Tuesday, February 2, 2010
cerita dongeng
pagi isnin itu ke kelas seperti biasa.
yalah, punya kuiz pharmacology.. bersemangat ke kuliah
tapi akhirnya di batalkan.
haish! berbulu juga. akan penat menelaah malam sebelumnya.
sabtu lalu, syahmina ke queensbay. dia mahu membeli stickers
haha! yalah, buku dosage form yang diphotostate itu sangat skema dan umpama tanpa berpakaian. sangat kasihan sama buku itu.
lalu, syahmina mengambil inisiatif, mahu mendandan itu buku.
isnin ke kelas, tidak ku duga yang syahmina membelikan sekali stickers itu untuk aku, jay dan zaty. hee.. terus tersenyum lebar.
syahmina membelikan stickers karektor spongebob squarepants untuk jay, pooh and friends untuk zaty dan walt disney princesses untuk aku dan juga zaty.
haha! macam kanak-kanak kecil, tapi ada aku kisah. janji aku puas
habis bergaya kalkulator didandan aku. segala stickers lama yang membaluti tubuh kalkulator itu ku buang dan diganti baru. umpama umat islam menyambut hari raya, bergaya dengan baju raya baru, begitu jugalah kalkulator aku.
akhirnya, BPC ku sudah menutup auratnya. tidak lagi terdedah sana sini. santunnya sudah terpelihara.
BPC, kembali jua kau ke jalan kebenaran! thanx syahmina :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment