Saturday, December 1, 2012

Mungkin

Mungkin aku ni selalu sangat tak serious
Sampai kalau aku cakap benda serious pun orang anggap main-main

Tak semua faham aku
atau aku yang complicated sangat?

Aku perlukan rumah
Perlukan mama, ayah, adik-adik aku
Mungkin untuk seorang yang selalu main-main macam aku
Cakap pasal homesick atau nak balik rumah perkara yang sangat lawak
Pada mereka, mungkin

Tapi tidak bagi aku.

Dan mungkin, pada mereka untuk seseorang macam aku mengaku kalah
adalah perkara yang sangat main-main.

Tapi tidak bagi aku.

Thursday, August 2, 2012

ehem



tahun akhir.
seksa juga nak sampai sini.

well, HELLO FINAL YEAR!
PLEASE BE GOOD.

Monday, June 18, 2012

18,000 dalam 1

lamanya tak update blog
last update masa habis 1st paper hari itu
dan disebabkan dah banyak hari tak update
maka kita akan buat combo update
hehehe!


1. Combo Set A


exam berjalan seperti biasa
disebabkan exam banyak paper petang
malam itu boleh selit sekali time untuk tengok bola

oh ya!
aku takde lah minat sangat-sangat bola tu
minat pun sebab ada player yang aku suka je pun

and team aku mestilah La Roja !
second team aku team Germany


kenapa Spain dengan Germany?
Sebab Spain ada Ramos and Germany sebab ada potential nak menang
So Vamos Espana ! Go Germany !


2. Combo Set B


Hari tu Jose Mourinho datang Malaysia
and aku jeles sangat sebab PM dapat jersy RM siap ada tanda tangan ok
aku punya lah berkira-kira nak beli jersy RM yang baru
PM siap boleh dapat free je kowt

ni baru Mou yang datang
kalau player dia yang datang
berdarah hidung lah aku

jeles much


3. Combo Set C







meet my baby cactus, Ramos !
Nama panjang dia Muhammad Ramos Talhah
ya i know, i know
bunyinya sangat lame

tapi, ada aku kisah?
hahahaha!

Ramos dah tumbuh stalk baru
hari-hari aku akan cakap-cakap dengan dia
mak aku cakap, kalau kita rajin cakap dengan pokok
nanti dia tumbuh elok

so, ini lah hasilnya !
Ramos yang sihat ! :)


ok, tu je lah pun
combo-combo yang ada
takde lah sampai 18,000 perkara pun
18,000 patah perkataan, mungkin?

so, nak out
nak study CNS



Tuesday, June 12, 2012

otak sewel


12/6/12 : Analytical chemistry 2

13/6/12 : Forensic pharmacy and ethic

14/6/12 : English

15/6/12 : Gastrointestinal system and therapy

18/6/12 : Drug and society

20/6/12 : CNS and therapy

21/6/12 : Pharmacognosy 2

22/6/12 : Dosage form design 2



hoyeahhhh!!
satu paper dah pun lepas
ada lagi 7 papers nak kena hadap
dan selama itu aku akan sewel

oh oh!
paper tadi SUSAH
maksud aku, S.U.S.A.H

apa yang aku sungguh-sungguh baca
nan hadoooooo
masa aku buka je question booklet
aku macam &#%*)!$!

memang sangat-sangat tak cool
mungkin aku kena repeat paper tu
baru ingat nak bakar notes kimia tu
tapi memandangkan akan stuck dengan paper tu
tak jadi nak bakar

malam ni kena gigihkan diri
selak buku forensic pharmacy
tak boleh negative sangat
kang esok tak boleh nak jawab


Monday, May 28, 2012

budak mengada

27 Mei 2012, 11.55 pm

Bf called
bajet beliau akan jadi orang pertama yang wish
birthday perempuan gedik
rupa-rupanya beliau hanya tanya pasal FB =,=

Lepas habis call, message bf
poyo-poyo merajuk
message bf macam ni 'Sedihnya hari ni. thanks sangat-sangat..'
bajet Bf sedar akan kesilapan diri sendiri
rupanya tidak!

Bf masih tidak tahu
kenapa perempuan gedik ni merajuk
last-last kena juga ingatkan bf pasal birthday diri sendiri =,=

Bf called
taknak angkat, tanda merajuk
check inbox
penuh dengan message-message best

tak lupa juga kat FB and twitter
bahagianya ada kawan-kawan :)


28 Mei 2012

ada kelas English pukul 8.00 am
ikut hati malas nak pergi
tapi kasihan pula dekat teacher

habis kelas English
pergi print etc
and singgah Pusat Farmasi
nak amek poster
amek kesempatan belanja diri sendiri
lipstick harga RM9.90
yeaa, memang murah
tapi no allergic reactions, kira okay laa
hahahaha

pukul 3 pm ada kelas drug and society
habis kelas, Nia ajak pergi secret recipe
nak order cake untuk teacher dia
and and Nia belanja Choc indulgence
thanks :)

Jebat pula ajak pergi makan Old Town
and and dorang, especially Nabilah belanja makan
thanks :)

oh yaa..
Jay dah kasi hadiah in advanced
thanks :)

thank you Shahril ♥
thank you Nia, Nabilah, Jay, Jebat, Shahir, Azman
thank you semua
thank you
thank you
:)



still, Ramos dengan Silva tak wish birthday aku
am i asking too much ?

Friday, May 18, 2012

7:09 pm ; 18 May 2012

hola todos!

wah!
sejak lapan ratus tahun tak berblog
dah pandai cakap spanish pulaa

fuhh!
dah lama gila tak menaip
dah lama gila tak membebel
dah lama gila tak mengarut
dekat blog

well
hari ini ada nawaitu nak blogging pun
sebab dah tak tahu nak buat apa
bosan..
nak study, malas gilaaa..

ouh ya,
esok aku ada trip pergi herbal forest
educational gila trip tu kan?
hati ni kuat mengatakan tempat tu akan jadi tempat yang sangat bosan

and and
aku malas nak bergerak
aku nak duduk dalam bilik
nak habiskan baca novel(s)
nak baring-baring
nak bersenang-senang

12 jun aku dah start final
12 jun okayhh
satu benda pun aku tak study lagi
ni haa jadual exam aku:


12/6/12 : Analytical chemistry 2

13/6/12 : Forensic pharmacy and ethic

14/6/12 : English

15/6/12 : Gastrointestinal system and therapy

18/6/12 : Drug and society

20/6/12 : CNS and therapy

21/6/12 : Pharmacognosy 2

22/6/12 : Dosage form design 2


dua-ibu-jari-naik =,=


SR4 

Tuesday, April 10, 2012

Al-Fatihah

Al-Fatihah aku ucapkan kepada
rakan blogger aku, Huda (hudAoki)
yang pulang ke rahmatullah akibat paru-paru berair

rasanya baru je minggu lepas
aku tweet dengan arwah
arwah selalu cakap yang dia sakit
arwah selalu kata dia selalu rasa berdebar-debar
tak sangka sangat-sangat
arwah dah pergi.

dan baru-baru ni juga
ayah kawan aku, Faten Naquiah
pergi mengadap Illahi akibat heart block

Al-fatihah untuk kedua-dua arwah
semoga roh mereka dicucuri Allah, amin..

---

Bila bercakap soal kematian
aku terus-terus rasa takut
aku takut yang aku tidak sempat bertaubat kepadaNya
pergi dalam keadaan yang tidak sedia

tapi,
aku ni hanya manusia biasa
selalu leka
selalu alpa

aku takut aku mati tanpa sempat jumpa mak ayah aku
tanpa sempat memohon ampun padaNya
tanpa sempat selesaikan apa yang sepatutnya
aku takut. aku takut.

Ya Allah
kau berikan aku hidayahmu
semoga aku dapat menjadi hambaMu yang solehah
dan sentiasa ingat akan kematian
amin..


Friday, March 30, 2012

feeling feeling

aku adalah orang yang jarang sekali cerita
pasal love story aku
jujur aku cakap
aku malu nak cerita pasal dia


bukan sebab aku malu dengan dia
tapi aku rasa love story bikin orang meluat


*mungkin sebab aku kadang-kadang meluat dengan orang yang suka cerita pasal bf dia*


tapi kali ini aku rasa aku nak cerita pasal dia
but not expressing my love or what
just nak cerita something...


after 7 years together
takde benda lain yang aku expect dari dia
selain get married
sumpah aku cakap
aku dah malas nak fikir pasal laki lain ke apa ke
yang aku fikir sekarang
settle down dengan dia


but the thing is
kadang-kadang aku rasa
macam nak give up pun ada
sometimes aku rasa penat
nak keep things going on


dan dan
haruslahh kalau dah 7 tahun kawan
mesti rasa kosong je
maksud aku tak macam fresh couple
selalu dating, keluar makan ke apa ke
dan part paling tak best
dia jauh gila dari aku
nak call pun susah
nak jumpa, lagi lah...


bila jarang jumpa and contact ni lah
macam-macam boleh jadi
emo semacam lah apa lah
betul-betul dugaan


sekarang ni..
aku hanya boleh berdoa
and go with the flow
kalau ada jodoh, adalah
kalau takde, nak buat macam mana kan....


**********************************

pelik gak cerita pasal feeling kat blog

Thursday, March 22, 2012

surprise

Malam itu kau beri aku kejutan
Kau belah dada kau
Lalu kau beri aku hati kau.

Masih berdarah.

Dan hati itu
Bertatukan nama aku.



"walau kau jauh,
ku berjanji kan terus tunggu,
dipisah lautan biru,
ku mahu kau tahu,
aku kan terus menunggu"


Saturday, March 17, 2012

yang kanan, bagi kiriku

malam itu
bagi aku malam yang sempurna
malam di mana, kita semua ketawa

kadang-kadang, aku takut
kalau-kalau hidup aku ini kosong
tanpa ketawa

terima kasih ya Allah
untuk jiwa-jiwa yang menyenangkan :)

Tuesday, March 13, 2012

3.40am

di antara aku dan kau
ada satu jarak yang sangat jauh.

sangat jauh.

jasad kita mungkin terpisah
tapi tidak hati kan?

aku rindu kau.
serius, aku rindu.


**************

LDR is killing me, very softly.
i wish i could call you.
:'(

Monday, March 5, 2012

kita sudah darjah satu

Alhamdulillah..
dah 7 tahun kita 'in a relationship'
kalau kita ada anak, anak kita dah darjah satu :p



**********

ilysm :)

Friday, March 2, 2012

my LASEK surgery

HELLO BLOG WORLD!!

rasa macam dah lapan belas tahun tak blogging
takde benda nak cerita lah
kang merapu meraban kang, menyampah orang nak baca kan kan kan

okay, post kali ini
aku nak story pasal LASEK eye surgery
LASEK ni nama pendek bagi Laser Assisted Sub-Epithelial Keratectomy

beza LASEK dengan LASIK ialah
lapisan kornea yang kat luar sekali akan 'dikikis' dan dibuang
kikis tu takdelah maksudnya kikis guna pengikis ke apa
lapisan kornea tadi dah dilembutkan dengan alkohol
so, bila tisu mata tadi dah lembut
senanglah nak kikis (scrap) lapisan tisu mata tadi dengan scrapper


LASEK




LASIK



kalau LASIK pula
lapisan luar tadi akan 'dipotong' menggunakan microkeratome
pastu baru dia laser underlying layer

aku buat LASEK dekat Optimax branch Shah Alam, seksyen 15
aku buat under Dr.Norazlina Bachik Ng
dia memang dah expert buat surgery ini

okay, first step untuk buat eye surgery ialah appointment
masa appointment tu, dia tanya lah kita bila kita nak buat
eye check up

eye check up ni bertujuan nak check
ketebalan tisu mata, kekuatan mata and etc
macam kes aku, tisu mata aku tak berapa tebal
so, expert suggest aku buat LASEK
since LASIK tak sesuai untuk tisu mata yang nipis
untuk undergo which procedure adalah ditentukan oleh expert

and kita sebagai patient hanya boleh pilih
sama ada nak buat conventional ataupun custom
kalau kita pilih conventional, dia hanya laser mata kita sahaja
takpe any additional feature

kalau custom pula
additional feature nya adalah
dia akan betulkan glare (silau) terutamanya bila waktu malam

so, ayah aku decide untuk undergo custom
kalau taknak undergo custom pun takpe
nanti in case lah malam silau teruk sikit, boleh pakai specs
bila nak drive waktu malam

duration operation tak lama
lebih kurang 30minit
and procedure itu langsung tak menyakitkan
cuma masa dia laser mata, terbau benda terbakar lah
and lepas operation selesai
doktor akan pakaikan contact lens selama seminggu
untuk membantu pertumbuhan tisu mata yang dibuang tadi

lepas operation, kena pakai sunglass
sebab nak elak kena direct sun ray, kang mata lambat baik
kena selalu titik eyedrop sebab taknak kasi mata kering
common symptom operation ni cuma mata kering
but ada symptom yang lain
itu semua depends pada patients and selalunya nisbah
drawback sangat teruk tu terlampau lampau sedikit

lepas operation juga
pandangan tak akan directly sembuh
dia akan ambil masa
tapi tak lama pun
mata aku dah pulih dalam masa 2 minggu lebih je
vision juga akan fluctuate dalam process nak sembuh
tapi fluctuation tu tak lama pun

overall, LASEK ini selamat untuk dilakukan
and the good thing is
LASEK surgery ni cepat nak sembuh berbanding procedure lain
tak perlulah nak pakai sunglass lama-lama
seminggu lepas surgery, dah boleh nampak dengan baik


****************************

kadang-kadang, rindu pula nak pakai specs

Tuesday, February 14, 2012

jauh dekat, dekat jauh

buat masa sekarang
aku harap sangat aku punya 'pintu suka hati'
sebab senang aku nak jenguk kau





ya. engkau.
engkau yang jauh.

tapi dekat di hati.






Thursday, January 26, 2012

cookie monster

sumpah kau ni macam biskut
kejap ada, kejap takde

boleh tak kau sentiasa ada depan mata aku?

tak boleh?

ok, fine.

**********************

dah lama tak blogging =,=

Sunday, January 15, 2012

yang sebelah lagi



siapalah kita untuk memiliki setiap yang kita mahu

ahh!

aku mahu kau
tersangat mahu

tapi tidak memiliki kau
mungkin yang terbaik

terbaik untuk kau mungkin.

ahh!

perasaan aku dikurung engkau
kau dah dapat apa yang kau nak
sedangkan aku.....




mungkin tiba masanya
aku terima segalanya

walaupun aku tidak memiliki engkau
tapi kau dah memiliki hati aku


sumpah aku tak kasi orang lain
sumpah!

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers