat pale aku bile dapat paper tuh
dah lah kimia fizikal, mmg aku tak suke
aku nak kimia organik, tapi apakan daya. aku mmg totally LEMAH dalam kire2 ni.
aku mula menggelabah bile tibe2 je aku xdapat nak bwat kire2.
aku pown bertenang, tapi dalam mase yang same aku berpeluh.
adrenalin mula membuak2 dalam badan aku, membuat salur darah aku mengembang, jantung ku berdegup kencang. perlahan2 aku tarik napas.
aku tgok sebelah aku, rancak menjawap soklan, sedangkan aku duduk diam, tanpe tulis ape2.
aku tgok jam, lagi sejam mase nak habis, sedangkan aku baru jawap essay yang kedua. ade lagi 2 essay yang aku belum jawap.
aku pun mengira macam nak gila
segala formula yang terlintas di kepale, aku gunekan
betul salah, itu belakang cerite.
30 minit yang terakhir, aku baru mula jawap essay yang ketiga. essay tentang electrochemistry.. ah~
lega, sebab dapat juga aku jawap dengan baik.
dan soklan yang last sekali, aku jawap ngan penuh kelam kabut
aku siapkan juga..tak tahu lah ape nak jadi ngan result chemistry tuh nnty
YA ALLAH! harap2 lah semuanya lancar. AMIN..

Thursday, November 5, 2009

PHYSIOLOGY!!!!

ARGH!!!!
tension! tension! tension!
6.30 pagi aku bangun arini..selalu aku bangun time azan zohor
aku mandi manda jap, pastuh aku semayang
huh! test physio! malam sebelom tu, aku scan je buku
nak baca buku tuh, HARAM lah..
pagi tuh aku mmg xsabar nak abeskan paper physio. even aku tak bace
kul 8am aku dah keluar dr bilek ngan roomate sayang aku, J. pagi tuh aku saje amek bas biru
nk jalan jauh sikit..
sampai pun kat Perpustakaan Hamzah Sendut 2.
OMG!! ramainye manusia..sume sibuk belek buku, dan aku...
kul 8.45am baru aku masuk bilik pekse, E41
meja aku 056..
bukak je paper, pergh!!
soklan no 1 pon da ssh
disebabkan paper tuh ade negative marking, so aku dengan bangge dan jayenye tinggalkan 3 soklan pertame berturut2. ade aku kisah..jnji x tolak markah
aku pun jawap cam bese
tibe-tibe, ade part melukis ah pulakkk
lemah tak berdaya aku tgok soklan tuh
30 minit terkhir baru kau buat part lukis tuh..
lukis renal corpuscle.
tanpa basic seni dalam diri, aku bantai je lukis..
15 minit terakhir, baru menggelicai nak terangkan menatang tuh
mmg aku byk mase nak terang lah kan
benda dah lah 20 markah...
owwwwwwwwww~
keciwa nya aku..jawap macam x best je ayat2 aku..
sob! sob! sob!

Thursday, October 29, 2009

Youth For Change Carnival

Youth For Change Carnival Rainforest, Lower Ground, New Wing, One Utama Bandar Utama, MY ... Read More
Description:
The Youth For Change Carnival is an event to enable the young people in the Klang Valley to register as a voter, therefore discharging their duties as citizens and to enable changes in the country. With performances by top Malaysian independent musicians such as
-Bittersweet,
-Couple,
-Seven Collar T-Shirt,
-Liyana Fizi,
-Robot Asmara,
-Reza Salleh,
-Ika
and many more, the Youth For Change Carnival aims to draw in thousands of youths from around the Klang Valley. At the carnival, those who have yet to register to vote will be able to do so easily at attractively designed booths, while standing a chance to win numerous prizes as well as freebies. In addition to live music,

Other attractions at the carnival includes: -
Creative Mart / Flea Market Stalls - Art Exhibition - By Findars, Lim Keh Soon, Tey Beng Chee, Urniez - Young Voters Registration Campaign – By Y4C - T-Shirt Production Workshop - 15 Malaysia screening,

..from 1pm - 3pm.

through my window



tgok x iklan tm net??
lagu yg play kat iklan tuh lagu BUNKFACE.
memetik kenyataan satu newspaper ni, ade seseorang yg x dikenali antar cd yg hanye ade lagu,URL web and lagi satu lyric lagu tuh
kat cd tuh die tulis 'open for colaboration'. pastu die anta kat agensi2 and tm adalah salah satu agensi yg kolaborasi ngan lagu tuh.
penuh ngan misteri bile kat cd tuh xnyatakan sape yg nyanyi. tapi bagi yg bese dengar lagu bunkface, mesti dapat cam sape yg nyanyi..
skang ni yg beta tahu, tomok, shila ngan sape ntah lagi sorang tuh. x ingat lah..(heee) akan berkolaborasi utk lagu tuh. ehm..aizat pown sudah ada versinya yg tersendiri
nway, for more info surf je www.everyoneconnects.net
enjoy!


Saturday, October 24, 2009

first time user

huh!
first time blogging
still figure this thing out
nway, welcome!!

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers