Saturday, May 7, 2011

trending: #BBNU

hai hai hai
lama gila aku tak update
nak kata exams, dah habis dah

nak kata bekerja, mencari nafkah
aku tengah goyang kaki kat rumah
aku tak update sebab dah takde benda best jadi dalam hidup aku
kang kau merepek, merapu, meraban kang
orang malas nak baca blog aku

kerana aku pun dah takde sangat cerita best
meh aku cerita waktu-waktu aku pra-matang dahulu
ini pun setelah twitter tengah sibuk trending pasal #BBNU
apakah??











and most of all



banyak lagi binatang #BBNU ni kat twitter
tak larat pula nak capture segala
hahaha!

bila aku baca tweets ni semua
ada gak yang kena dengan aku
yelah, kata pra-matang
mesti lah nak up en en en
standard ahh semua orang baru nak up
time nak up dulu
apa yang dibuat kira cool habis laa
tak peduli kata orang time tu
janji apa yang dibuat dulu
konon-konon cool

meh sini tengok pengalaman aku baru nak up

1. emo

ini sumpah cool gilaaaaa masa aku pra-matang laa
sekarang aku rasa emo pun dah terkubur
kalau ada pun buat gelak je
sebab emo kelakar laaa dol
macam hape jeeee

tapi kalau dulu
tengok budak-budak dress up emo
rasa macam 'COOL GILEEE KAU NI'
hahahaha!

siap pakai fish net socks la, pakai kaler hitam merah aa
hitam putih laa
bawa bunga rose bagai

tapi sumpah lah aku tak buat benda ni
cuma kadang-kadang tengok budak emo macam cool
and nak jadi one of them
puhh! nasib baik tak jadi
kalau tak, sekarang mesti gelakkan diri macam gila
bila fikir balik masa lampau

2. letak nama pakwe as 'my boo' dekat hp

okeh yang ni aku buat
hahahaha!
masa aku form 3
lagu My Boo tu kira trend habis aaa
kira siapa yang couple akan letak nama 'my boo' aa
bahahahaha!

sangat lah tak cool kan
sekarang aku save nama boyfriend aku je kat handphone
senang!

3. suka camwhore, lepas itu upload banyak-banyak kat Myspace

time nak up WAJIB kena ada Myspace
siapa takde Myspace kira left out laa
kalau jumpa siapa-siapa
mesti tanya, 'ada MS tak?'

lepas itu harus lah gambar Myspace kena bajet cool
gambar self captured lepas itu letak caption konon-konon cool
hahaha!
lepas itu tunggu orang comment gambar
kira bangga aa kalau comment gambar kau banyak

lepas itu, harus approve and add mana-mana mamat
atau minah-minat cool dan stylo
dan wajib comment 'thanx for approving' atau 'thanx for the add'

sekarang zaman FB derr
zaman semua friends adalah member sendiri
dan gambar pun letak yang cikai-cikai je
dan takde lah istilah-istilah thanks ni bagai

orang tak comment gambar pun takpe
tak teruja pun
bahahaha!

4. ponteng sekolah, lepas itu pergi shopping mall

pasal ponteg sekolah
benda itu bukan lah benda besar pun kan
small matter je
hahaha!

ponteng sekolah bukan benda baru nak up
tapi kalau kau ponteng
lepas itu pergi shopping mall, memang nampak sangat nak up

sebab apa?
sebab aku dulu ponteng sekolah
berbekalkan rm2 dan baju serta kasut sekolah
aku pergi mall, lepas itu jalan-jalan macam takde arah
nak pergi beli mcD pun tak mampu
haha!

lepas itu pergi main arcade games
sambil makan lollipop
buat bising, bajet cool gila dah ponteng sekolah
ish ish ish

yang tak boleh bla
pakai baju sekolah bhai
lagi teruk bila pakai baju PJ sebab ponteng ko-k
lagi macam haram je perangai
dah lah pakai baju putih dengan tracksuit
nampak sangat tak cool

tapi aku tak pernah lah buat perangai
pergi pakai baju lain, lepas itu pergi tukar baju dalam tandas
tak pernah pula aku buat gini
sebab aku tak pernah rancang nak ponteng
huahuahua

puhh!
kalau nak cerita pasal nak up ni
memang baaaannnnnyyyyyaaaaakkkkkk gila
tapi malu laaa nak cerita lebih-lebih kan

standard ahh baru nak up
sebab time itu otak blur ayam lagi
apa orang buat, nak ikut
lepas itu rasa cool buat gitu

bila dah besar ni (besar sangat lah kan)
bila tengok budak-budak menggelabah baru nak up
aku tersengih je
sebab teringat zaman aku pra-matang dahulu
siokkk oooohh
walaupun memalukan
tapi benda itu pengalaman taw

benda-benda gila buat dengan kawan-kawan
bajet cool, konon stylo
memang best bila kenang balik
yelah, dah besar ni dah tak mampu dah nak buat

kalau tengok budak-budak baru nak up
biarkan je la diorang cari pengalaman
kalau duduk diam, skema kang bosan pula kan

so, apa pula benda nak up korang buat masa muda-mudi dulu?


**************************

teringin gak nak buat perangai gila macam dulu
lagi-lagi bila lepak dengan Ninaa & Tra


5 comments:

vampire's lovex said...

macam2... !! hehe


sebb twitter la aku x stdy hadoiii..

eqacashperlala said...

vl: tahu takpe.. nasib baik aku tak pakai smart phone. kalau tak, leka 24/7

KAMIHIDUP said...

hisap rokok takut-takut. #BBNU

eqacashperlala said...

kamihidup: hahaha! sangat nak up

Anonymous said...

bluuur! #BBNU? huh??

budak blum up lagi :P

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers