Saturday, June 25, 2011

kahwin awal



gatal bebenar tajuk entry aku kali ini
hehehehe
gatal ke kalau nak kahwin awal?

semalam aku tengok FB kawan-kawan aku
rasa teruja bila tengok sesetengah kawan aku yang dah kahwin
siap dah ada dua orang anak!

aku, ada apa?
anak tekak je yang ada
itu pun nasib baik ada anak tekak
hehehe!

bagus kah kahwin awal ni?
atau kahwin awal ini hanya bawa banyak masalah?

sebenarnya, kahwin awal ke lewat ke
bukan lah kayu ukur sebenar kepada sebuah family yang bahagia
yang penting sebenarnya hati dan keikhlasan
dalam berumah tangga
kalau hati tak ikhlas, semua benda akan jadi susah

bukan hati dan keikhlasan sajah
yang penting sekali ekonomi kena kukuh
jangan nak jadi hipokrit sangat dengan kata duit tak penting
untuk bahagia
duit itu penting
yelah, dah kahwin nanti banyak tanggungjawab
dan banyak duit nak kena pakai
nak bayar duit rumah, duit kereta, duit bil air dan elektrik,
cukai pintu, duit belanja dapur dan bla bla bla
itu tak masuk lagi kalau sakit ke, atau nafsu nak
beli perabot baru, tv baru dan bla bla bla

so, ekonomi kena kasi kukuh
kang kalau asyik takde duit
mula lah bergaduh lah, merajuk lah, tertekan lah

pasal duit pula
para perempuan jangan harap kat lelaki 100%
kita kena lah sama-sama tolong diorang
ringankan beban sama-sama
tapi kalau dapat lelaki kaya-raya
biar je lah dia yang tanggung
hehehehe :p

bila dah ada duit
terserah korang lah nak kahwin awal
atau kahwin lewat
umur itu bukan suatu benda penting
yang penting persediaan kita untuk kahwin

tapi, kena ingat
jangan sibuk sangat cari duit sampai takde masa bersama
orang kata buat sesuatu itu berpada-pada
duit boleh cari, tapi kebahagiaan susah nak cari

dan lagi satu
bila nak kahwin
kepala otak kena lah kasi matang sedikit
tak kira lah lelaki ke perempuan
kalau macam budak-budak sangat
susah juga nak hidup berumah tangga


*ceh! dah macam pakar rumahtangga. hehehe!

******************************

sebab itu aku tak kahwin lagi.
ekonomi tak kukuh.

nak beli lipstick baru pun takde duit, lagi nak kahwin.

hehehehe :p


Wednesday, June 22, 2011

what women want

ini hanya dari side aku sajah
tak tahu lah perempuan lain kan
tapi menurut naluri kewanitaan aku
kebanyakkan perempuan yang sahih mempunyai 9 nafsu
akan nak salah satu apa yang aku nak ini
percayalah cakap aku wahai laki-laki



desired career



dream car
(pls..nak golf jugak)



nice house




diamond ring




healthy kids



suami yang kacak, handsome, romantik, pemurah, beriman, bertolak-ansur, kelakar, manis, bla bla bla



********************

wah!
tang suami kemain lagi.

yelah, nak buat teman hidup, kena cari yang betul-betul boleh jaga kita :)


Saturday, June 18, 2011

perempuan memang kena plastik

perlu ke perempuan jadi plastik?
maksud aku plastik dari segi rupa
kalau plastik dari segi perangai itu memang tak perlu
sebab jadi diri sendiri adalah yang terbaik

dan plastik dari segi rupa
bukan bermaksud kau kena cucuk botox lah
vitamin C lah, collagen lah dan sebagainya
tetapi plastik dengan make up

aku tak kata perempuan wajib make up
sebab make up ini bukan elok sangat
tetapi aku rasa
perempuan harus make up

tak payah lah make up tebal-tebal
sebab nanti nampak macam drag pula
cukup dengan sapu bedak dan sedikit gloss kan
at least muka itu takde lah nampak kusam sangat
and perempuan memang penting untuk nampak kemas
dan cantik

okeh, kat bawah ini
aku letak gambar simple make up
yang tak nampak over and nampak sangat natural
and night make up by Estee Lauder


ni muka original.
kusam kan?



natural look.



girly look.



fresh look.



night make up.
sexy!




simple sajah kan make up tadi?
tak perlu banyak-banyak
yang penting, cover muka dengan bedak
supaya kulit nampak flawless
bila kulit licin, muka pun nampak cantik :)


************************

tapi kalau muka cantik, perangai macam haram
tak kena juga kan kan kan.


Thursday, June 16, 2011

jom solat sunat gerhana!

PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI

1. HUKUM SOLAT GERHANA

Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )

2.CARA-CARA SOLAT

Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

3. CARA-CARA PELAKSANAANNYA

Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :

Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat
malam.

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua : Disebut dengan “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.

cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan.

Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah.
Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana
surah yang mampu).
Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua).
Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah.
Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.

Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna.
Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya.
Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

4. Waktunya

Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.

5.Tempat Solat

Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.


**********************

ehsan daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

KLIK SINI

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers