Friday, November 26, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA !

ayuh JOIN beramai-ramai.


setelah aku telah saya-suka-blog-awak-la oleh cik ML
aku pun menggatalkan tangan dan jemari aku
untuk melakukan segment ini
sebagai tanda kesukaan dan keterujaan terhadap blogger-blogger
yang berjaya menceriakan hari-hari aku


akal tunjang


Hiro the kelakarman.


bl0g ini memang blog-paling-aku-suka woh!
sebab Hiro (si tukang cerita) sangat lah lawak
aku rasa kalau dia masuk Raja Lawak, aku sanggup habiskan
beriban-riban duit untuk undi mamat ni lah
blog dia selalu cerita pasal cinta imaginasi
kisah suami isteri yang bahagia, duduk area Pavi atau mungkin MidValley
blog dia juga sangat imaginatif dan dia sangat kreatif dalam
buat jalan cerita yang best dari best!


MiSzLuLLaBy



cik ML comel :)


blog ML ni BEST-GILA-SAMPAI-SELALU-TUNGGU-BELIAU-UPDATE
cik ML ini calon menantu kesayangan dan pilihan
sebab beliau bijak, comel, bergaya, pandai make up, pandai masak, pandai baking dan pandai segala
kepada para lelaki, sorry to say
beliau tunangan orang
blog ML ni sangat diverge
blog ni cover cerita dari baking, masakan, daily life, make up dan kawan-kawan
dan bonus point untuk blog ini ialah cik blog yang sangat peramah and very down to earth.


Vibes



Mohd Muzamel a.k.a Juice.


blog ni memang two-thumbs-up-up
blog ini banyak cerita pasal si Juice dan juga rakan-rakan
yang membuatkan blog ini sangat style ialah gaya penulisan dia
simple yet nice
Juice juga sangat honest dengan perasaan
kalau dia rasa dia tak suka atau tak setuju
dia akan view point dia tanpa peduli kata-kata busuk orang lain


L.O.V.E




cik Ain yang manis kalah guleww.


blog dia ini best sebab banyak gambar
bukan gambar porno atau lucah tahu
tapi gambar cik Ain yang comel gila!
aku yang perempuan pun boleh terpana melihat keayuan dan kecantikan wajahnya
ini kan pula lelaki kan kan kan
blog dia best sebab dia ini sempoi
nampak sajah lawa dan ayu macam ni
tapi penulisan dia sangat simple dan sempoi
ouh ya, beliau sudah mempunyai Encik Kesayangan
so, lelaki jangan nak menggatal!


Lyana Hisham




Cik Lyana Hisham yang ayu.


aww~
beliau sangatlah comel dan ayu 100x
beliau ni sopan sajah
senyumnya, gayanya
blog beliau best sebab beliau selalu cerita pasal beliau, family dan ehem ehem
penulisan beliau sangat lah kemas dan sopan sajah
jadi kalau baca rasa best sajah.


****************

siapa nak join segment, dipersilakan.
ouh, kepada cik ML, terima kasih sekali lagi sebab listkan saya.
aww~

Wednesday, November 17, 2010

hari raya mana boleh bersedih. senyum lebar-lebar lah baru style!

tipikal manusia lah kan
bila sedih-sedih
mula lah sedapkan hati sendiri dengan berkata
"eh, rilex lah weyh! chill lah. jangan sedih-sedih. tak style.."

tak style lah sangat
cakap je lah sedih sebab tak dapat balik raya
tapi raya dekat USM ni kira okehlah lagi kan
kalau nak banding budak-budak dekat overseas
lagi sedih ye tak
dah lah jauh beribu batu
setakat aku dekat Penang ni
apalah sangat

lepas siap solat Subuh
terus mandi
pakai baju raya
terus jalan kaki pergi masjid, sembahyang raya
sembahyang raya dekat masjid USM ni
rasa macam sembahyang raya dekat UAE
orang Arab pun dah nak sama ramai dengan rakyat Malaysia
konon-konon rasa macam sembahyang dekat masjid overseas pula
hehehehe!

bersyukur lah sangat-sangat hari ini
sebab hari ini rakan-rakan seperjuangan
masak rendang ayam!
sedap-gila-sampai-menjilat-jari rendang ayam itu woh!


on the way ke embassy masjid.
muka saya tak nampak. sekian.



wajah-wajah ceria.




sebahagian kambing biri-biri yang bakal disembelih.



makanan kami di pagi raya.
sorry lah. kitorang takde bekas lawa-lawa macam Vantage atau Corelle.



rendang ayam.
lazat!



chef khas pagi raya ini, Hunalis Huda.


sebelum di lodehkan.


tadaaa!
selepas ter lodeh.


********************

ni rakan saya, Farah Asma' Marcello.
single, rajin, penyayang.
sila berkenalan dengan beliau.
hehehe :p

Tuesday, November 16, 2010

try lah cincang air 80 kali. takkan putus punya.

okeh!
tak perlulah nak ulas panjang lebar pasal cincang air ni
semua rakyat malaysia tahu dah
yang air dicincang, takkan putus
even kalau pakai pedang samurai

tadi selepas makan tengah hari
aku pun online lah
al maklumlah
konon nak release tension exam paper pagi tadi

semasa sibuk online
adik aku yang last sekali IM aku dekat FB
teruja lah sekejap aku kan
yelah, rindu kot dekat si gemok tu. hehehe.

adik aku aka nama timangan beliau, Baby
mengadu dekat aku pasal adik aku yang lagi 2 orang tu
dia cakap "kakak nana dengan kakak shidah jahat"


aku pun tanya lah kenapa cakap macam tu
si Baby ni pun cakap lah
"diorang suka marah b dengan abang"
alololo~
kesian gila aku dengar
dah lah mak ayah aku takde
adik aku yang 2 orang itu buli adik aku yang kecil ni

okeh!
Jumaat ini aku sudah pulang ke rumah
boleh lah aku jaga adik-adik aku dekat rumah
yelah, yang Shidah itu nak SPM kan
jadi terpaksa aku jadi surirumah sementara tunggu mak aku balik
nak buat macam mana
kata kakak sulung
cool kan kena jaga adik-adik :p


diskusi virtual



eqa dengan Baby tua. hehe.




dua beradik yang sengal. ehehe!



dari kiri: Ahmad Na'im dan Ahmad Naseem.
bergaya kacak dengan misai tikam.




muka si pembuli.



RINDU!!!!



*********************

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA :)


Thursday, November 11, 2010

tarik nafas dalam-dalam, lepas itu tak yah lepaskan nafas

horay!
5 papers sudah jawab
horay macam boleh jawab dengan cemerlang kan kan kan

okeh!
sekarang tak mahu cerita pasal exam
lenguh otak asyik cakap pasal exam

minggu depan punya lagi 3 papers
paper physical pharmacy, biotech dengan biochem
esok baru start baca buku
malam ini bersenang-senang dahulu
hehehe!

haish!
tak sabar nak balik rumah
tak sabar nak balik rumah
tak sabar nak balik rumah


*************

okeh!
tarik nafas dalam-dalam
lepas itu lepas
jangan pergi tahan nafas
nanti sesak nafas
hehe :p

Friday, November 5, 2010

jangan pernah berhenti berusaha. Tuhan kan ada.


sekarang harus sentiasa berusaha
gandakan usaha
bersiap sedia
jangan pernah mengalah sebelum masanya
Allah kan ada
Dia akan tolong kita semua

Doa dan terus doa
jangan pernah sekali ragu denganNya
sebab Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

ambil sajah alatan kau
dan terus berjuang dan maju kehadapan

*selamat menjawab peperiksaan*


*************

sekarang sangat busy
tak sempat nak blogwalking.
kepada yang nak exam, GOOD LUCK!

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers