Sunday, September 1, 2013

berhenti

Kadang kala,
Aku mahu ke petak mula,
Dan mulakan dengan melangkah, bukan berlari,
Dan bila perlu, berhenti dan nikmati sekeliling

Dan kadang kala,
Aku harap, aku bukan aku yang sekarang,
Aku mahu jadi yang lain

Dan kadang kala,
Aku harap, bukan aku penyebab semua celaka
Kalau boleh, nak jadi pembawa tuah

Dan kadang kala,
Aku harap aku boleh jaga lisan aku,
Dan selamatkan berjuta hati manusia sekeliling

Dan kadang kala,
Aku mahu lari sejauh yang mungkin,
Lari daripada segala memori

Dan kadang kala,
Aku harap kita masih bersama,
Macam dulu

Dan kadang kala,
Aku perlu berhenti menyesal.

Ok, berhenti sekarang.


2 comments:

Fatin Rahmat said...

Nice one! La tahzan :)

eqacashperlala said...

fatin rahmat : thanks :) cuba untuk senyum :))

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers