Tuesday, March 30, 2010

hari-hari sekarang

perlahan..
tarik nafas dalam-dalam
fikiran melayang jauh
aku mahu kotak pemikiran ini kosong
sekosongnya..

perlahan..
nafas ku lepas
bersama segala beban dunia
kesengsaraan batiniah
penderitaan jiwa

seksa..
tidak mahu lagi terseksa
tuhan tolong
beri diri ini ruang
beri hamba kecilMu ini pedoman

jauh..
jauh sudah kaki ini melangkah
puas sudah mata ini melihat
penat sudah mulut ini bicara
banyak sudah telinga ini mendengar
namun tetap..
diri ini tidak berubah
masih insan yang lemah
hamba yang alpa
pencinta yang buta
perempuan yang penuh sengketa

berharap dosa diri segera pergi
pergi bersama hasad dengki
jua dendam berahi

hari-hari sekarang..
tidak datang tanpa semalam
tidak berulang masa datang

*haish!
mood tidak menentu
post pun melalut :))

No comments:

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers