Friday, March 30, 2012

feeling feeling

aku adalah orang yang jarang sekali cerita
pasal love story aku
jujur aku cakap
aku malu nak cerita pasal dia


bukan sebab aku malu dengan dia
tapi aku rasa love story bikin orang meluat


*mungkin sebab aku kadang-kadang meluat dengan orang yang suka cerita pasal bf dia*


tapi kali ini aku rasa aku nak cerita pasal dia
but not expressing my love or what
just nak cerita something...


after 7 years together
takde benda lain yang aku expect dari dia
selain get married
sumpah aku cakap
aku dah malas nak fikir pasal laki lain ke apa ke
yang aku fikir sekarang
settle down dengan dia


but the thing is
kadang-kadang aku rasa
macam nak give up pun ada
sometimes aku rasa penat
nak keep things going on


dan dan
haruslahh kalau dah 7 tahun kawan
mesti rasa kosong je
maksud aku tak macam fresh couple
selalu dating, keluar makan ke apa ke
dan part paling tak best
dia jauh gila dari aku
nak call pun susah
nak jumpa, lagi lah...


bila jarang jumpa and contact ni lah
macam-macam boleh jadi
emo semacam lah apa lah
betul-betul dugaan


sekarang ni..
aku hanya boleh berdoa
and go with the flow
kalau ada jodoh, adalah
kalau takde, nak buat macam mana kan....


**********************************

pelik gak cerita pasal feeling kat blog

Thursday, March 22, 2012

surprise

Malam itu kau beri aku kejutan
Kau belah dada kau
Lalu kau beri aku hati kau.

Masih berdarah.

Dan hati itu
Bertatukan nama aku.



"walau kau jauh,
ku berjanji kan terus tunggu,
dipisah lautan biru,
ku mahu kau tahu,
aku kan terus menunggu"


Saturday, March 17, 2012

yang kanan, bagi kiriku

malam itu
bagi aku malam yang sempurna
malam di mana, kita semua ketawa

kadang-kadang, aku takut
kalau-kalau hidup aku ini kosong
tanpa ketawa

terima kasih ya Allah
untuk jiwa-jiwa yang menyenangkan :)

Tuesday, March 13, 2012

3.40am

di antara aku dan kau
ada satu jarak yang sangat jauh.

sangat jauh.

jasad kita mungkin terpisah
tapi tidak hati kan?

aku rindu kau.
serius, aku rindu.


**************

LDR is killing me, very softly.
i wish i could call you.
:'(

Monday, March 5, 2012

kita sudah darjah satu

Alhamdulillah..
dah 7 tahun kita 'in a relationship'
kalau kita ada anak, anak kita dah darjah satu :p



**********

ilysm :)

Friday, March 2, 2012

my LASEK surgery

HELLO BLOG WORLD!!

rasa macam dah lapan belas tahun tak blogging
takde benda nak cerita lah
kang merapu meraban kang, menyampah orang nak baca kan kan kan

okay, post kali ini
aku nak story pasal LASEK eye surgery
LASEK ni nama pendek bagi Laser Assisted Sub-Epithelial Keratectomy

beza LASEK dengan LASIK ialah
lapisan kornea yang kat luar sekali akan 'dikikis' dan dibuang
kikis tu takdelah maksudnya kikis guna pengikis ke apa
lapisan kornea tadi dah dilembutkan dengan alkohol
so, bila tisu mata tadi dah lembut
senanglah nak kikis (scrap) lapisan tisu mata tadi dengan scrapper


LASEK




LASIK



kalau LASIK pula
lapisan luar tadi akan 'dipotong' menggunakan microkeratome
pastu baru dia laser underlying layer

aku buat LASEK dekat Optimax branch Shah Alam, seksyen 15
aku buat under Dr.Norazlina Bachik Ng
dia memang dah expert buat surgery ini

okay, first step untuk buat eye surgery ialah appointment
masa appointment tu, dia tanya lah kita bila kita nak buat
eye check up

eye check up ni bertujuan nak check
ketebalan tisu mata, kekuatan mata and etc
macam kes aku, tisu mata aku tak berapa tebal
so, expert suggest aku buat LASEK
since LASIK tak sesuai untuk tisu mata yang nipis
untuk undergo which procedure adalah ditentukan oleh expert

and kita sebagai patient hanya boleh pilih
sama ada nak buat conventional ataupun custom
kalau kita pilih conventional, dia hanya laser mata kita sahaja
takpe any additional feature

kalau custom pula
additional feature nya adalah
dia akan betulkan glare (silau) terutamanya bila waktu malam

so, ayah aku decide untuk undergo custom
kalau taknak undergo custom pun takpe
nanti in case lah malam silau teruk sikit, boleh pakai specs
bila nak drive waktu malam

duration operation tak lama
lebih kurang 30minit
and procedure itu langsung tak menyakitkan
cuma masa dia laser mata, terbau benda terbakar lah
and lepas operation selesai
doktor akan pakaikan contact lens selama seminggu
untuk membantu pertumbuhan tisu mata yang dibuang tadi

lepas operation, kena pakai sunglass
sebab nak elak kena direct sun ray, kang mata lambat baik
kena selalu titik eyedrop sebab taknak kasi mata kering
common symptom operation ni cuma mata kering
but ada symptom yang lain
itu semua depends pada patients and selalunya nisbah
drawback sangat teruk tu terlampau lampau sedikit

lepas operation juga
pandangan tak akan directly sembuh
dia akan ambil masa
tapi tak lama pun
mata aku dah pulih dalam masa 2 minggu lebih je
vision juga akan fluctuate dalam process nak sembuh
tapi fluctuation tu tak lama pun

overall, LASEK ini selamat untuk dilakukan
and the good thing is
LASEK surgery ni cepat nak sembuh berbanding procedure lain
tak perlulah nak pakai sunglass lama-lama
seminggu lepas surgery, dah boleh nampak dengan baik


****************************

kadang-kadang, rindu pula nak pakai specs

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers