Monday, March 29, 2010

semalam

semalam..
duduk menghala jendela
sore itu angin bertiup perlahan
nyaman..
muka dibelai halus olehnya
dingin...

menjeling ke arah jam tangan usang
ahh!
lambat lagi mahu bang
memerhati keadaan luar seketika
langit kian murung
tiada lagi keriangan cahaya matahari terik

perlahan, aku bangun dari kerusi itu
guruh tetiba muncul, melawat bumi tua
tersenyum halus
syukur.. hujan, kau turun jua
bumi yang gersang kini bermandi girang
titis mutiara yang singgah ke bumi menyaman sejuta ciptaanNya

mengharap kau datang
buat selamanya..

Alhamdulillah

No comments:

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers