alhamdulillah..
selamat juga adik aku yang paling bongsu, Ahmad Na'im menjalani pembedahan membuang tonsil pada Krismas lalu.
24 disember 09, beliau dan mama diminta ke Hospital Sg. Buloh untuk mendengar taklimat berkenaan pembedahan tersebut. beliau akan diberi suntikan bius dan di'tidur'kan. mungkin adikku kecil lagi, takut trauma melihat pembedahan tersebut. keesokannya, adikkku sudah dimasukkan ke wad- aras 8, bilik 8c.
Seronok! teruja! perasaan tersebut jelas tergambar di wajahnya. katanya "b suke tinggal kat hospital.." aku iyakan saja. yalah, adikku masih berumur 8 tahun. mesti beliau teruja dengan keadaan di wad.
Hohoho! sedang penganut Kristian menyambut Krismas, adik aku menjalani pembedahan. iya, ia hanyalah pembedahan minor, tapi aku tetap risau dengan keadaannya. "eqa, Doktor kate, lepas operation, b kene makan banyak aiskrim.best...". aku tersenyum. ingat lagi adik aku dengan pesan doktor. Benda sejuk dapat mencepatkan proses pemulihan. Jam 10 pagi, adikku dimasukkan ke operation theater. Pembedahan itu hanya mengambil masa 2 jam.
Aku di rumah ketika itu. Selesai pembedahan, aku gerak ke hospital. Aku menuju ke wad. Lega! adik aku tengah tidur. Mama kata, semuanya ok.
Tapi sayang.. Adik aku keluar wad pada hari Ahad, sedangkan aku wajib pulang ke USM. aku ingat dapatlah aku jaga adik aku. Tapi apa boleh buat, tiket sudah pun di beli.
28 Disember 09 - sms masuk. Adik aku, Na'im sms, mengatakan yang dia dah ok. Seronok dan lega aku dengar..tak sabar nak tunggu cuti, nak balik tengok adik aku. LOVE YOU,BABY.
No comments:
Post a Comment