Wednesday, March 31, 2010

kurang serotonin

aku rindu dia

ya
aku rindu dia
rindu yang teramat sangat

serotonin, tolong tingkatkan rembesan
tak mahu terus dibuai perasaan rindu ini

terima kasih.

Tuesday, March 30, 2010

hari-hari sekarang

perlahan..
tarik nafas dalam-dalam
fikiran melayang jauh
aku mahu kotak pemikiran ini kosong
sekosongnya..

perlahan..
nafas ku lepas
bersama segala beban dunia
kesengsaraan batiniah
penderitaan jiwa

seksa..
tidak mahu lagi terseksa
tuhan tolong
beri diri ini ruang
beri hamba kecilMu ini pedoman

jauh..
jauh sudah kaki ini melangkah
puas sudah mata ini melihat
penat sudah mulut ini bicara
banyak sudah telinga ini mendengar
namun tetap..
diri ini tidak berubah
masih insan yang lemah
hamba yang alpa
pencinta yang buta
perempuan yang penuh sengketa

berharap dosa diri segera pergi
pergi bersama hasad dengki
jua dendam berahi

hari-hari sekarang..
tidak datang tanpa semalam
tidak berulang masa datang

*haish!
mood tidak menentu
post pun melalut :))

Monday, March 29, 2010

semalam

semalam..
duduk menghala jendela
sore itu angin bertiup perlahan
nyaman..
muka dibelai halus olehnya
dingin...

menjeling ke arah jam tangan usang
ahh!
lambat lagi mahu bang
memerhati keadaan luar seketika
langit kian murung
tiada lagi keriangan cahaya matahari terik

perlahan, aku bangun dari kerusi itu
guruh tetiba muncul, melawat bumi tua
tersenyum halus
syukur.. hujan, kau turun jua
bumi yang gersang kini bermandi girang
titis mutiara yang singgah ke bumi menyaman sejuta ciptaanNya

mengharap kau datang
buat selamanya..

Alhamdulillah

Sunday, March 28, 2010

malam itu

lollipop ditangan,
kaki melangkah deras mendaki anak-anak tangga
malam itu bulan bersinar indah
menerangi malam dengan cahaya indahnya

lollipop dimulut,
duduk di tepian taman, menyaksi malam indah
malam sepatutnya kau harus bergelap
tetapi umat-umat degil tidak mahu kau bergelap
mereka tetap mahu berbasah bersama limpahan neon terang

biarkan mereka dengan hati besi mereka
mereka cemburu dengan kau bulan
sedang cahaya kau bersinar lebih indah dari neon-neon cilaka
aku tetap sayang kau
sayang kau sampai bila-bila

lollipop sudah habis,
bulan, kau di mana?
kenapa wujudmu hanya seketika?

cis! awan cemburu dengan mu
awan tidak mahu kau bersinar
awan tidak mahu kau menerangi malam itu
bulan hilang..
hilang disebalik awan cemburu
awan tidak memberi ruang untuk kau menyerlahkan keindahan kau

aku mula rindukan kau bulan
berharap kau jatuh ke riba
erat ku pelukmu
tidak biarkan kau lepas dari dakapanku

tapi, aku pasti kau tidak mahu turun ke bumii
bumi yang penuh noda
penuh dosa
tidak pantas untuk kau berlabuh ke sini
tak mengapalah bulan
beradu lah kau di atas sana
sanalah tempatmu

********************************************************************

"Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku


Tanpa dia malam menemani
Sepi memelukku


Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku ..." (Khalil Gibran)





Friday, March 26, 2010

malas rajin malas malas

tahniah!
malas kini juara
dahulu beliau di tempat kedua
tapi kini, dengan usaha beliau menghasut makhluk dunia
beliau kini johan acara

rajin kini menyepi
menyembunyikan diri
sukar untuk di ajak jalan sama
di ajak berbual pun tidak mahu

taknak!
rajin nak duduk diam-diam
bagi peluang sama malas untuk bermaharajalela

rajin sudah penat kah?
tolong! jangan penat sekarang
penat nanti-nanti ya
bekerja dahulu, baru berehat

malas!
jangan bertindak sekarang
nanti-nanti baru menyerang
bagi peluang rajin membuat langkah pertama

haish!
harap-harap rajin dan malas dapat bekerjasama

Thursday, March 25, 2010

huh?

tadi punya test praktikal dosage
agak bersungguh-sungguh malam itu aku menelaah
segala formula dose untuk kanak-kanak aku hafal
segala pengiraan untuk membuat emulsion aku kaji
semua masalah pengiraan untuk membuat pencairan aku belajar

TAPI...
akhirnya, semasa mahu mengira perskripsi untuk membuat suspension untuk orang dewasa, aku GAGAL

untuk preskripsi pertama, pengiraan untuk buat krim itu simple sajah
tapi apabila tiba yang kedua, mula petak

salah pengiraan, maka ubat yang disediakan itu dapat kosong kerana salah dos
aku mengambil jalan senang, tak perlu bikin suspension itu
aku siapkan krim sajah

maka, Rafiqah Bt Ahmad Rijal hanya menghantar botol krim, berat 20g dengan 100mL botol kosong

SEKIAN

Monday, March 22, 2010

titik peluh

Setelah bertungkus-lumus selama sehari setengah, maka pada jam 1.15 pagi, saya Rafiqah Binti Ahmad Rijal telah pun menyiapkan PNS lab report saya.

fuhh!!
berdarah perasaan aku kena bertungkus-lumus buat report sendiri
dah selalu sangat copy cat kerja makhluk-makhluk skema yang lain.

bahhahaha!

konklusi: bisa tidur nyenyak! zzzz

Friday, March 19, 2010

bingung


Apa yang kau nak dari aku sebenarnya??
Aku bermonolog sendirian
Kebingungan seorang diri

Apa yang kau nak dari aku sebenarnya??
Kalau kau suka, kau cakap yang sebenarnya
Kalau hanya nak mainkan perasaan aku, cakap sejujurnya
Jangan buat aku macam orang tak siuman
Jangan buat malam-malam aku tidak indah
Jangan buat hari-hari aku terasa suram

Apa yang kau nak dari aku sebenarnya??
Kau buat aku gembira
Aku harap ia kekal lama
Bukan angan aku semata

Apa yang kau nak dari aku sebenarnya??
Tolong bagi aku jawapannya
Tolong katakan kebenarannya
Tolong, aku mohon...

Wednesday, March 17, 2010

epiphone sg vintage white


PERHATIAN!!
saya sedang mencari gitar ini, model Epiphone SG Vintage White
sesiapa yang tahu tentang model gitar ini, sila email saya: saka_suflakee@yahoo.com. subject gitar okeh
saya nak tahu berapa harga instrumen ni sajah
ahha! mahu kira bajet serta belanjawan.

tolong ye..
nak hadiahkan dekat kawan untuk birthday dia nanti

TERIMA KASIHHH.

Sunday, March 14, 2010

hey ladies!


izza, zaty, eqa dan jay!
semuanya berjalan-jalan, habiskan duit, buang sedikit masa, tonton wayang
seronok, siyes!

sampai sajah di queensbay, wajib ke atm
dan terus ke GSC, beli tiket 'Alice In Wonderland'
selepas itu, tiga-tiga wanita (tidak termasuk aku okeh)
ke Roxy, beli handbag dan baju
gila lah budak-budak ini shopping
semuanya berRoxy belaka
kaya lah tokeh kedai tu

malam pula, lepak minum sambil mencarut-carut
cakap merepek-repek, gelak macam syaitan, umpama hilang pedoman
tapi, secara konkulsinya semua ceria, hyper, suka, gila dan ober you..

ahha! sukanya bila dia ceria :)

Wednesday, March 10, 2010

bila bendi disanjung tinggi

sekarang semua gila bendi
semua nak bendi
hari-hari sangap bendi
dulu bendi dipandang sepi,
jalan sebelah buat tak paham sajah
sekarang, dari jauh puja bendi
bila dekat, teruja dengan bendi

haish!
sedang bendi berbulu dan berlendir
semua tidak kesah
janji dapat bendi
dapat dakap bendi

tebu,
tidak mahu ambil pusing
beliau sudah ditebang
dibuat gula oleh seseorang

sedang labu sudah ditebuk orang
malas nak makan labu
cepat muak!

sekarang semua orang nak masak bendi
bendi goreng, bendi celup tepung, bendi masak lemak
semua BENDI lah
hari-hari bendi pun takpe
janji dapat nikmati bendi yang lazat
:))

Monday, March 8, 2010

cibai

sumpah aku rasa nak menyumpah
penat siot!

malam itu jam 10.30pm bergerak ke MSU, Shah Alam
ada National Pharmacy Sports Carnival(NPSC)
tahun ini MSU anjurkan
last year UITM Shah Alam
sampai di Restoran Jejantas Sg.Buloh jam 4pagi
siyes ngantuk cam haram
tidur sebentar sampai jam 6pagi
terus bersiap untuk ke Kompleks Sukan Negara Seksyen 21
penat!!!

tak cukup tidur
mitochondria tidak dapat menghasilkan ATP secukupnya
badan lemah-lemah
jam 11pagi terus punya game netball
main macam anak ayam
mengelabah!
kalah dengan UIA

tapi aku berjaya pulang ke rumah sebentar
best!!
dapat tidur dengan lena
dapat makan sedap
walau sekejap pun, okay lah en
malam itu diberi makan nasi lemak
hari itu diet aku tidak teratur
ini makanan yang diberi punya pasal

itu malam pulang ke Penang jam 10.30pm
sampai di bumi USM pada jam 3pagi
harus menapak, mendaki bukit RST
bodoh!
bapak penat!

esok itu pula punya career talk
haih!
tak cukup tidur
tapi harus pergi..

Thursday, March 4, 2010

penternakan

ahhh!
tensi gile!
penat lah kalau macam ni
eksesais umpama jaguh bina badan
berlari umpama asafa powell
semua aku dah buat
segala tubuh, otot, tulang belulang sudah bergerak
segala jenis hormon dirembeskan
semua jenis toksik disingkirkan

TAPI!
semua itu tak berbaloi
makhluk ternakan tetap membesar
malah makin membesar
semalam sudah semak keadaan ternakan aku
fikir makin kecil, sudah mahu senyum bangga
tapi rupa, senyum hampa

aku sepak alat semak ternakan itu
sepak lagi sekali
baru puas
umpama beraktiviti untuk tambah lagi bilangan ternakan
umpama aktiviti pemangkin kesihatan ternakan ini
benci
selama berminggu-minggu
itu hasilnya
kecewa, penat, kecewa lagi, penat lagi


baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers