Thursday, September 26, 2013

buta warna takpe, jangan buta hati

wah!
kemain jah!
satu malam, 2 entries terus

ok ok
aku bosan sebenarnya
then aku ternampak post pha is pasal colour blind test

maka,
aku mahu menguji ke-terel-an mata aku

so, ini result test aku

 see!
score aku teruk juga lah


overall, not that bad.


so, kalau korang rasa-rasa nak TEST ke-terel-an mata korang
silakan lah :)

tandus

sudah berjaya delete gambar-gambar
siap terdelete background dan recent photos

at least yang lama-lama dah delete
phew !

Wednesday, September 25, 2013

garis mula



Alhamdulillah..
Status terkini : siswazah

Aku ingat lagi cikgu BM aku kat USM
Pernah tanya, apa beza antara graduan dan siswazah?
Masa tu zaman sengal bebal
Aku bajet graduan tu lepasan degree
Siswazah tu lepasan master

Rupa-rupanya,
Graduan tu term semasa bergraduasi
Lepas habis convo, kira jadi siswazah lah
Hahaha!

Thanks mama and ayah
Thanks sebab jadi parents yang sangat cool
Mak aku selalu pesan "kau nak belajar, belajar. Taknak, lantak kau"
It does sounds harsh, tapi ayat sentap tu
Pandai-pandai lah kau fikir, masa depan kau.

Ayah pula, selalu cool je bila result aku kelaut
Kalau aku fail apa-apa subjek
Dia mesti cakap, "nanti, cuba je la lagi. Tak payah fikir sangat"
Dan ofkos lah, aku tak fikir apa benda pun
Hahaha!

Thanks kawan-kawan
Sebab selalu ada masa susah and senang
Terutamanya GG
GH pun sama gak
Takut merajuk pula kalau tak mention :p

Thanks ♥ sebab selalu ugut kita
Kalau tak passed, tak kahwin
Serious takut
Sebab titew nak tawennnnn
Hehehe..

And the greatest thanks to Allah
Sesungguhnya Dia lah pemberi rezeki dan kejayaan
Alhamdulillah.. Alhamdulillah

It's not the end
But it's the beginning
Garis mula kepada hidup yang lebih serious
Garis mula kepada karier aku
Garis mula kepada kehidupan bayar bil sendiri
Garis mula kepada gaya hidup yang busy
Garis mula kepada tanggungjawab terhadap patients

Senang cerita,
Turning point ke alam kakak-kakak

Takpe, go with the flow kan?
Wish me luck, people!!

Wednesday, September 4, 2013

tammat

TAMMAT.
THE END.
FIN.




Thank you Allah.
Thank you for this precious gift.

Aku repeat paper
Tapi Alhamdulillah,
Ada juga rezeki aku nak bergraduasi

Cepatnya masa berlalu
Rasanya baru je aku beratur nak ambil gambar student ID aku
Rasanya baru semalam kenal dengan coursemates aku
dan rasanya baru semalam aku datang kuliah

Rindunya zaman belajar
Rindunya zaman tak dengar kuliah
Rindunya zaman lepak dengan kawan-kawan
Rindunya zaman makan dekat kafe
Rindunya zaman pergi clerkship
Rindu semua tentang USM

Jumpa nanti, 22 September
Insha Allah

Sunday, September 1, 2013

berhenti

Kadang kala,
Aku mahu ke petak mula,
Dan mulakan dengan melangkah, bukan berlari,
Dan bila perlu, berhenti dan nikmati sekeliling

Dan kadang kala,
Aku harap, aku bukan aku yang sekarang,
Aku mahu jadi yang lain

Dan kadang kala,
Aku harap, bukan aku penyebab semua celaka
Kalau boleh, nak jadi pembawa tuah

Dan kadang kala,
Aku harap aku boleh jaga lisan aku,
Dan selamatkan berjuta hati manusia sekeliling

Dan kadang kala,
Aku mahu lari sejauh yang mungkin,
Lari daripada segala memori

Dan kadang kala,
Aku harap kita masih bersama,
Macam dulu

Dan kadang kala,
Aku perlu berhenti menyesal.

Ok, berhenti sekarang.


baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers