Thursday, January 28, 2010

kehidupan


norma kehidupan.
sekejap di atas, sekejap di bawah. kadang senang, kadang sengsara. hari ini ketawa, esok menangis. hari ini datang, esok mungkin ia pergi.
hidup tidak indah tanpa cabaran, tanpa kesusahan. kerana dari situ kita gembira dan ketawa.

aku kasihan sama seorang rakan aku. dia sangat baik, ceria dan comel.
setiap hari mesti buat aku gembira. dia kenal sama ini seorang lelaki. lelaki itu siyes baik dan agak sempurna. tapi semenjak kenal dengan laki tersebut, hidupnya tidak lekang dengan masalah. ya, berpunca dari laki itu, tapi bukan atas kehendak laki itu. si laki ditimpa pelbagai masalah hebat lalu memberi tekanan serta impak pada si perempuan. biasa lah, sudah sayang.

tapi, sayang itu bukan jadi bicara. tapi tentang kepayahan si perempuan yang tidak henti-henti menangis mengenang nasib si laki. sampai terkadang mahu menghentikan nyawa sendiri. astaga. bukan itu jalan keluarnya.

si laki amat malang, sampai tidak punya ruang untuk gembira. hidup hanya untuk sengsara. sebenarnya, setiap yang jadi ada pengertian sebaliknya. harap si perempuan bersabar, dan bermohon si laki dapat hidup gembira.

Saturday, January 23, 2010

capek

waduh!
siyes aku penat gila ini minggu.
mahu tak penat.. rabu lalu punya latihan hoki pada waktu petang. dari jam 5.30 hingga 7.
pulang ke bilik terus bersiap untuk ke kelas pharmacology. siyes aku tak terurus itu jam.
esoknya pula punya ko-k. dari jam 5 petang hingga 7 malam. dan malam itu juga punya kelas pharmacology.
huh! asyik-asyik kelas pharmacology. mahu termuntah!
semalam, pulang saja dari kelas etnik terus bergegas ke bilik gerakan mpds, ada perjumpaan kelab kebudayaan
sungguh berbudaya diriku
kebelakangan ini, diet ku tidak teratur.
penat punya hal.
satu malam itu, aku makan jam 11.30 malam. menu malam itu nasi ayam, burger ayam spesial, teh ais dan juga carrot susu.
pergh! siyes nafsu makan aku macam binatang.

dan sabtu pagi, jam 9 pagi, aku punya latihan bola jaring pula. di padang minden.
ouw! jauhnya mahu ke minden. kalau bukan unit desa punya pasal, memang aku takkan datang latihan itu.

esok jay tiada. tentu aku mati kutu sebentar.
haih! makan solo lah jawapnya..

- jay, cepat pulang esok! rindu. hahah

Saturday, January 16, 2010

seminggu

huh!
sudah lama tidak online
begitu juga sudah lama tidak kemaskini blog ku

9 januari 2010- tonton AJL di bilik tv2. seronok bila banyak artis-artis baru yang bertanding. sudah hampir ke kemuncak AJL, tv tiba-tiba rosak.
ahh!! tensi juga jam itu. bilik tv 1 penuh pula. tapi mahu juga lihat keputusan AJL, aku berdiri dari kejauhan. akak senior berhempas-pulas betulkan tv dan akhirnya! tv sudah kembali elok. yay!! pape pun, tahniah buat aizat, black, yuna dan faizal tahir sebab menang pada itu malam

11 januari 2010- haa.. isnin yang agak penat. petang itu punya ko-k..heheh! aku join GAMELAN. huuu.. best! aku sudah mula belajar main. aku main Slentem. serupa xylophone, aku mahu main bonang (yang dalam filem pontianak harum sundal malam), tapi tidak dapat pula.

15 januari 2010- pagi itu tiada lab pharmacology jadi tidur macam gila. tapi petang itu punya class. cuma 3 class, tapi malas mahu pergi. jam 5-7 punya class hubungan etnik, tapi aku bersama rakan-rakan ponteng itu class. haha!
ponteng ke tesco extra sajah. Jay tiba-tiba menggila, beli kek. katanya tiba-tiba rasa nak makan. kami pun pajor beramai-ramai. thanx jay!

16 januari 2010- hari ini ke Water Sport Rental, Tanjung Bungah, Penang.
ada pharmiliday. seronok! tapi agak penat lah sebab malam itu berjaga main game. aku dalam kumpulan ALANG 3. banyak games yang seronok dan memenatkan jiwa raga. Usha sorang mamat senior ini, alih-alih balik tadi dia message Izzati kawanku. wah! gila kau teruja untuk Izzati. esok mereka ke pharmnight. aku tidak pergi. almaklumlah, yuran agak mahal. mungkin Izzati akan berjumpa si dia yang berkasut kuning tadi di pharmnight. huuu! tidak dapat dibayangkan.

seminggu sudah berlalu. banyak benda yang berlaku. seronok, penat dan lelah dan pun aku rasa. harap minggu yang datang agak lagi seronok. :D

Friday, January 8, 2010

F**K

sial!
bikin aku mencarut sajah.
tadi aku buka myspace aku. ada friend request.
aku tak kisah kalau orang nak add aku jadi friend, tapi perangai tuh biar lah macam orang. mana aku tak mencarut, display picture pun gambar *tuut*.dengan rasa angin, aku DENY request si bangang itu!
Itu satu. dalam inbox pula, si polan ini ajak aku webcam *tuut* sama dia. lancau! muka aku ni nampak macam pemuas nafsu kah?
kalau sekali takpe lagi. ini sudah kali ke-4 aku kena. memang sial!

kadang-kadang aku fikir, apa sebenarnya tujuan si mereka-mereka buat akaun myspace, facebook, tagged dan lain-lain hanya semata-mata nak kenal dan ajak buat perkara-perkara terkutuk itu? common lah, social page itu direka untuk berkawan, bukan ber*tuut*.
guna lah teknologi dengan betul!

Jadi, pada mereka-mereka itu, gunalah teknologi untuk tujuan yang betul.
jangan guna hanya untuk kepentingan yang mengarut itu ok.

Wednesday, January 6, 2010

gatalGEDIKjalang

yaxx!
mungkin itu apa yang orang lain fikirkan
tapi bagi aku dengan izzati, itu adalah peluang keemasan
ini hari harus edarkan surat jemputan ke pharmaliday.
ok! sebenarnya malas, tapi tahap kegedikan aku yang tahap maksimas telah mengatasi rasa malas itu.
mana tak nya, ada surat jemputan untuk Dr yang aku angau-angaukan itu
eeeet!
memang siyes aku gila sundal itu jam
aku dengan izzati dengan penuh rasa gediknya telah ke bilik beliau
wahh! first time aku masuk bilik beliau
sumpahh kemas.
adrenalin dalam badanku merembes dengan pantas.
neurotransmitter dalam tubuh aku menghantar signal kimia dengan kadar yang laju
saraf sympathetik aku telah meningkatkan kadar denyutan jantungku!
iya lah, beliau menguntum sebuah senyuman yang sangat manis.
yummy!
sebenarnya, tadi aku terserempak dengan beliau semasa beliau tengah menaiki tangga. tepat je aku pandang beliau, beliau senyum kat aku
sumpah aku cair weyh!!! :D
TAPI, beliau tidak dapat datang ke pharmaliday tersebut.
iya lah, beliau punya kelas itu hari
haish! melepas lah hajat aku nak berlari-lari anak bersama beliau di tepi pantai
ouh~
tapi apa-apa pun, aku dapat tenung muka beliau sampai kenyang
siyes rindu beliau. ahha!

Sunday, January 3, 2010

pisang itu banana

memang aku tengah petak. duduk diam, macam pisang.
tahun baru lalu, aku ke queensbay, mahu beli-belah.
kasut ku koyak, mahu diganti.
penat, kasut dicari tidak punya saiz.
mahu tonton Avatar, tapi panggung penuh, lalu tonton Duhai Si Pari-pari.
Seronok! tapi penat sebab tergesa-gesa ke panggung.
tunggu makanan, lambat sampai. sampai ada pelanggan yang mengamuk.
tapi, aku tetap sabar.

menuju ke Bukit Jambul Mall, teruskan usaha cari kasut.
Tidak jumpa yang berkenan di hati. Jam 9 pulang ke hostel.
Hari itu tidak naik Rapid Penang, naik bas lama.
Teruja, bas dipandu laju umpama Roller coaster. Siap hantar sampai pintu hostel lagi.

Pagi itu, bangun lewat. Bosan, tak tahu nak buat apa.
lalu turun bawah, tonton cerita hindustan. Malam itu turun makan.
Sedap! Makan nasi lauk telur mata kerbau.

HAH!!
pagi tadi terjaga awal.
Baru ingat, malam tadi tidak kunci almari, tidak simpan dompet.
Dompet! ya! aku tertinggal dompet di kafe tadi malam.
Ke kiri, ke kanan. Buntu!
Terus bangun mandi, dan terus ke kafe.
Abang penjual air tunggu, sambil tergelak. "aku taw hang tinggai dompet"
aku balas dengan gelak bangang! terima kasih abang, sebab jujur.
dan aku, tidak turun bawa dompet masa turun makan.
memang pisang!

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers