Wednesday, March 10, 2010

bila bendi disanjung tinggi

sekarang semua gila bendi
semua nak bendi
hari-hari sangap bendi
dulu bendi dipandang sepi,
jalan sebelah buat tak paham sajah
sekarang, dari jauh puja bendi
bila dekat, teruja dengan bendi

haish!
sedang bendi berbulu dan berlendir
semua tidak kesah
janji dapat bendi
dapat dakap bendi

tebu,
tidak mahu ambil pusing
beliau sudah ditebang
dibuat gula oleh seseorang

sedang labu sudah ditebuk orang
malas nak makan labu
cepat muak!

sekarang semua orang nak masak bendi
bendi goreng, bendi celup tepung, bendi masak lemak
semua BENDI lah
hari-hari bendi pun takpe
janji dapat nikmati bendi yang lazat
:))

No comments:

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers