Monday, April 5, 2010

syukur

hidup..
macam-macam manusia aku da jumpa setelah
hampir 20tahun aku dekat muka bumi ini
macam-macam ragam orang aku lihat
pelbagai kerenah aku perhati

orang..
luaran tidak menggambarkan apa-apa
muka hensem, tak semestinya hati pun hensem
muka cantik molek, tak semestinya santunnya molek

kekadang itu,
yang hodoh, lemah dan kurang bijak
adalah orang yang paling jujur dalam dunia

sedih..
sedih bila ada orang permainkan hati kita kan?
kita bukan patung, tak punya perasaan
memang tak patut buat orang macam ini

syukur..
hati aku tidak pernah dipermainkan si dia
mungkin si dia tidak sepandai yang lain
tidak sehebat yang lain
tidak sehensem yang lain
tapi yang pasti, dia orang yang terbaik untuk aku

dia sangat sayangkan aku
dia tak permainkan aku
dia jaga hati aku
syukur..syukur ya Allah

aku sedih sebenarnya
sebab aku pernah menipu dia
aku pernah curang dengannya
tapi dia, tetap memaafkan aku
kerana sayangnya, aku masih di sini
bersama dengannya

syukur..syukur
aku sangat bersyukur ya Allah
kau telah membuka mata untukku
panjangkan jodoh kami.
Amin..

Saturday, April 3, 2010

SAYA KATA JANGAN KLIK!

Penah dengar tak cerita gambar yang disumpah pada tahun 1920?

okeh!
ceritanya macam ni,
ada seorang lelaki ini, dia sepatutnya berkahwin dengan seorang wanita yang agak kaya
lepas tuh, wanita tersebut mati sebelum kahwin, akibat demam teruk

TAPI,
keluarga wanita itu tetap nak kahwinkan anak mereka
tapi, ofkos lah laki tersebut tidak mahu kan
orang da mati kowt
jadi lelaki tersebut melarikan diri

MALANGNYA,
laki tersebut berjaya dikesan, dah dikahwinkan juga dengan wanita tersebut
kalau lihat dengan teliti, kaki wanita berkenaan tidak cecah ke lantai
sebab beliau didirikan dengan menyandarkan beliau pada sebatang papan
dan dalam foto itu, tentulah wanita itu sebenarnya sudah mati en

dikatakan, lelaki tersebut tertekan dengan perkahwinan itu, lalu menyumpah gambar perkahwinan tersebut
dan orang kata, kalau tengok gambar itu, dan terlihat wanita itu tersenyum
maka, ada benda buruk akan berlaku
so, kalau anda sangat lah berani nak lihat foto itu, silalah KLIK

TAPI, saya nasihatkan, tak perlu klik lah kowt.
TAKUT lah..

TAPI, kalau anda semua umat degil,
KLIK
lah


mana lah tahu, anda bertuah dapat lihat wanita itu senyum dekat anda :)
TAPI, lebih baik, tak perlu klik kowt

p/s: oh! saya amatlah tidak bertanggungjawab jika ada perkara buruk
yang berlaku. tanggungjawab masing-masing okeh!

Friday, April 2, 2010

P.E.N.I.P.U


okeh!
entry ini bukan pasal aku yang kena kencing
tapi pasal member aku yang kena tipu ngan balak sial dia hampir setengah tahun
dei!!
tak suka cakap lah tak suka
ini daripada makhluk tu tahu sendiri

dan lagi satu,
jantan ini boleh pula terima perempuan baru tu
sedangkan kau dengan perempuan lama dah 3 tahun
tak hargai hubungan 3 tahun tu ke?
pelik aku

okeh!
sebenarnya, aku tak patut lah marah lebih-lebih kan
tapi bila jantan bodoh tu suruh member aku ni baca artikel
bertajuk "CARA ATASI KEMARAHAN"
aku rasa itu penghinaan besar
kau buat taik, kau perli kawan tu tahap maksimas
ada ke patut

haish!
ni lah lelaki
walaupun tak semua lelaki macam ini
tapi, memang tersangat tak patut buat orang macam ini

Lynn,
sabar ye
aku tahu memang perit bila dapat tahu orang
yang kita sayang tipu kita
karma sentiasa bersama manusia
dia akan dapat balasan itu

Thursday, April 1, 2010

oh anak perempuan veslee!

bila aku baca entry anak perempuan veslee tadi,
aku tersenyum

oh sayang atheera..
hidup memang begini
terkadang diri ini memang tidak kuat untuk bertahan
tapi, harus bagaimana lagi
kita hidup untuk berjuang

sesungguhnya aku jua rindu pada kau
jangan lah sedih sayang
aku tahu kau seorang yang kuat

haish!
tipu lah kalau aku tak rindu kan zaman jahiliah kita
masa itu lah baru rasa nikmat kehidupan
tak perlu fikirkan apa-apa
melainkan seronok, seronok, seronok
tapi kan sayang,
kita membesar
dan membesar itu terkadang perit prosesnya
kita semua bukan pari-pari syurga,
bisa jampi diri supaya tidak membesar.

sayang atheera,
siyes aku sayang kau setan.
dan aku juga sayangkan anak tokeh susu, serta fatin.
kalau aku punya kuasa,
aku bawa kita semua ke alam fantasi bodoh kita
sama-sama tidak membesar, terperangkap di usia hingusan kita
sampai kiamat

sendiri memang perit, kan sengal?
tapi sendiri itu terkadang lebih baik
lebih baik sendiri, daripada berteman tapi mati
tapi..
aku tahu, makhluk-makhluk baru itu
bisa buat kau ketawa, gembira
sama seperti setan-setan ini

manusia..
manusia perlu teman kan?
tipulah kalau aku boleh hidup tanpa makhluk lain disisi
setiap makhluk perlukan pendamping
memang susah bila berjauhan
tapi kan sayang,
jauh itu buatkan kita rapat
jauh itu buat kita makin sayang
dan jauh itu kuatkan hubungan gila ini

sayang nur atheera veslee,
ingat benda ni sampai kau mati,

AKU SAYANGKAN KAU SAMPAI BILA-BILA
BEGITU JUGA YANG LAIN.
DULU, KINI, SELAMANYA KITA SETAN KAN?



suka

ok!

siyes tengah happy
siyes tengah suka

ahha!

april fool yang menggembirakan
bukan april fool yang bodoh macam selalu

suka,suka,suka :))

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers