Tuesday, June 29, 2010

tig, TAG, tug, tog



Kali ini aku di tag oleh Cik Alinac Lover,
seorang beautician yang memang cantik

Ayuh!
kita bersama-sama melakukan tag ini.
yeay!


1. Thank and link the person that tagged you..

Terima yang tidak terhingga kepada Cik Alinac Lover kerana telah tag saya. Jasa anda amat saya hargai.


2. Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic

ramainya sampai 15 orang. tak larat aku nak tag.
Tag 6 orang je boleh kan kan kan?


3. Contact that blogs and let them know they have been tagged.

DONE!


4. State 7 things about yourself.

1) Sangat memilih dalam bab makan
2) Suka cakap sorang-sorang
3) Allergic dengan kucing
4) Braceface! haha
5) Main gigi bila tidur
6) Tak suka makan durian, tapi makan tempoyak
7) Kalau tidur harus ada sesuatu untuk dipeluk


TERIMA KASIH si anak kecil yang comel

aku baru tahu kewujudan budak kecil yang comel ni
itupun lepas kawan aku bagitahu

anyway, budak kecil ini berjaya buat aku senyum sampai telinga
he made my day!

jeles kowt sama budak kecil ni
kecil-kecil sudah pandai main ukulele
aku jangan kata nak main ukulele
pegang ukulele pun tak pernah -_-"

jadi, terima lah cover song Obladi-Oblada dari The Beatles oleh budak kecil yang comel ini :)



Monday, June 28, 2010

adakah anda juga tidak prihatin seperti saya?

kemeja lelaki


kemeja wanita



Sebenarnya, bukan perihal prihatin atau tidak
cuma, mungkin tidak perasan atau mungkin tidak penting untuk di ambil tahu

kerana bosan yang tahap kritikal
aku meng'google' tentang 50 Interesting Facts
agak menarik lah juga fakta-fakta tersebut en

tetapi,
ada satu fakta ni yang betul-betul buat aku kagum
mungkn bagi pelajar fashion and design tahu benda ni
tapi bagi aku ni
yang menjahit pun gagap-gagap
fakta ini memang sangat menarik
ini faktanya:


"Men’s shirts have the buttons on the right, but women’s shirts have the buttons on the left."

Selama aku hidup
baru aku tahu yang butang baju lelaki dan perempuan dekat posisi yang berlainan
gila jakun aku, bila aku tahu fakta ini
yelah, aku ingat sama sajah lokasi butang baju ni kan

dan satu lagi fakta yang aku tahu
selepas aku tengok cerita kartun Phineas and Ferb
plastik yang kat hujung tali kasut dipanggil 'aglet'
tapi itu dalam English lah
dalam Bahasa Melayu, tak pula aku tahu maksudnya
haha!

ni ada aku sertakan episod Phineas and Ferb pasal AGLET!


Sunday, June 27, 2010

meskipun mataku agak juling [contest mata menawan by Fatin Fatihah]





umum terutamanya rakan-rakan terdekat
memang tahu yang mata aku agak juling (bukan juling kuat okeh)
juling-juling air gitu. haha

aku di tag oleh cik Anis Izyan untuk join Contest Mata Menawan
dan kerana tidak mahu menghampakan harapan cik Anis Izyan
aku pun cuba lah join

kalau menang, dapat contact lens
ya! contact lens rakan-rakan
walaupun seumur hidup aku tak pernah pakai contact lens

okeh!
ayuh kita lihat syarat-syarat penyertaan:

  1. jadi follower blog www.fatencumyl.blogspot.com
  2. upload satu gambar solo yang sudah semestinya nampak mata (edit ke tak edit ke, ikut suka hati)
  3. letak banner contest kat sidebar
  4. buat satu entry pasal contest ni
  5. tag member, at least 2 orang
  6. contest sampai 31 July 2010

*********

jadi
aku mempersembahkan...


pedulikan muka terkejut itu. terima kasih.


memang kelakar aku tengok gambar ni
tapi, gambar ni je lah yang nampak mata aku besar sikit

jadi
dengan ini aku tag :

Friday, June 25, 2010

kawalan ketat


sekarang
aku harus berjaga-jaga
sebab aku taknak benda buruk jadi

siapa nak benda buruk jadi kan kan kan

rasa macam nak upah bodyguard pun ada
mana lah tahu kalau pape jadi kat aku
sebab 'kau' pun kat Penang kan kan kan
takut juga aku

**********

kepada super duper stalker : burn in hell lah 'kau'

Thursday, June 24, 2010

kerana make up, aku sanggup [contest by mIszLullaBy]




kata perempuan atau lebih tepat anak gadis
mesti agak teruja bila dengar make up

okeh!
aku takde lah 'freak' sangat dengan make up
tapi aku suka dengan eyeshadow palette
kalau aku teringin nak beli barang make up pun
aku akan fokus nak beli eyeshadow palette

memandangkan duit dalam bank dah semakin kurang
amatlah aku berkobar-kobar nak join contest cik mIszLullaBy ni

hadiah dia memang menggamit perasaan dan kalbu aku
siyes cakap.


********


okeh!
contest ni siyes senang
korang hanya perlu:

  1. jadi follower mIszLullaBy
  2. buat entry dan letak banner contest kat sidebar serta entry korang
  3. upload gambar favorite korang. gambar solo okeh. duo dan trio tidak digalakkan
  4. cerita sikit nape korang suka gambar itu
  5. pastuh link entry korang dekat mIszLullaBy dan tag seorang rakan korang
  6. contest tutup 30 Julai 2010

********

sila jangan gelak. terima kasih.



Okeh!
memang gambar itu BURUK
tapi i loike it so much!
gambar ni aku capture masa dekat matrik
masa itu ada member aku cabar aku
suruh pakai tudung macam ini pergi kelas

apa dia ingat aku tak berani ke. easy task menn.

jadi, aku pun menyahut cabaran tersebut
walaupun tiada hadiah yang disediakan
aku pakai tudung macam ni pergi kuliah, pergi kafe, pergi lab
malu tu memang malu
tapi aku lagi malu kalau menyerah kalah
sampai cikgu Kimia aku perli, "ni fesyen terbaru ke?"

malu dengan budak-budak laki??
tak payah cakaplah
diorang siyes gelakkan aku
tapi, ada aku kisah.
aku kentalkan diri, emosi serta perasaan seorang gadis pemalu.
dan akhirnya..
aku berjaya menyahut cabaran itu dengan jaya dan hormatnya. ececece

TAMAT!

********

manusia bertuah yang di tag: cik Dianna

guris, mengguris, terguris, berguris


  • GURIS
lagu yang selalu aku dengar buat masa ni.
waktu-waktu hati tengah darurat,
harus dengar lagu ini.
rasa 'ringan' kepala lepas sing along lagu ini.
lagi-lagi part chorus.
berdarah perasaan aku!
anyway, penyanyi lagu ni Twickheads
lagu ini pernah jadi OST Kami the Movie.

ada mixpod aku sediakan.
dengarlah kalau nak dengar


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


  • MENGGURIS
aku tak perfect
sangat tidak perfect okeh
jangan kau nak expect yang terbaik dari aku
kau tak boleh paksa aku ikut kemahuan kau
aku harap sangat kau faham aku

maaf lah kalau aku buat hati kau rabak

  • TERGURIS
siyes cakap aku bukan jenis cepat terguris
aku tak peduli apa orang nak kata dekat aku
aku tahu siapa diri aku
selagi aku boleh sabar
aku sabar

aku malas nak ambil port pasal orang mulut hanyir ni
biarlah kau nak cakap apa pun
kalau kau dah penat nanti
mesti kau akan diam juga kan?

  • BERGURIS
selama aku hidup
dan selama hampir 10 tahu aku belajar Bahasa Melayu
belum pernah lagi aku jumpa perkataan ini
mungkin secara tatabahasa nya
perkataan ini salah kan kan kan?

Tuesday, June 22, 2010

easy task menn! haha


malam ini
bak kata Ruffy - aku, Nina dan dia macam tengah threesome
disebabkan gambar Barbie edisi SMK Puncak Alam yang aku upload kat FB
kitorang bertiga komen-komen gambar tersebut macam gila

siyes lawak :D


sesi threesome.


Gambar Barbie edisi terhad itu, aku ambil dari blog Nina.
gambar Barbie ini kitorang ambil untuk buat poster untuk satu competition anjuran The Star
Kitorang dress up Barbie itu dengan baju sekolah.
jahit sendiri kowt baju tu

Nama team kitorang waktu tu ialah Lurb Egneles
group members adalah aku, Nina, Tra dan Sofia (tak silap aku lah)

Lurb Egneles tu ada maksud tertentu kowt


nah! ini dia gambar Barbie tu.
maaf. agak selekeh, tapi cool



dari sesi tersebut, terus menerus aku teringat lagu yang hit time aku Form 3 dulu

tajuk lagu tu Menanti. Doul yang nyanyi

lagu ni siyes sempoi gila.
memang agak hit lah sebab aku dengan Nina siap hafal lirik. haha

enjoy lah lagu ni
siyes sempoi



MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com


Intro:

Dekat 19, ni cara kita weh
Lu orang periksa la kalau lu orang nak periksa
Jaga-jaga semua ku baru dalam permainan ini
Menterjemahkan lagu dengan caraku sendiri
Gua ada awek tapi dia nak pergi
Jadi tinggallah gua sorang diri
Gua sayang dia gila weh tapi dia nak chow
Jadi sebelum dia chow, gua cakap
Biar gua cerita lu orang lah
Dengar woi

C/o:
(Oh) aku rela.menantimu
Walaupun aku tak sanggup
Menanggung rindu, tapi yang pasti
Aku (aku).setia kepadamu
Tak gusar pada badai yang akan hadir (lagi)

Verse 1:
Mari intan payung, gua nak kata serba sedikit
Jangan ah renggang, datang dekat sikit, gua tak gigit
Ruang yang luas antara kita dijadikan sempit
Supaya matamu, bertentang mataku yang selebet
Owh..walaupun perpisahan kan kita alami
Toksah sedih, gua tunggu lu kat sini!!
Jangan risau kalau-kalau gua nakal menggatal
Gua tak main gila selagi cinta kita kekal
Owh..cara mu menyayangiku buat gua lambung-lambung
Cara mu memuji manja dah lah memang cun
Buat lutut gua lemah tapi teruskan
Gua langsung tak tersinggung
Mana weh lubelajar sayang?
Gua fikir lu buat gua bingung
Matamu menyinarkan masa depan yang cerah
Berat hati gua, namun terpaksa gua menyerah
Kan mu..tuk kejar impian
Cepat pergi, cepat balik, cepat sikit gua cuba tahan
Ooohh.

Verse 2:
Nak pergi dah ni? Tunggu ah sikit lagi
Gila s**l gua belum puas renung muka lu lagi
Haih macam mane? Nak gua nangis ke apa?
Papehal sekejap lagi gua terpaksa terseksa lah
Walaubagaimanapun, gua nak tinggalkan pesan
Nak dengar, tak nak dengar, sekati lu ah perempuan
Jangan lupa diri, jangan langsung lupa gua
Impian mesti kejar, jangan biar terbiar eh?
Jangan bazir makan weh, perut kene kenyang
Jangan bazir masa dan mak bapak lu punya wang
Maaflah beb, gua takde duit nak kasi
Gua harap cinta dan hati gua memadai
Owh..sampai sini sajalah wahai gadis jelita
Gua tak nangis Cuma habuk terbang masok mata nih!
Sebelum pergi, ambik gua punya hati
Ingat sayang! Gua cinta lu bagai nak mati!!

Breakdown:
Lat tali lat tali tan plong
Kepadamu pemikiran ku terpesong
Susah gila ku nak menahan (cinta.)
Kerinduan yang telah disebabkan

Outro:
Oi sayang! Sayang! Jangan lupa telefon nanti eh?
Gua tak boleh, telefon rumah dah kene potong!!
Ingat pesan eh? Jangan main gila ngan gua weh..
Lu balik nanti, tau ah kang!!!


Monday, June 21, 2010

si anak patung seksi, Cik Barbie

bila bosan, aku menggedik main Barbie
aku suka kowtt Barbie
mereka dah lah comel, seksi, bergaya, cun, slim, bla..bla..bla..

bila tengok Barbie, aku mesti poyo-poyo imagine aku cun macam Barbie. hahaha

okeh!
aku melayari laman sesawang (skema kowt ayat ni) www.barbiegirls.com
aku pun terus lah sign up sebab nak main games
tehee~


bilik aku



Cik Barbie.
nama beliau: eqacashperlala



Barbie = kanak-kanak?
aku tak kisah


Saturday, June 19, 2010

cinta bertaut di bumi Darul Sunnah

"aku rindukan kenangan itu"



ya
memang aku rindukan kenangan kita semua
di bumi Darul Sunnah itu
aku mula belajar erti berdikari
hidup jauh di sisi orang tua aku

pertama kali ke bumi gersang itu
sungguh, aku asyik menyumpah dalam hati
aku benci Darul Sunnah itu
bosan! tak maju!

lagi pula
aku tidak lagi bersama setan-setan aku
di Darul Sunnah itu
semua umpama bidadari
segala perilaku terjaga
segala pertuturan penuh adab
sedang aku, tidak biasa dengan persekitaran begitu

2 minggu pertama
aku berseorangan
aku suka bila seorang
aku bisa buat apa aku suka
lagi pula, aku tidak suka manusia-manusia di sana
bagi aku mereka membosankan

tetapi
semakin lama aku di sana
semakin cinta aku pada bumi ini
aku mula bergaul dengan bidadari-bidadari
yang dahulunya aku benci
kini, hati ini sering meronta mahu ke sana
ke Darul Sunnah yang tenang
yang damai, indah

Darul Sunnah
tempat cinta 'kita' bertaut
aku takkan lupakan kamu semua
memang aku bencikan bidadari ini dahulu
tapi kini, aku sayangkan mereka



roomates tersayang: Ukasyah, Hidayah & aku



kawan sampai mati : Timah, Aten, Mady & aku



hari-hari terakhir di KMP


H1T7 dalam ingatan


Kolej Matrikulasi Perlis
Keimanan Menjana Perubahan




sentiasa dalam ingatan
Kolej Matrikulasi Perlis

Perlis Darul Sunnah



Wednesday, June 16, 2010

pendek



A wounded deer leaps the highest.
(Emily Dickinson)


selepas aku jatuh terus ke bawah
aku bagai diberi oleh pari-pari kayangan
serbuk magis yang bisa buat aku jadi kuat
serbuk magis yang mampu bangkitkan semangat aku


*mohon diri ini terus kuat*


Monday, June 14, 2010

semangat baru. mungkin?


sudah selesai daftar kursus untuk tahun 2, sem 1
dan juga sudah gedik-gedik tengok jadual waktu untuk sem depan
tak lah pack macam sem lepas
at least, Jumaat petang aku boleh menyelam kat katil
sebab hari Jumaat kelas sampai pukul 12pm sajah

sem lepas, Jumaat kelas sampai pukul 7pm
what the eff kan.

ayuh!
kita lihat subjek-subjek untuk sem depan


Biochemistry and Basic Principles of Molecular Biology

Principal of Medicinal Chemistry

Physical Pharmacy 1

Dosage Form 2

Antimicrobial Therapy

Pharmaceutical Biotechnology

English



ok
sem ni mungkin ada 8 paper untuk exam
macam sem lepas juga

macam tak larat sajah nak study
ditambah ada Dosage Form 2
Dosage Form 1 pun aku failed
tak repeat lagi
entah bila nak repeat
ni kan pulak nak mengadap Dosage Form 2

harap-harap sem depan aku dapat hidayah
untuk study power sikit
tak mahu lah fail lagi kan kan kan
malu pulak mak bapak aku kalau asyik fail je

sebagai konklusi
bersedia lah dari sekarang
jadi SKEMA lah Rafiqah
mana tahu sem depan bisa dapat DL
dan kau dapat jadi top student ke.. (harapan menggunung. konon)
jangan hari ni je aku semangat gila vavi
pastuh masuk sem, aku asyik sibukkan diri kat Queensbay (harap-harap tak)

RAFIQAH BOLEH, BOLEH RAFIQAH!


tipikal manusia

tipikal manusia
bila susah, baru mahu cari Dia
bila hidup sesak, baru sibuk-sibuk sebut nama Dia
bila takut benda buruk jadi, baru ingat nak tadah tangan padaNya

sama juga seperti aku
alpa selalu
lalai setiap masa
bila susah, barulah aku cari Dia
mohon, meminta padaNya
sedangkan ketika senang
langsung lupa padaNya
astagafirullah..

tetapi
Dia tidak pernah lupa kita
Dia tetap beri nikmat hidup pada hambaNya
Dia beri kita peluang bernafas di bumiNya
memberi nikmat tubuh badan
untuk kita beribadah, tunduk kepadaNya yang Maha Esa

syukur
aku masih di bumi ini
menjalani kehidupan sehari dengan orang-orang tersayang
moga-moga dikesempatan ini
kita diberi peluang untuk pulang ke jalanNya
moga-moga nikmat kehidupan ini
diguna oleh kita untuk beribadah padaNya



Jangan biar aku terus hanyut
Beri aku peluang untuk aku lebih mendekatiMu


Friday, June 11, 2010

sekarang sudah boleh senyum lebar-lebar

semalam memang aku tengah sakit
sakit macam mahu mati
tetapi sekarang aku ok
bukan ok sikit-sikit
tapi ok sampai aku boleh senyum sampai telinga

orang kata
kita takkan tersungkur selamanya
mungkin selepas tersungkur,
kita bangkit dan jadi manusia paling hebat kat muka bumi ini

memang parut akan membekas
tapi parut itu akan sentiasa ingatkan kau
waktu kau hampir mati dulu

pergaduhan sebenarnya mengeratkan
semalam mungkin kau maki hamun
jerit-jerit macam orang hilang akal
sumpah seranah macam anjing
tetapi
hari ini kau puji-pujian
kau belai-membelai
kau macam orang yang dipanah cupid, tepat kat hati

semuanya indah macam kat kayangan
semua masalah terbang laju, terus ke angkasa
tak turun-turun lagi ke bumi
semua beban yang dipikul
jatuh ke kaki satu persatu

************

kepada si sial:

kau buat kami lebih bahagia
TERIMA KASIH!





Thursday, June 10, 2010

semuanya jadi sial


sekarang semua benda dah jadi sial
terima kasih kepada kau, si mulut hanyir
tidak punya maruah serta pengecut

kau layak ke neraka
sebab kau, semua jadi kacau

semoga Tuhan beri balasan setimpal
sebab hanya dia yang layak hukum orang macam kau
kalau aku hukum ikut kejam aku
kau mungkin sudah mampos
sebab kau sudah jatuhkan maruah aku

ingat!
karma sentiasa ikut bontot kau
hari ini aku jatuh
mungkin esok lusa
kau mati tersungkur

jangan suka sangat bila apa yang kau buat menjadi
sepandai-pandai anjing macam kau menyalak
esok tentu kau jadi bisu, terus mati


***************

Tuhan
tolong tabahkan hati manusia kerdil ini
sebab dia sangat lemah sekarang

Monday, June 7, 2010

MillatFacebook vs Facebook. Siapa akan menang?




fuhh!
akhirnya, Facebook mendapat saingan
daripada laman sosial terbaru ciptaan sekumpulan pakar IT Pakistan yang diberi nama MillatFacebook

satu saingan yang sihat
lagipun MillatFacebook ni lebih tertumpu kepada pengguna Muslim seluruh dunia
tidak terkecuali bangsa dan agama lain juga

Menurut sumber Berita Harian
MillatFacebook (MFB) dicipta selepas berang dengan Facebook (FB)
lepas FB sebarkan gambar karikatur Nabi Muhammad saw
dan juga web ini dilihat sebagai satu saluran untuk menentang propaganda anti-Islam

aku pun tak sign up lagi akaun MFB ni
baru usha homepage je
ala-ala FB juga
cuma web itu kaler peberet Nabi Muhammad iaitu HIJAU

setakat ni
jumlah pengguna akaun MFB agak memberangsangkan lah juga
kebanyakannya muda-mudi warga Pakistan

jadi,
anda rasa MFB ini dapat kalahkan FB atau tidak?


Sunday, June 6, 2010

tolong hormat orang di sekeliling kita


pelbagai cara kita boleh tunjuk rasa hormat kita kat orang sekeliling

salah satu caranya dengan mengucapkan 'TERIMA KASIH'
tak susah pun nak cakap terima kasih

bila kau pergi kedai runcit Aceh, beli bawang ke cili giling ke
boleh juga cakap 'TERIMA KASIH' bila kau ambil duit baki
tak pun masa kau beli goreng pisang RM3 dengan keropok lekor RM5
boleh juga cakap 'TERIMA KASIH' bila makcik tu hulur plastik berisi makanan tadi
paling kurang pun, kau boleh ucap 'TERIMA KASIH' masa orang belanja kau topup RM10

seluruh umat kat muka bumi ini
ada perkataan tertentu untuk diorang ucap 'TERIMA KASIH'

ayuh!
kita cekidaut 'TERIMA KASIH' dalam bahasa lain

  • Afrikaans (Africa) - Dankie
  • Albanian - Faleminderit
  • Arabic - Sukran
  • Australian - Thoinks, Moite!
  • Bengali - Dhannyabad
  • Bulgarian - Blagodaria
  • Bosnia - Hvala
  • Burma(Myanmar) - Jae Zu Din Pa De
  • Cameroon (Duala) - Na som
  • Cherokee Nation - Wado
  • Cherokee (Eastern) - Skee
  • Chinese (Mandarin) - Xie_Xie (shieh shieh)
  • Chinese (Cantonese) - Mh goi (m-ghoh-ee) (informal: thanks)
  • Chinese (Cantonese) - Do jeh (tou yeh) (formal: thanks)
  • Croatia - Hvala
  • Czech – Dekuji (deh'-ku-yih)
  • Danish - tak (tahg)
  • Dutch - dank U (dahnk you)
  • English - Thank you
  • Esperanto - Dankon
  • Estonia - Aitäh
  • Ewe Togo (Africa) - Akpé (Appé)
  • Fijian - Vinaka
  • Finnish - kiitos (kee'-toas)
  • French - merci (mehr-see')
  • Gambia (Mandinka) - Abarka
  • Georgia(Sakartvelo) - madlobt
  • German - Danke (dahn'-kuh)
  • Greek - Efharisto (ef-har-ris-tou')
  • Guinea (Mandinka) - Abarka
  • Gujarathi (India) - Aabar
  • Hawaiian - Mahalo
  • Hebrew - Toda (toh-dah')
  • Hindi (India National Language) - Dhanyavaad
  • Hindi - Shukriyaa
  • Hungarian - Köszönöm (kuh'-suh-nuhm)
  • Icelandic - Þakka þér fyrir
  • Icelandic - Takk (informal)
  • Indonesian - Terima kasih
  • Iran (Persia) - Moteshakeram (formal)
  • Irish - Go raibh maith agat ( Thank you "Go - Rev - Mah - Agut")
  • Italian - Grazie (grahts'-yeh)
  • Japanese - Arigato (ah-ree-gah'-toh)
  • Javanese - Matur nuwun
  • Korean - Kamsa hamaida (kam'-sah hum-nee-dah' )
  • Latvian - Paldies
  • Lithuanian - Achu
  • Luganda (Uganda) - Waybale (Thank you)
  • Malayalam (South Indian Language) - Nandi
  • Malayalam (India) - Nani
  • Mali (Mandinka) - Abarka
  • Maori - Kia Manuia
  • Nepali -- (Nepal National Language) - Dhan-ya-vaad
  • Nigeria (Hausa) - Na gode
  • Norwegian - Takk (tahkk)
  • Oman - Shakkran
  • Paraguay (Guarani) - Aguije (ah-we-JAY)
  • Persian/Farsi - Mam'noon or Mo'teshake'ram (Spoken in Iran, Afghanistan and other Central Asian countries)
  • Philippines Tagalog - Salamat
  • Portuguese - Obrigada (Female)
  • Portuguese - Obrigado (Male) (oh-bree-gah'-doh)
  • Punjabi - Bhala Hove
  • Qatar - Shakkran
  • Romanian - Multumesc (mooltzoomeask)
  • Russian - Spasiba (spah-see'-boh)
  • Samoan - Fa'afetai (fah-ah-feh-ta-e)
  • Samoan - Talofa
  • Scottish - Cheers
  • Senegal (Mandinka) - Abarka
  • Slovakia – Dakujem (deh'-ku-yem)
  • South Africa - Dankie ("Dung-Key")
  • Spanish - Gracias (grah'-syas)
  • Sundanese - Nuhun
  • Sunda - Hatur Nuhun
  • Swahili - Ahsante (ah-sahn'-teh)
  • Swedish - Tack (tahkk)
  • Tahitian - Maururu
  • Tamil (India) - Nandri ("Nun-dry" spoken in South India, Singapore, Malaysia)
  • Telungu (South Indian Language)- Manjuthe
  • Thai - Khob Khun Kha (Feminine)
  • Thai - Khob Khun Krab (Masculine)
  • Tibetan - Thuk Ji Chhe
  • Turkish - Tesekkurler ( teh-sheh-keur eh-deh-rim)
  • U.S. & Canada - Thank You
  • Ukranian - Dyakuyu
  • Urudu (India) - Shukria
  • Urudu (India) - Bahut Bahut Shukriyaa
  • Urdu [Pakistan, India and Bangla Desh] - Maherbani
  • Uzbekistan (Uzbek) - Rahmat (Thanks)
  • Vietnamese - Kam ouen
  • Wales/Cymru - Diolch (thanks)
  • Xhosa (Africa) - Nkosi
  • Yemen - Shakkran
  • Yiddish - A dank
  • Yoruba - Modupe
  • Yugoslavia - Hvala
  • Zulu - Ngiyabonga

puhh!
banyak kowtt

okeh!
lepas ni, kalau korang pergi kedai Aceh ke, pergi beli baju baru ke, beli sayur kat pasar tani hari Ahad ke
korang boleh lah gedik-gedik ucap 'TERIMA KASIH' dalam bahasa lain

contoh ayat kalau korang ambil baki beli nasi ayam:

anda: Mahalo (Hawaiian) pakcik!
pakcik: erk.... (diam terus)


hihihihi
selamat berbahasa!


Saturday, June 5, 2010

wajah-wajah bayi yang bakal saya lahirkan. aww~


hari ini sangat membosankan
hanya online, Facebook-ing dan Blogger-ing
lalu berjalan-jalan ke blog Amy
sangat teruja dan kelakar bila baca entry terbaru Amy tentang
penuaan muka :p

lepas je baca,
aku cepat-cepat bukak website tersebut dan try 'tua' kan muka aku

tak cukup dengan tuakan muka
aku try cantum muka aku dengan mana-mana
artis yang panas
untuk hasilkan muka baby aku
kononnya lah kan

ayuh kita lihat wajah-wajah bayi aku yang bakal terhasil
bersama selebriti yang panas lagi meletop

babies
muka baby aku bila aku kahwin dengan Robert Pattinson
haha!


babies
muka baby yang terhasil hasil perkahwinan dengan Daniel Henney
macam muka siapa baby ini? aku atau laki aku?



babies
baby bersama suami tercinta, Aeril
comel tak? hehe



babies
anak hasil hubungan intim bersama Kevin Zegers
sihatnya baby ni



sebagai konklusinya
semua baby itu muka sama je
tak kira lah muka bapak dia macam mana
hasilnya tetap sama
musykil. musykil.

tapi,
sama tak wajah baby-baby tersebut dengan
muka aku masa aku kecil-kecil dahulu kala?



dan korang rasa aku patut kahwin dengan siapa bagi dapat anak comel?

Robert Pattinson!
Robert Pattinson!

**********

ini semua khayalan kowt
jangan percaya pulak..
tehee

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers