Tuesday, November 22, 2011

siapa betul, siapa salah?

Ketika itu waktu malam.
Aku terjaga daripada lena selepas mimpi indah
Tak mahu menjengah ke dalam lenaku.

Sunyi. sangat sunyi.

Hanya gelap yang aku lihat
Hanya dingin yang aku rasa.

Aku bingkas bangun.
Aku cari bulan yang tak pernah lupakan aku.

Indah. sampai aku lupa segalanya.

Sekarang hanya ada aku dan bulan.
Aku cakap pada bulan, aku mahu hidup tanpa masalah.
Tapi bulan kata aku tak mungkin aku dapat lari daripadanya.
Sebab manusia itu sendiri yang ciptanya.

Aku diam.

Lalu aku kata
aku mahu hidup tanpa manusia,
tanpa jiwa yang busuk.
Bebas daripada segala masalah.

Bulan jawab,
tak ada satu jiwa pun yang tak berteman.

Aku marahkan bulan!
Aku kata, aku bisa hidup sendiri tanpa jiwa yang satu lagi.

Bulan mungkin betul
tapi aku tak mungkin salah.
Tak mungkin!



***


Kini aku terduduk pegun di satu sudut.
Sudut di mana aku menangis tanpa jiwa yang satu lagi.
Bulan mungkin betul,
dan aku mungkin salah.

Mungkin.

8 comments:

asfira aminuddin said...

babe, hidup sebagai manusia mmg tak lari dari masalah. i hope u kuat hadapi cabaran daripada-NYA.

btw, kita still bole keep in touch kat facebook kan? keep blogging babe :)

Pha Is said...

hasil nukilan ko ke..?? setail..!!!

eqacashperlala said...

asfira: yup. memang betul. takde masalah, bukan kehidupan namanya. yaaa, kita jumpa kat fb eyh.. :DD


pha is: yup :) thankss!

Ninaa. said...

bahagia itu kita yang cipta babe. so be cool.

eqacashperlala said...

ninaa: betul. sangat tak cool rasanya kalau hidup takde teman. teringat aku dekat cita Radit & Jani. bahagia itu kita yang cipta.

Anonymous said...

kite hanya kuat bile kite ade seorang disisi

Nctrnl said...

suka baca buku puisi/sajak ker?

eqacashperlala said...

pieja: sangat betul ! :)


iniamal: boleh lah.. lebih suka cerita2 pendek indie. sajak2 ini kurang sikit :p

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers