kaki melangkah deras mendaki anak-anak tangga
malam itu bulan bersinar indah
menerangi malam dengan cahaya indahnya
lollipop dimulut,
duduk di tepian taman, menyaksi malam indah
malam sepatutnya kau harus bergelap
tetapi umat-umat degil tidak mahu kau bergelap
mereka tetap mahu berbasah bersama limpahan neon terang
biarkan mereka dengan hati besi mereka
mereka cemburu dengan kau bulan
sedang cahaya kau bersinar lebih indah dari neon-neon cilaka
aku tetap sayang kau
sayang kau sampai bila-bila
lollipop sudah habis,
bulan, kau di mana?
kenapa wujudmu hanya seketika?
cis! awan cemburu dengan mu
awan tidak mahu kau bersinar
awan tidak mahu kau menerangi malam itu
bulan hilang..
hilang disebalik awan cemburu
awan tidak memberi ruang untuk kau menyerlahkan keindahan kau
aku mula rindukan kau bulan
berharap kau jatuh ke riba
erat ku pelukmu
tidak biarkan kau lepas dari dakapanku
tapi, aku pasti kau tidak mahu turun ke bumii
bumi yang penuh noda
penuh dosa
tidak pantas untuk kau berlabuh ke sini
tak mengapalah bulan
beradu lah kau di atas sana
sanalah tempatmu
********************************************************************
"Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku
Tanpa dia malam menemani
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku ..." (Khalil Gibran)
No comments:
Post a Comment