Saturday, May 28, 2011

21 dan dot dot dot..



ehem!
dimaklumkan bahawa umur aku sudah genap 21 tahun
alhamdulillah..
dapat juga aku bernafas selama 21 tahun ini
dengan tubuh badan yang sihat
dan hidup yang ceria

bila dah besar ni
macam-macam plan yang berlegar-legar
dalam kepala otak aku ni
nak buat itu lah
buat ini lah
macam-macam nak buat

antara plan aku:


1. daftar manjadi pengundi

ini sangat penting okeh!
yelah, siapa lagi yang nak mengundi kalau bukan kita-kita
yang muda ni kan?
lagipun kita ada hak serta kebebasan memilih
pemimpin kita

lagipun tak bermakna kau mengundi ni
kau ni gila politik ke apa
cuma jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia
tak kisah lah korang nak undi siapa
yang penting, kewajipan kita untuk mengundi


2. lebih matang

tang nak jadi lebih matang
yang susah sikit
sebab aku ni jenis kepala tak betul
gelak macam orang sewel
cakap merapu-rapu

tapi aku bukan lah nak jadi matang sangat
maksud aku cukup lah aku cakap macam orang besar sikit
and cukup lah aku act macam dah dewasa sikit
means takdelah ketawa macam orang sewel kan

3. menabung

benda ni sebenarnya masa kecik-kecik
lagi dah kena buat
tapi tak terlambat lagi untuk menabung
aku menabung untuk beli kereta, nak kahwin
dan aku juga dah buka akaun ASB
harap-harap dapat menjamin ekonomi aku bila dah besar sikit lagi


4. belajar betul-betul

ini untuk pastikan yang aku
tak perlu extend kalau-kalau aku fail
ish ish!
minta jauh lah
malas aku nak stuck dekat USM lama-lama
bosan tahu!



***********************

thanks kepada yang wish.
doakan semoga aku panjang umur selalu, berjaya dunia akhirat.

Monday, May 23, 2011

IKEA Swedish Meatballs haram ke??







apakah??
Ikea meatballs HARAM ke?
ke rumours je?
aku memang lame gila sebab baru tahu benda ni
itu pun lepas aku BW dekat blog Cik Epal
and ada lagi beberapa blog nak buat entry meatballs ni

yang aku terkilan sangat
aku baru je lepas makan meatballs minggu lepas
dan ayah aku siap planning nak ajak pergi Ikea lagi
=,=

and why la
after beribu Umat Islam makan dekat Ikea
baru nak keluarkan statement macam ini
terbeban pengguna
rasa mual je tekak aku
elok meatballs itu sedap dan lazat
terus aku rasa macam, YEKK!

hurmm
lepas ini, kena alert lah dengan restaurants kat luar sana
and kena make sure betul-betul
yang restaurants terbabit disahkan HALAL oleh JAKIM

atau pun nak senang
makan je kat rumah
terbukti dan disahkan halal dan selamat


*sobs sobs*


***********************

lepas ini kena lebih alert dengan apa yang dimakan.

Sunday, May 22, 2011

live dari Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa

aku rasa, semua dah tahu pasal kejadian tanah runtuh
yang berlaku petang semalam kan?
memang menyayat hati
lagi-lagi mangsa adalah anak yatim

petang tadi, aku sempat singgah ke tempat kejadian
sebab rumah anak yatim tersebut terletak
berdekatan dengan kampung aku
kampung aku dekat Batu 18, area Sungai Congkak
rumah anak yatim tu dekat Batu 14

masa aku on the way balik kampung
banyak van ambulance lalu lalang
aku dengan mak ayah dah pelik lah kan
kenapa banyak sangat van ambulance
takkan ada accident teruk sangat kan

lepas itu nampak kereta polis, JPA lalu lalang
lagi lah kitorang satu kereta dah pelik
sebelum sampai kampung
ayah aku singgah dulu Carrefour Ampang
on the way dekat Bukit Ampang tu
kitorang nampak van ambulance dari Hospital Ampang

lepas itu pakwe adik aku call
dia tanya adik aku ke mana
adik aku cakap on the way balik kampung
kat Hulu Langat
lepas itu pakwe adik aku cakap ada tanah runtuh jadi
kat Hulu Langat
baru lah kitorang tahu kenapa banyak van ambulance lalu lalang

semasa aku tinjau kawasan tanah runtuh
memang teruk juga
tapi tak boleh masuk area kawasan rumah lah

bawah ini ada beberapa gambar aku snap tadi








*********************

Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban :'(

Monday, May 16, 2011

pelajar nakal

tahun ini genap umur aku 21 tahun
bila aku kira-kira
dah 4 tahun dah aku bla dari sekolah

masa zaman sekolah
punya aku tak sabar nak bla dari sekolah
yelah, tengok dalam tv
campus life best
boleh melaram macam haram
boleh clubbing, boleh party-ing
hahaha!
okeh, yang tadi itu dah poyo dah
clubbing apa jadahnya aku ni
tapi bila dah masuk
sama je macam sekolah
and even bosan dari sekolah

masa zaman sekolah
sumpah aku tak pernah panggil cikgu
dengan gelaran 'cikgu'
aku panggil nama je
even sekarang pun aku panggil nama
pensyarah aku dengan nama je

zaman sekolah dulu
apa yang aku tak pernah buat


melawan cikgu: pernah
kutuk cikgu: banyak gilaa
bahan cikgu: lagi banyak
menipu: tak terkira
tinggi suara: hmmph, pernah lah beberapa kali



dan rekod sahsiah aku mesti la tak clean kan
tak pakai lencana, tak pakai name tag
tak pakai kain dalam, tak pakai anak tudung
dan paling best
kena tangkap couple (macam bodoh je kan)

tapi kan
paling aku tak dapat lupa
ada seorang ustazah ni
aku memang anti gila
selalu bahan dia
asal nampak muka dia, mula lah nak bahan dia

dan bila aku dah tukar sekolah
aku dapat tahu yang dia meninggal dunia
erk! mestilah tak sempat nak minta maaf
memang terkutuk perangai aku ni, dilaknat Tuhan
entah macam mana dosa-dosa aku dengan arwah
..........

and walaupun aku ini tak hormat sangat dekat cikgu-cikgu
aku apply 3 courses cikgu
hebak tak hebak?
hahahaha!
dan ofkos lah tak dapat
hehehe

sempena hari guru hari ini
aku nak wish


SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru di SK Sungai Binjai,
SMK Meru, SMK Puncak Alam, pensyarah-pensyarah di Kolej Matrikulasi Perlis dan pensyarah-pensyarah di USM.

***********************

banyak dosa aku kat cikgu.
huuuuu...


Sunday, May 8, 2011

Noraini Bt Mohamed Rasa


serious aku nak jadi macam beliau
full time suri rumah
boleh jaga aku tiap masa

time sekolah dulu
balik sekolah je dapat makan sedap-sedap
balik sekolah mak aku yang basuhkan baju
kadang-kadang mak aku yang hantar dan ambil aku
dari sekolah
heaven kan?

so, sempena hari keramat ini
aku aku nak wish


SELAMAT HARI IBU, MAMA.

I LOVE YOU :)

Saturday, May 7, 2011

trending: #BBNU

hai hai hai
lama gila aku tak update
nak kata exams, dah habis dah

nak kata bekerja, mencari nafkah
aku tengah goyang kaki kat rumah
aku tak update sebab dah takde benda best jadi dalam hidup aku
kang kau merepek, merapu, meraban kang
orang malas nak baca blog aku

kerana aku pun dah takde sangat cerita best
meh aku cerita waktu-waktu aku pra-matang dahulu
ini pun setelah twitter tengah sibuk trending pasal #BBNU
apakah??











and most of all



banyak lagi binatang #BBNU ni kat twitter
tak larat pula nak capture segala
hahaha!

bila aku baca tweets ni semua
ada gak yang kena dengan aku
yelah, kata pra-matang
mesti lah nak up en en en
standard ahh semua orang baru nak up
time nak up dulu
apa yang dibuat kira cool habis laa
tak peduli kata orang time tu
janji apa yang dibuat dulu
konon-konon cool

meh sini tengok pengalaman aku baru nak up

1. emo

ini sumpah cool gilaaaaa masa aku pra-matang laa
sekarang aku rasa emo pun dah terkubur
kalau ada pun buat gelak je
sebab emo kelakar laaa dol
macam hape jeeee

tapi kalau dulu
tengok budak-budak dress up emo
rasa macam 'COOL GILEEE KAU NI'
hahahaha!

siap pakai fish net socks la, pakai kaler hitam merah aa
hitam putih laa
bawa bunga rose bagai

tapi sumpah lah aku tak buat benda ni
cuma kadang-kadang tengok budak emo macam cool
and nak jadi one of them
puhh! nasib baik tak jadi
kalau tak, sekarang mesti gelakkan diri macam gila
bila fikir balik masa lampau

2. letak nama pakwe as 'my boo' dekat hp

okeh yang ni aku buat
hahahaha!
masa aku form 3
lagu My Boo tu kira trend habis aaa
kira siapa yang couple akan letak nama 'my boo' aa
bahahahaha!

sangat lah tak cool kan
sekarang aku save nama boyfriend aku je kat handphone
senang!

3. suka camwhore, lepas itu upload banyak-banyak kat Myspace

time nak up WAJIB kena ada Myspace
siapa takde Myspace kira left out laa
kalau jumpa siapa-siapa
mesti tanya, 'ada MS tak?'

lepas itu harus lah gambar Myspace kena bajet cool
gambar self captured lepas itu letak caption konon-konon cool
hahaha!
lepas itu tunggu orang comment gambar
kira bangga aa kalau comment gambar kau banyak

lepas itu, harus approve and add mana-mana mamat
atau minah-minat cool dan stylo
dan wajib comment 'thanx for approving' atau 'thanx for the add'

sekarang zaman FB derr
zaman semua friends adalah member sendiri
dan gambar pun letak yang cikai-cikai je
dan takde lah istilah-istilah thanks ni bagai

orang tak comment gambar pun takpe
tak teruja pun
bahahaha!

4. ponteng sekolah, lepas itu pergi shopping mall

pasal ponteg sekolah
benda itu bukan lah benda besar pun kan
small matter je
hahaha!

ponteng sekolah bukan benda baru nak up
tapi kalau kau ponteng
lepas itu pergi shopping mall, memang nampak sangat nak up

sebab apa?
sebab aku dulu ponteng sekolah
berbekalkan rm2 dan baju serta kasut sekolah
aku pergi mall, lepas itu jalan-jalan macam takde arah
nak pergi beli mcD pun tak mampu
haha!

lepas itu pergi main arcade games
sambil makan lollipop
buat bising, bajet cool gila dah ponteng sekolah
ish ish ish

yang tak boleh bla
pakai baju sekolah bhai
lagi teruk bila pakai baju PJ sebab ponteng ko-k
lagi macam haram je perangai
dah lah pakai baju putih dengan tracksuit
nampak sangat tak cool

tapi aku tak pernah lah buat perangai
pergi pakai baju lain, lepas itu pergi tukar baju dalam tandas
tak pernah pula aku buat gini
sebab aku tak pernah rancang nak ponteng
huahuahua

puhh!
kalau nak cerita pasal nak up ni
memang baaaannnnnyyyyyaaaaakkkkkk gila
tapi malu laaa nak cerita lebih-lebih kan

standard ahh baru nak up
sebab time itu otak blur ayam lagi
apa orang buat, nak ikut
lepas itu rasa cool buat gitu

bila dah besar ni (besar sangat lah kan)
bila tengok budak-budak menggelabah baru nak up
aku tersengih je
sebab teringat zaman aku pra-matang dahulu
siokkk oooohh
walaupun memalukan
tapi benda itu pengalaman taw

benda-benda gila buat dengan kawan-kawan
bajet cool, konon stylo
memang best bila kenang balik
yelah, dah besar ni dah tak mampu dah nak buat

kalau tengok budak-budak baru nak up
biarkan je la diorang cari pengalaman
kalau duduk diam, skema kang bosan pula kan

so, apa pula benda nak up korang buat masa muda-mudi dulu?


**************************

teringin gak nak buat perangai gila macam dulu
lagi-lagi bila lepak dengan Ninaa & Tra


baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers