Sunday, May 22, 2011

live dari Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa

aku rasa, semua dah tahu pasal kejadian tanah runtuh
yang berlaku petang semalam kan?
memang menyayat hati
lagi-lagi mangsa adalah anak yatim

petang tadi, aku sempat singgah ke tempat kejadian
sebab rumah anak yatim tersebut terletak
berdekatan dengan kampung aku
kampung aku dekat Batu 18, area Sungai Congkak
rumah anak yatim tu dekat Batu 14

masa aku on the way balik kampung
banyak van ambulance lalu lalang
aku dengan mak ayah dah pelik lah kan
kenapa banyak sangat van ambulance
takkan ada accident teruk sangat kan

lepas itu nampak kereta polis, JPA lalu lalang
lagi lah kitorang satu kereta dah pelik
sebelum sampai kampung
ayah aku singgah dulu Carrefour Ampang
on the way dekat Bukit Ampang tu
kitorang nampak van ambulance dari Hospital Ampang

lepas itu pakwe adik aku call
dia tanya adik aku ke mana
adik aku cakap on the way balik kampung
kat Hulu Langat
lepas itu pakwe adik aku cakap ada tanah runtuh jadi
kat Hulu Langat
baru lah kitorang tahu kenapa banyak van ambulance lalu lalang

semasa aku tinjau kawasan tanah runtuh
memang teruk juga
tapi tak boleh masuk area kawasan rumah lah

bawah ini ada beberapa gambar aku snap tadi








*********************

Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban :'(

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers