Thursday, November 24, 2011

partners in crime





perancangan Tuhan itu yang terbaik
dihantarnya aku dua jiwa
yang aku sendiri sanggup mati kerananya

dua jiwa yang bagi aku tiada gantinya
dan yang tak terbanding

they are my drugs
and i am hooked, badly!


*****************************

aku.rindu.korang.

Tuesday, November 22, 2011

siapa betul, siapa salah?

Ketika itu waktu malam.
Aku terjaga daripada lena selepas mimpi indah
Tak mahu menjengah ke dalam lenaku.

Sunyi. sangat sunyi.

Hanya gelap yang aku lihat
Hanya dingin yang aku rasa.

Aku bingkas bangun.
Aku cari bulan yang tak pernah lupakan aku.

Indah. sampai aku lupa segalanya.

Sekarang hanya ada aku dan bulan.
Aku cakap pada bulan, aku mahu hidup tanpa masalah.
Tapi bulan kata aku tak mungkin aku dapat lari daripadanya.
Sebab manusia itu sendiri yang ciptanya.

Aku diam.

Lalu aku kata
aku mahu hidup tanpa manusia,
tanpa jiwa yang busuk.
Bebas daripada segala masalah.

Bulan jawab,
tak ada satu jiwa pun yang tak berteman.

Aku marahkan bulan!
Aku kata, aku bisa hidup sendiri tanpa jiwa yang satu lagi.

Bulan mungkin betul
tapi aku tak mungkin salah.
Tak mungkin!



***


Kini aku terduduk pegun di satu sudut.
Sudut di mana aku menangis tanpa jiwa yang satu lagi.
Bulan mungkin betul,
dan aku mungkin salah.

Mungkin.

Wednesday, November 16, 2011

aku lepaskan kau.

12 tahun!
satu masa yang agak lama
selama 12 tahun itu juga lah
macam-macam benda aku buat dengan kau

bila aku terjaga, aku terus dapatkan kau
kita selalu makan bersama
kita juga mandi bersama
terkadang kita di satu ranjang yang sama!

kadang-kadang
bila kau tiada
aku seakan merasakan kau ada di sisi aku

dan apabila kau tiada
aku hilang arah
dunia aku seakan kelam
kabur tanpa sebarang garis definit

dan setelah 12 tahun
aku rasa sudah sampai masanya
aku lepaskan kau
sudah sampai masanya
aku tinggalkan kau


































aku bukan lagi si gadis dengan spek mata :)

**************************

thanks Dr. Nurazlina and LASEK :))

Friday, November 4, 2011

satu rasa

panggillah aku loser, penipu, bermuka-muka atau apa pun
aku tak ambil peduli!
satu yang pasti
jadi hipokrit itu yang terbaik

come on!
kita manusia kan
bullshit lah kalau kau kata kau tak pernah jadi hipokrit
bullshit!

biar aku tipu kau
biar aku tipu satu dunia
dan biar aku tipu diri aku sendiri
semata-mata untuk jaga hati dan perasaan kau

sebab aku tahu
kau sebenarnya lemah!

dan aku tak kisah kalau kau kata aku yang lemah
sedikit pun tak kisah!

baby saya

Lilypie Angel and Memorial tickers