Friday, April 29, 2011

selamat datang ke alam 3

saya dah habis exam
sekian.

tahun hadapan, sudah jadi super senior
bukan super junior tahu


*rasa diri dah besar dan matang*


*********************************

cuti 4 bulan, nak cari nafkah lah.
:p

Thursday, April 28, 2011

minggu kerut dahi, meracau dan sasau



sila buat yang terbaik wahai RAFIQAH BINTI AHMAD RIJAL!

19/4/2011: Veterinary Pharmacy

20/4/2011: Physical Pharmacy 2

21/4/2011: Bahasa Malaysia

22/4/2011: Endocrine System and Metabolism

25/4/2011: Organic Chemistry 2 and Phytochemistry

27/2/2011: Pharmacoinformatics

28/4/2011: Pharmacognosy 1


aku teringin sangat nak jawab 4-5 papers setiap sem
tetapi HARAM lah kan
setiap sem penat, penat, penat, penat

******************************

cukup-cukup lah merungut.
baik pergi study, ada faedah.

cehh! sopan gila ayat aku.


Saturday, April 23, 2011

Al-Fatihah..

eid 2010



Tuhan lebih sayangkan atuk
maaf sebab tak dapat jenguk atuk buat kali terakhir
:'(


**************************

eqa akan teman atuk di syurga nanti
Insya Allah..


Friday, April 15, 2011

" Giveaway from Moscow by Miszlullaby"



thanks cik ML sebab tag eqa
harap-harap lah nasib eqa baik
nak sangat GA dari Moscow
nak pergi Moscow jauh sekali lah kan
so, bila ada orang yang baik nak kasi GA
mestilah happy

ni syarat-syarat penyertaan:

SYARAT-SYARAT:


1)Buat satu entry bertajuk " Giveaway from Moscow by Miszlullaby"
2)Copy dan letakkan banner di atas dalam entry korang tu. Tak payah letak dekat sidebar. (klik je banner tu, jgn right klik coz ML disable kan right-click)
3)Be my FOLLOWER.
4)Masukkan link http://www.Miszlullaby.com dalam senarai bloglist korang.
5)Tag 5 orang rakan blogger and LET THEM KNOW.(err...janganla just tulis "saye tag sume orang dalam blog ni", coz nampak cam xde semangat je nak menang. hehe)
6)Kemudian, tinggalkan link entry korang tu di ruangan komen di bawah.



dengan ini eqa tag:

asfira
pieja
zanaa
adwa
anati soki

**************************

hadiah apa lah agaknya ye?
tak sabar nak tahu!
:)


Tuesday, April 12, 2011

hobi baru: mengumpul gambar awek bertudung

masa kecil-kecil
kita selalu dengar hobi waktu lapang ialah mengumpul setem
tak pun kumpul patung-patung aksi ke
kumpul duit syiling
dan macam-macam lagi lah

tetapi, zaman sekarang
hobi-hobi macam tu dah lapuk dah
apa barang bhai kumpul setem bagai
bosan, kolot, ketinggalan zaman

zaman IT macam ini
kenalah kumpul gambar
spesifik gambar awek bertudung
advance kan zaman sekarang?

aku bukan apa
bila aku tengok page INI
aku rasa geram, marah, tak puas hati
yelah, aku bertudung kot
walaupun aku belum lagi ke tahap pemakaian
yang sempurna dan betul
tetapi, aku tetap berniat akan betulkan dan
sempurnakan apa yang patut

aku tak nafikan
kadang-kadang, pemakaian perempuan bertudung sekarang
agak lah kurang sempurna (aku pun macam ni juga)
tetapi tak bermakna kita sebagai manusia
lelaki terutamanya menjatuhkan hukum membabi buta

aku tahu niat diorang untuk menegur
tetapi bukan cara macam itu
cuba menegur dengan baik
bukan dengan cara memalukan
walaupun admins tersebut menyatakan mereka
bukan nak menegur perempuan-perempuan bertudung
tetapi dengan cara sarkastik macam itu
semua dapat faham maksudnya kan

dalam hal ini
takde pihak-pihak tertentu yang salah
dalam keadaan macam ini
kita tidak boleh menunding jari dekat siapa-siapa

biarlah kita ambil jalan mudah
dengan menyalahkan diri sendiri
kenapa aku cakap macam itu?
okeh, aku terangkan kenapa

1. fikir salah sendiri: sebagai perempuan

dalam hal ini
aku akan salahkan diri aku
sebabnya aku sebagai perempuan, aku yang bagi
jalan dan peluang untuk benda macam ini jadi
aku bukan nak cakap yang aku serta perempuan lain bertujuan
mempamerkan wajah atau apa-apa lah kan
tetapi bila difikirkan balik
ada relevannya sebab
bila letak gambar sendiri banyak-banyak dalam FB
dan upload dalam blog ni, kita seolah-olah
buka peluang untuk individu terbabit buat bukan-bukan

bukan tak boleh nak letak gambar
tapi aku rasa kita sebagai perempuan
kena berhati-hati dan kalau boleh
kurangkan post dan upload gambar kita banyak-banyak
nanti takdelah individu ambil kesempatan
nak buat tahi dekat kita kan

yelah, aku faham
kita yang perempuan ni tak berniat nak bermegah-megah ke apa
bila kita post atau upload gambar kita banyak-banyak
tetapi individu lain akan fikir lain
dan ambil kesempatan
lagi-lagi zaman IT ni
benda yang kita lihat macam biasa, diorang buat jadi luar biasa
dan aku terbaca, mendedahkan kecantikan rupa paras atau bahagian lain
dikira sebagai tabarruj

don't get me wrong girls
aku tak kata mereka-mereka yang upload gambar itu untuk tujuan
menunjuk-nunjuk atau apa
tetapi, kita guna pakai konsep ini
untuk keselamatan kita juga kan? :)

2. fikir salah sendiri: sebagai lelaki
sebagai lelaki
fikirkan lah
betul kah cara mengutuk tersebut dapat sedarkan perempuan
betul kah cara korang menegur
aku tak kata semua lelaki kutuk perempuan
tetapi sesetengahnya itu
fikir lah, betul ke dengan cara kurang sopan macam tu dapat sedarkan perempuan

cuba korang bayangkan lah
kalau korang buat silap, lepas itu orang salahkan kau habis-habisan
mesti korang down gila kan?

macam itu juga kitorang
kalau kitorang silap
tegur dengan cara berhemah, dengan cara yang baik
takde salahnya cakap baik-baik kan?

kalau betul korang meluat pun
bersabar, tegur cara baik
macam Ustaz Love ini
aku suka cara dia menegur serta memberi nasihat
sedikit pun tak menyakitkan hati
elok katanya, elok bahasanya
secara tidak langsung, kita mesti berusaha dan berazam untuk berubah
bila kita mendapat kata sokongan

so, please guys
jangan terus menerus tegur kitorang dengan cara kurang sopan
walaupun betul kitorang salah
aku hargai usaha lelaki-lelaki yang berniat nak menegur silap perempuan
at least, korang berniat nak selamatkan umat Islam itu sendiri
tetapi, biarlah kena caranya

aku tak salahkan korang
tetapi aku nak kita sama-sama fikir salah sendiri
dan betulkan apa yang patut

dan aku harapkan
kalau kitorang yang perempuan ini banyak buat silap
tegurlah kitorang dengan betul
bukan lelaki sahaja tahu
setiap individu perlu lah main peranan


3. salah diri sendiri: setiap individu

dekat FB sekarang hot pasal pencarian lelaki sweet dan awek bertudung kan
aku harap masa akan datang
janganlah ada individu anjurkan contest macam ini
sebab dengan adanya contest macam ini
lagi banyak peluang terbuka untuk maruah kita dijatuhkan
dan kalau boleh, kat blog pun
takyah anjur contest pose menarik what-so-ever
sebab benda-benda melibatkan gambar ni bahaya lah
kalau betul nak sangat buat contest
buatlah yang bermanfaat sikit

aku cakap tak lah bermakna aku tak buat atau join contest-contest macam ini
tetapi, mulai hari ini
aku taknak join contest yang berkenaan gambar
aku takut bila tengok banyak gambar perempuan dekat FB INI
aku jadi takut, mana lah tahu satu hari nanti gambar aku pun orang
salah guna
malu gila okeh... malu sangat!

dan aku juga taknak dah upload gambar dekat blog
aku rasa insecure dah sekarang
post-post lama aku tu
aku jadikan pengajaran

**

dalam hal ini
kita semua, umat Islam ada tanggungjawab nak selamatkan umat sendiri
kalau ada yang salah, tegur baik-baik
dan bila ditegur, jangan melenting tetapi sebaiknya fikirkan jalan
penyelesaian serta baiki kesalahan tersebut
manusia kan...
mesti banyak buat silap

aku ini bukan baik pun nak nasihat orang ke apa
aku harap lepas ini kita semua ambil pengajaran
aku kesian dengan mangsa-mangsa dalam page INI
dah lah gambar perempuan disalah guna
lepas itu orang jadikan bahan kutuk pula
aku harap admins page tu sedar dengan kesilapan sendiri
kita doakan agar dia sedar dengan silap dia
jangan kita marah-marah tak tentu pasal
walau teruk macam mana sekalipun perangai dia
kita doakan yang terbaik untuk dia

******************************

aku nak berubah.
doakan aku untuk sentiasa istiqomah.

siapa taknak berubah kan..


baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers