Thursday, December 31, 2009

Sedekad selepas millenia

9.31 pm, 31 Disember 2009
lagi beberapa jam tahun 2010 akan tiba
tercapaikah sudah azam tahun ini?
Aku...aku sendiri pun da tak ingat apa azam aku tahun ini.
so, sepanjang tahun 2009 ini, banyak yang berlaku dalam hidup aku..
tirai 2009 aku dibuka dengan aku masih lagi di Kolej Matrikulasi Perlis.
Masa itu, aku sudah di sem akhir. Macam biasa lah, aku kena study sebab sem tuh adalah sem yang terakhir, dan aku struggle untuk dapat pointer yang baik. Alhamdulillah, April lalu, results aku keluar, dan aku dapat result yang ok lah juga.

27 Jun 2009...
Dunia baru bagi aku.. aku berjaya juga jejakkan kaki aku ke USM, Penang
memang aku mengidamkan kursus Sains Farmasi tersebut.
Setelah bertungkus lumus mendapatkan pointer terbaik, akhirnya berjaya juga aku mengikuti kursus tersebut.
Dan selamat sudah aku berada di sem 2..

2009..setelah hampir sedekad selepas millenia, banyak perkara yang indah dan buruk yang berlaku.
harap 2010 nanti dapat kita merubah norma, pemikiran dan tatacara hidup kita.
Malaysia kan negara yang bertamadun.. Jangan biarkan tamadun kehidupan hilang..
Yelah harap-harap tahun akan datang tiada lagi terpampang di dada akhbar tentang aktiviti mentongsampahkan anak-anak yang tidak sah. Tiada lagi acara menghisap dadah beramai-ramai, tiada lagi perlumbaan haram, dan macam-macam lagi aktiviti yang tiada faedah pada negara.

Dan bagi industri hiburan, terutamanya industri musik, diharapkan ramai anak-anak muda mencuba untuk menghasilkan karya-karya serta nukilan ikhlas mereka. Jangan hanya kerana indie semakin mendapat perhatian semua, anda anda semua berlumba-lumba untuk menghasilkan lagu, tanpa hala tuju dan hanya kerana nama. Tetapi, ekspresikan lah karya tersebut kerana ingin memartabatkan industri bersama. Begitu juga dengan acara seni yang lain. Harap semuanya berjalan lancar.

Akhir kata, jangan lupa ini malam - dalam jam 3 pagi, saksikanlah keajaiban dan kebesaran tuhan.
Mari beramai-ramai saksikan gerhana bulan. Dan jika berkesempatan, tunaikanlah solat sunat gerhana bulan..

SELAMAT TAHUN BARU 2010!!

Monday, December 28, 2009

my great Baby

alhamdulillah..
selamat juga adik aku yang paling bongsu, Ahmad Na'im menjalani pembedahan membuang tonsil pada Krismas lalu.
24 disember 09, beliau dan mama diminta ke Hospital Sg. Buloh untuk mendengar taklimat berkenaan pembedahan tersebut. beliau akan diberi suntikan bius dan di'tidur'kan. mungkin adikku kecil lagi, takut trauma melihat pembedahan tersebut. keesokannya, adikkku sudah dimasukkan ke wad- aras 8, bilik 8c.
Seronok! teruja! perasaan tersebut jelas tergambar di wajahnya. katanya "b suke tinggal kat hospital.." aku iyakan saja. yalah, adikku masih berumur 8 tahun. mesti beliau teruja dengan keadaan di wad.
Hohoho! sedang penganut Kristian menyambut Krismas, adik aku menjalani pembedahan. iya, ia hanyalah pembedahan minor, tapi aku tetap risau dengan keadaannya. "eqa, Doktor kate, lepas operation, b kene makan banyak aiskrim.best...". aku tersenyum. ingat lagi adik aku dengan pesan doktor. Benda sejuk dapat mencepatkan proses pemulihan. Jam 10 pagi, adikku dimasukkan ke operation theater. Pembedahan itu hanya mengambil masa 2 jam.
Aku di rumah ketika itu. Selesai pembedahan, aku gerak ke hospital. Aku menuju ke wad. Lega! adik aku tengah tidur. Mama kata, semuanya ok.
Tapi sayang.. Adik aku keluar wad pada hari Ahad, sedangkan aku wajib pulang ke USM. aku ingat dapatlah aku jaga adik aku. Tapi apa boleh buat, tiket sudah pun di beli.
28 Disember 09 - sms masuk. Adik aku, Na'im sms, mengatakan yang dia dah ok. Seronok dan lega aku dengar..tak sabar nak tunggu cuti, nak balik tengok adik aku. LOVE YOU,BABY.

Friday, December 25, 2009

gelodak jiwa muda

AHAD, 27 DEC 2009
taknak sampai tarikh dan hari tuh sampai
bosan ! tak sanggup nak kemas barang. benci nak unpack barang2 tuh
dan aku xsanggup nak berjauhan ngan family aku
yelah, dah berhibernating kat umah selama sebulan setengah
tapi ape buleh buat, name pun BELAJAR.
ahh!
gelodak jiwa muda aku mendambakan kehidupan yang relax dan tenang di rumah.
bukan maksud aku di usm tak tenang, tapi yelah bagi aku umpama tiada kehidupan
kehidupan bagi aku, kite relax,hangout dan buat mcam2 perkara yang seronok
belajar benda baru memang seronok, tapi aku tak suka keadaan yang terbeban
kene ulangkaji, study, buat assignments..
tapi, gelodak jiwa muda aku ni tak boleh diturutkan sangat
yelah, zaman sekarang ni, nak dapat kerja susah
siapa yang berjaya, akan maju kehadapan
kalau aku berfikir dengan pemikiran cetek macam ni, tak maju2 lah aku nampak nya.

Saturday, December 12, 2009

Tonton



2012 dan TWILIGHT NEW MOON
dua2 filem ni aku dah tengok.
and the latest aku tengok MY SPY, lakonan AC Mizal dan Harun Salim Bachik.
Aku ngan adik aku, Nana dan Shidah gerak ke OU. Hajat hati nak tengok 2012..sampai je OU, terus gerak nak g beli tiket.
OUW! dua panggung menayangkan 2012, tapi dua2 panggung tuh PENUH!
SEDIH! aku memang dah lama plan nak tengok filem tuh. Agak hampa lah tak dapat tengok sbb penuh. yang tinggal tayangan jam 9 mlm. aku malas nak tunggu lagi.
Aku pulang dan secara kebetulan, aku singgah ke Fasa 2, Bandar Puncak Alam.
Aik.. aku tak penah tahu pulak kat situ ade jual DVD pirate. Aku tanpa segan silu, singgah dan bertanyakan DVD 2012.
"Ade..gambar terang. tak tipu punye" kata penjual DVD tersebut, berumur 20 an.
Aku ape lagi, terus bayar, RM 6. Punye lah nak tengok 2012, malam tuh jugakk aku layan.
HUH! puas.
Twilight pulakk aku tonton bersama sepupu-sepupu ku. Saje ajak budak2 g tengok movie.
BEST! Edward Cullen sangat handsome, begitu juga Jacob Black. Cuma phasing cerita ni agak lambat berbanding Twilight yang lepas. Apa-apa pun, harap sekuel yang akan datang akan lebih menarik (wah! dah macam pengulas filem)
My Spy!!! kelakar. gandingan AC dan HSBC mmg best.
stroy line best. 4 bintang!

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers