Friday, March 2, 2012

my LASEK surgery

HELLO BLOG WORLD!!

rasa macam dah lapan belas tahun tak blogging
takde benda nak cerita lah
kang merapu meraban kang, menyampah orang nak baca kan kan kan

okay, post kali ini
aku nak story pasal LASEK eye surgery
LASEK ni nama pendek bagi Laser Assisted Sub-Epithelial Keratectomy

beza LASEK dengan LASIK ialah
lapisan kornea yang kat luar sekali akan 'dikikis' dan dibuang
kikis tu takdelah maksudnya kikis guna pengikis ke apa
lapisan kornea tadi dah dilembutkan dengan alkohol
so, bila tisu mata tadi dah lembut
senanglah nak kikis (scrap) lapisan tisu mata tadi dengan scrapper


LASEK




LASIK



kalau LASIK pula
lapisan luar tadi akan 'dipotong' menggunakan microkeratome
pastu baru dia laser underlying layer

aku buat LASEK dekat Optimax branch Shah Alam, seksyen 15
aku buat under Dr.Norazlina Bachik Ng
dia memang dah expert buat surgery ini

okay, first step untuk buat eye surgery ialah appointment
masa appointment tu, dia tanya lah kita bila kita nak buat
eye check up

eye check up ni bertujuan nak check
ketebalan tisu mata, kekuatan mata and etc
macam kes aku, tisu mata aku tak berapa tebal
so, expert suggest aku buat LASEK
since LASIK tak sesuai untuk tisu mata yang nipis
untuk undergo which procedure adalah ditentukan oleh expert

and kita sebagai patient hanya boleh pilih
sama ada nak buat conventional ataupun custom
kalau kita pilih conventional, dia hanya laser mata kita sahaja
takpe any additional feature

kalau custom pula
additional feature nya adalah
dia akan betulkan glare (silau) terutamanya bila waktu malam

so, ayah aku decide untuk undergo custom
kalau taknak undergo custom pun takpe
nanti in case lah malam silau teruk sikit, boleh pakai specs
bila nak drive waktu malam

duration operation tak lama
lebih kurang 30minit
and procedure itu langsung tak menyakitkan
cuma masa dia laser mata, terbau benda terbakar lah
and lepas operation selesai
doktor akan pakaikan contact lens selama seminggu
untuk membantu pertumbuhan tisu mata yang dibuang tadi

lepas operation, kena pakai sunglass
sebab nak elak kena direct sun ray, kang mata lambat baik
kena selalu titik eyedrop sebab taknak kasi mata kering
common symptom operation ni cuma mata kering
but ada symptom yang lain
itu semua depends pada patients and selalunya nisbah
drawback sangat teruk tu terlampau lampau sedikit

lepas operation juga
pandangan tak akan directly sembuh
dia akan ambil masa
tapi tak lama pun
mata aku dah pulih dalam masa 2 minggu lebih je
vision juga akan fluctuate dalam process nak sembuh
tapi fluctuation tu tak lama pun

overall, LASEK ini selamat untuk dilakukan
and the good thing is
LASEK surgery ni cepat nak sembuh berbanding procedure lain
tak perlulah nak pakai sunglass lama-lama
seminggu lepas surgery, dah boleh nampak dengan baik


****************************

kadang-kadang, rindu pula nak pakai specs

11 comments:

pha is said...

mesti masa ko buat lasek tu, ko belom tengok lagi citer "final destination"... hahaha

eesyaheera said...

So sekarang dah totally clear lah mata? Tak perlu pakai spec? Wahhhh sila lah bagitahu berapa rm dia charge :P

eqacashperlala said...

pha is: hahaha..aku ada tengok..that's one of the reason kenapa aku lambat buat LASEK, sebab takut buta ke apa


Ee: dia takkan totally jadikan mata kita 0% power..tapi dia reduce..macam eqa, power sebelum ni 700++ untuk kiri and 500++ untuk kanan. after LASEK, power dah jadi sangat sangat low, which tak perlu pakai specs pun...charge rate tu depends pada procedure. LASIK mahal sikit (kalau tak silap) and kalau kita buat custom, kita tambah rm1k..overall cost eqa buat hari tu rm7k

si ngokngek said...

aku baca nie,rasa mcm seriau ja mata..so skrg mata kau okey lah kan..


eh pkai spec tue kekadang cute

Cik Madi said...

baguslah, kena jaga mata baik baik lepas ni. sama macam braces, nanti bila dah bukak, rindu sangat.

asfira aminuddin said...

ouh babe! teknik baru ke tuh untuk mata jadi tak rabun? hebatnyaaa. tapi mmg i terpikir apa dgn first komen u tuh. cite final destination kan ada pasal tyme bwat bwat mata nie. takot! hehehe.

eqacashperlala said...

ngokngek: so far okay..cuma kadang2 jadi kering laa... kannn... tapi nak buat macam mana, ayah aku suruh laser..tapi still aku boleh pakai yang low power punya :))


madi: yeah...kena jaga elok2..aaaa...braces aku lama lagi nak buka..ada masa lagi nak bermanja-manja


asfira: hahahha...memang seram pun.alhamdulillah...tak jadi apa2 yang teruk :)

Farra said...

Whee bestnya dah takyah pakai specs!

eqacashperlala said...

Farra: aha..best lah juga... :)

Anonymous said...

maaf ye nak tanya lama tak sakit lps buat lasek? proses sembuh utk lasek lg lama kan dr lasik?sbb lasek lg sakit kan.

eqacashperlala said...

Anao : nope. Seminggu je utk tissue recovery. Apa yg diberitahu, LASEK lagi cepat sembuh compared dengan LASIK.

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers